Sunday, April 4, 2010

MUSHAF AL-MADINAH AN-NABAWIYAH V1.0



Pusat Percetakan Mushaf As-Syarif Raja Fahd di Madinah Al-Munawwarah, Arab Saudi yang telah menghasilkan satu produk Mushaf Al-Quran dalam bentuk elektronik (e-kitab) iaitu Program Mushaf Al-Madinah An-Nabawiyah v1.0.



Mushaf elektronik ini sama sahaja dengan Mushaf Al-Madinah An-Nabawiyah yang bercetak dari segi paparan dan tulisannya, tetapi ia ditambah dengan beberapa kemudahan pencarian surah, ayat dan kalimah serta penyalinan teks Al-Quran ke dalam Microsoft Word menggunakan tulisan khat yang sama dalam Mushaf, lebih baik daripada program "Al-Quran dalam Word".

Jika sebelum ini kita sudah ada Al-Quran Flash, maka ini satu lagi program percuma yang mesti dimiliki oleh para guru dan pendidik, khususnya Guru Pendidikan Islam.

Program ini boleh dimuat turun dari laman web pusat tersebut di: www.qurancomplex.com.

http://www.qurancomplex.com/MaterialCMS/viewSection.asp?matId=134&id=135&l=arb&matLang=arb&SecOrder=15&SubSecOrder=2

0 comments:

 

PAUTAN MINI




 

KOKURIKULUM

SOCUT PERAK SCOUT MALAYSIA PUTERI ISLAM PBSM KRS

My Blog List

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Followers

About Me

Abu Ruqaiyah, Tn. Hj. Mohamad Sahrin Bin Kadmo. Salah seorang pereka elaporan program j-QAF untuk kegunaan pihak Sekolah, PPD, JPN & BPK.