Monday, December 14, 2009

AL-QURAN MENGIRA KELAJUAN CAHAYA



Siapa tidak kenal dengan Albert Einstein, namanya melekat dengan dunia fizik dan menjadi ikon fizik moden. Rumus E = mc2 dianggap sebagai rumus Einstein yang dalam pandangan awam merupakan “rumus” untuk membuat bom atom. Albert Einstein memang pantas dianggap sebagai tokoh utama yang memimpin revolusi di dunia fizik.

Salah satu teorinya yang menganjak paradigma fizik berbunyi “kelajuan cahaya merupakan ketetapan alam yang besarnya bersifat tetap dan tidak bergantung kepada kelajuan sumber cahaya dan kelajuan pengamat”.

Menurut Einstein, tidak ada yang mutlak di dunia ini (termasuk waktu ) kecuali kecepatan cahaya. Selain itu, kecepatan cahaya adalah kecepatan tertinggi di alam ini. Ertinya, tidak mungkin ada (materi) yang kecepatannya melebihi kecepatan cahaya. Pendapat Einstein ini mendapat sokongan dari hasil ujikaji yang dilakukan pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 oleh Michelson-Morley, Fizeu, dan Zeeman.

Di mata awam, keberadaan Einstein ini menimbulkan banyak keanehan. Misalnya, sejak dulu logik kita berpendapat bahawa jika kita bergerak dengan kelajuan v1 di atas kenderaan yang berkelajuan v2, kelajuan total kita terhadap pengamat yang diam adalah v1 + v2. Tetapi, menurut Einstein, cara penghitungan tersebut salah kerana dapat mengakibatkan munculnya kelajuan yang melebihi kelajuan cahaya. Oleh kerana itu, menurut Einstein, formula penjumlahan kelajuan yang benar adalah sebagai berikut:

(v1 +v2) / (1+(v1 x v2 / c2 )).

Sinodik dan Siderial

Dalam menghitung gerakan benda langit, digunakan dua sistem iaitu Sinodik dan Siderial. Sistem Sinodik didasarkan pada gerakan tetap Bulan dan Matahari dilihat dari Bumi. Sistem ini menjadi dasar perhitungan kalendar Masehi di mana satu bulan = 29,53509 hari.

Sistem Siderial didasarkan pada gerakan relatif Bulan dan Matahari dilihat dari bintang jauh (pusat semesta). Sistem ini menjadi dasar perhitungan kalendar Islam (Hijriah) di mana satu bulan = 27,321661 hari . Ahli-ahli astronomi selalu mendasarkan perhitungan gerak benda langit (mechanical of Celestial) kepada sistem Siderial kerana dianggap lebih tepat dibandingkan sistem Sinodik yang mengandalkan penampakan tetap dari Bumi.

Bukti dari Alquran



Mengetahui besar kelajuan cahaya adalah sesuatu yang sangat menarik bagi manusia. Sifat unik cahaya menurut Einstein adalah satu-satunya komponen alam yang tidak pernah berubah, membuat sebahagian ilmuwan terobsesi untuk menghitung sendiri besarnya kelajuan cahaya dari berbagai informasi .

Seorang ilmuwan matematik dan fizik dari Mesir, Dr. Mansour Hassab Elnaby merasa adanya bukti-bukti dari Alquran yang membuat ia tertarik untuk menghitung kelajuan cahaya, terutama berdasarkan data-data yang disajikan Alquran. Dalam bukunya yang berjudul A New Astronomical Quranic Method for The Determination of the Speed C , Mansour Hassab Elnaby menghuraikan secara jelas dan sistematik tentang cara menghitung kelajuan cahaya berdasarkan redaksi ayat-ayat Alquran. Dalam menghitung kelajuan cahaya ini, Mansour menggunakan sistem yang lazim dipakai oleh ahli astronomi iaitu sistem Siderial.

Ada beberapa ayat Alquran yang menjadi rujukan Dr. Mansour Hassab Elnaby. Pertama, “Dialah (Allah) yang menciptakan Matahari bersinar dan Bulan bercahaya dan ditetapkannya tempat bagi perjalanan Bulan itu, agar kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan ” (Q.S. Yunus ayat 5).

Kedua, ” Dialah (Allah) yang menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan masing-masing beredar dalam garis edarnya” (Q.S. Anbia ayat 33).

Ketiga, “Dia mengatur urusan dari langit ke Bumi, kemudian (urusan) itu kembali kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya seribu tahun menurut perhitunganmu” (Q.S. Sajdah ayat 5).

Dari ayat-ayat di atas dapat diambil kesimpulan bahawa jarak yang dicapai “sang urusan” selama satu hari adalah sama dengan jarak yang ditempuh Bulan selama 1.000 tahun atau 12.000 bulan. Dalam bukunya, Dr. Mansour menyatakan bahawa “sang urusan” inilah yang diduga sebagai sesuatu “yang berkelajuan cahaya “.

Hitungan Alquran

Dari ayat di atas dan menggunakan rumus sederhana tentang kelajuan, kita mendapatkan persamaan sebagai berikut:

C x t = 12.000 x L ……………(1)

C = kelajuan “sang urusan” atau kelajuan cahaya

t = kala rotasi Bumi = 24 x 3600 saat = 86164,0906 saat

L = jarak yang ditempuh Bulan dalam satu pusingan = V x T

Untuk menghitung L, kita perlu menghitung kelajuan Bulan. Jika kelajuan Bulan kita notasikan dengan V, maka kita perolehi persamaan:

V = (2 x phi x R) / T

R = jari-jari lintasan Bulan terhadap Bumi = 324264 km

T = kala Revolusi Bulan = 655,71986 jam, sehingga diperolehi

V = 3682,07 km / jam (sama dengan hasil yang diperoleh NASA)

Meskipun demikian, Einstein mengusulkan agar faktor graviti Matahari dieliminir terlebih dahulu untuk mendapatkan hasil yang lebih tepat.

Menurut Einstein, graviti matahari membuat Bumi berputar sebesar :

a = Tm / Te x 360 phi

Tm = Kala edar Bulan = 27,321661 hari

Te = Kala edar Bumi = 365,25636 hari, didapat a= 26,92848�

Besarnya putaran ini harus dieliminasi sehingga didapati kelajuan tepat Bulan adalah

Ve= V cos a.

Jadi, L = ve x T, di mana T kala edar Bulan = 27,321661 hari = 655,71986 jam

Sehingga L = 3682,07 x cos 26,92848� x 655,71986 = 2152612,336257 km

Dari persamaan (1) kita mendapatkan bahawa C x t = 12.000 x L

Jadi, diperolehi C = 12.000 x 2152612,336257 km / 86164,0906 saat

C = 299.792,4998 km /saat

Hasil hitungan yang diperolehi oleh Dr. Mansour Hassab Elnaby ternyata sangat mirip dengan hasil hitungan lembaga lain yang menggunakan peralatan sangat canggih. Berikut hasilnya :

Hasil hitung Dr. Mansour Hassab Elnaby C = 299.792,4998 km/saat

Hasil hitung US National Bureau of Standard C = 299.792,4601 km/ saat

Hasil hitung British National Physical Labs C = 299.792,4598 km/saat

Hasil hitung General Conf on Measures C = 299.792,458 km/saat

Penutup

Lepas dari benar tidaknya interpretasi yang dilakukan oleh Dr. Mansour Hassab Elnaby, usaha demikian menunjukkan betapa kitab suci Alquran memiliki tantangan bagi para ilmuwan untuk lebih kreatif dan tajam dalam mengungkap fenomena-fenomena alam.

Boleh jadi, apa yang disajikan Dr. Mansour Hassab Elnaby merupakan bukti tambahan bahawa Alquran benar-benar datang dari Sang Khalik.

0 comments:

 

PAUTAN MINI




 

KOKURIKULUM

SOCUT PERAK SCOUT MALAYSIA PUTERI ISLAM PBSM KRS

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Followers

About Me

Abu Ruqaiyah, Tn. Hj. Mohamad Sahrin Bin Kadmo. Salah seorang pereka elaporan program j-QAF untuk kegunaan pihak Sekolah, PPD, JPN & BPK.