Sunday, December 13, 2009

AL-QURAN UNGKAP MISTERI KEJADIAN ALAM

Ketika manusia moden berusaha mencari jawapan di sebalik kejadian alam semester, wahyu ilahi telah menrungkainya berabad lalu menerusi al-Quran dan hadis.


bandingkan diantara matahari dengan bumi
betapa gahnya matahari memancarkan ‘cahaya’NYA

Suatu ketika, menjelang waktu Isya' Rasulullah mendongak ke langit. Bukan sekali itu baginda berbuat demikian. Baginda memang suka menatap langit. Namur kali ini baginda berkata kepada para sahabamya;

"Bintang-bintang adalah pengaman bagi langit. Jika bintang mati, maka datanglah pada langit sesuatu yang mengancamnya. Dan aku adalah pengaman bagi sahabatku. Jika aku mati maka datanglah kepada para sahabat sesuatu yang mengancam mereka. Sahabatku adalah pengaman umatku. Jika mereka mati maka datanglah pada umatku sesuatu yang mengancam mereka". '

Pada abad ke-20, para pakar sains angkasa berjaya menemui fakta bahawa bintang tidak berdiri sendiri di dalam cakerawala ini. Bintang memiliki keterikatan dengan benda-benda langit lainnya. Pengikat tersebut berupa beberapa daya. Yang paling kuat adalah daya graviti.

Di samping gravity ada sejumlah tenaga lain yang mengikat suatu benda angkasa, termasuk bumi, hingga tidak berjatuhan atau bertaburan menimpa sesama sendiri. Di antara tenaga tersebut adalah tenaga nuklear kuat, nuklear lemah, elektrik, magnet dan elektromagnet.

Bintang terbentuk daripada gas, menyala-nyala dan bersinar dengan sendirinya. Ia berbentuk bulat atau separa bulat. Bintang memiliki masa, volume serta bersuhu panas melampau. Sepanjang putaran hidupnya, bintang melewati beberapa tahap iaitu mulai saat kelahirannya, masa muda, masa tua, lalu meledak atau meredup sedikit demi sedikit dan padam (lenyap). Boleh juga meledak sebelum atau sesudah itu dan kemudiannya kembali menjadi kabut langit dan memasuki fasa putaran kelahiran bintang baru.

Bintang biasa seperti matahari menghabiskan 90 % usianya sebelum kemudian meledak atau meredup dan lenyap (padam). Dua fasa terakhir meredup dan padam) sebenarnya turut berakhir dengan ledakan.

Bintang merupakan oven raksasa penampung atom semesta yang memproses serangkaian reaksi nuklear. Daya graviti bintang tidak hanya mampu menarik benda-benda di langit yang mengelilinginya tetapi juga mampu mengikat antara satu bintang dengan bintang yang lain. Bahkan, kumpulan bintang yang membentuk unit kosmik, juga saling mengikatkan diri dengan daya graviti. Itulah sebabnya, alam semesta ini boleh teratur antara satu sama lain.

Bagaimana jika daya-daya pengikat tersebut tidak berfungsi lagi (mati atau padam)? Jawabnya, bintang-bintang tersebut akan berjatuhan dan alam semesta ini akan hancur. Sesuatu yang mengancam langit betul-betul terbukti. Fenomena seumpama ini telah diutarakan oleh Rasulullah jauh sebelum ilmuwan barat menemukannya. Menurut baginda, jika bintang mati, maka datanglah pada langit sesuatu yang mengancamnya.

Matahari Muncul Dari Barat

Rasulullah bersabda,

"Tidak akan terjadi kiamat sampai matahari terbit dari barat. Dan jika manusia melihatnya, berimanlah semua orang yang di atas (bumi). Hal itu berlangsung ketika iman tidak bermanfaat lagi pada diri yang sebelumnya tidak beriman".

Muslim meriwayatkan hadis mengenai tanda-tanda Kiamat Kubra. Dalam riwayat tersebut Rasulullah bersabda,

"Sesungguhnya tanda-tanda kiamat yang pertama kali muncul adalah terbitnya matahari dari sebelah barat dan munculnya binatang melata pada waktu dhuha (pagi hari). Mana pun yang terlebih dahulu muncul, maka yang lain akan segera menyusulnya".


Di sini matahari hanya sebesar debu!
Antares adalah bintang ke 15 yang paling terang di angkasa.
Jaraknya lebih dari 1000 tahun cahaya dari bumi.
Lantaran itu. . .
Tanyalah pada diri
siapakah aku disisiNYA?
Dan
Apakah tujuan DIA menghidupkan aku?
Image dari: isuhangat.blogspot.com

Ternyata para. pakar geologi telah menemukan fakta bahawa kemungkinan matahari terbit dari barat boleh terjadi. Kesimpulan ini diambil berdasarkan kajian mendalam atas iklim-iklim bumi kuno pada masa lalu.

Iklim bumi kuno tersebut diketahui dari batang tumbuhan, kerangka haiwan dan mendapan blok-blok salji. Penelitian juga dilakukan ke atas unsur geologi yang tersimpan di dalam bebatuan bumi juga fosil tumbuhan. Endapan tersebut banyak memberikan informasi tentang permukaan kering yang surut airnya kerana surut air laut dan langkanya air hujan.

Permukaan-permukaan ini banyak mengandungi bahan yang mencerminkan secara sempurna komposisi masing-masing lapisan udara dan lapisan air yang melingkupi bumi, suhu panas keduanya, dan tingkat keasamannya. Kesemua ini memberikan maklumat mengenai putaran tahunan yang menyokong fakta tersebut.

Ketika ilmu pengetahuan dan teknologi semakin canggih, satu persatu kebenaran wahyu Allah dan kata-kata Rasulullah s.a.w.'terbukti secara. ilmiah. Salah satunya adalah fenomena luar angkasa. Alam angkasa adalah sumber ilmu. pengetahuan. Letaknya yang berjuta kilometer membuatkannya sulit dijangkau oleh manusia. Ada begitu banyak pertanyaan yang tidak pernah
terfikir jawapannya oleh manusia berabad silam, bahkan hingga sekarang.

Antara persoalan yang selalu bermain di dalam minda manusia ialah mengapa bintang tidak pernah jatuh? Bagaimana jika bintang tersebut `terlepas dari ikatannya'? Apakah langit ini merenggang? Jika merenggang, apakah melebar secara mendatar atau menggulung dan menggumpal? Benarkah dahulu bulan pernah terbelah? Mungkinkah pada suatu maas matahari terbit dari barat? Dan, apakah benar bumi ini bulat?

Jelas dinyatakan di dalam Al Quran bahawa tauhid (mengEsakan Allah) harus difahami dengan ilmu. Kebenaran Islam, terutamanya berkaitan fenomena alam tidak akan mudah difahami tanpa ilmu.

Berabad lalu ketika. Rasulullah masih hidup, banyak fenomena alam yang dijelaskan oleh baginda kepada para sahabat dengan tepat. Namun, kebenaran ucapan Rasulullah ini belum boleh dibuktikan dengan tingkat penguasaan ilmu pengetahuan manusia pada saat itu.

Bahkan kadang-kadang Rasulullah harus menjelaskan fenomena alam ini secara terselindung kerana seandainya dijelaskan secara terus terang akan menimbulkan kekalutan dalam masyarakat.

Dalam hal ini Pengarah Institut Sains Angkasa Universiti Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Prof Datuk Baharudin Yatim menjelaskan hanya. Muslimin yang menerima hidayah dari Allah SWT sahaja akan memanfaatkan hasil dapatan kajiannya untuk meningkatkan lagi ketakwaannya kepada Yang Maha Pencipta.

Beliau berkata alam angkasa sentiasa memberi inspirasi kepada manusia untuk mengenal tuhannya. Namun Baharudin juga tidak menolak senario tersebut boleh memungkinkan golongan ateis juga lebih menguatkan lagi ke-ateis-annya.

Katanya pada hari ini, ketika sains mainstream begitu mendapat tempat ramai saintis berpegang pada teori natural forces atau alam berfungsi secara sendirinya.

"Namun dalam mass yang sama terdapat juga saintis terkenal yang ercaya kepada Tuhan. Dan bagi Muslimin kita wajib beriman bahawasanya segalanya ini digerakkan oleh Kudrat dan Iradat Allah. Maka, kalau kita tetap beriman dan mengikut panduan di dalam al Quran, serta meyakini bahawa alam semesta ini sebagai bukti adanya. Tuhan. Maka kita akan bertambah yakin.

Hakikat keimanan tersebut jelasnya, bukan sahaja akan tambah menebal melalui kajian angkasa lepas, malah apa sahaja yang dikaji di dalam alam ini akan lebih meyakinkan umat Islam akan wujudnya Allah dan pastinya kebenaran agama Islam.

0 comments:

 

PAUTAN MINI




 

KOKURIKULUM

SOCUT PERAK SCOUT MALAYSIA PUTERI ISLAM PBSM KRS

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Followers

About Me

Abu Ruqaiyah, Tn. Hj. Mohamad Sahrin Bin Kadmo. Salah seorang pereka elaporan program j-QAF untuk kegunaan pihak Sekolah, PPD, JPN & BPK.