Monday, November 9, 2009

KENAPA PERLU SOLAT?

Solat merupakan penghubung antara hamba dan Allah sebagai doa merujuk kepada mentaati serta mendampingi Allah. Secara umum difahamkan sebagai solat itu adalah suatu perbuatan untuk mengingati Allah yang dimulai dengan Takbirratul Ihram dan disudahi dengan salam serta sudah mencakupi 13 rukun mengerjakan solat. Di dalam solat itulah saat terasa Allah paling dekat dengan hambaNya, terutamanya pada ketika sujud.

Dengan solat, seseorang boleh mengadu kepada Tuhannya seperti seorang anak mengadu kepada ibunya. Kasih sayang Tuhan, melebihi kasih sayang seorang ibu sebagai satu matlamat hidup dunia dan akhir dan pengharapan.

Solat juga antara peluang dan saat mengingati Tuhan paling maksimum kerana setiap tindakan bermula daripada berdiri, mengangkat Takbiratul-Ihram, berdiri, ruku’ , i’tidal, sujud , tahiyyat, semuanya memuji-muji Allah, tuhan menguasai sekelian Alam. Ini secara langsung bahawa solat itu pengubat hati yang bergelora, hati yang gersang dengan kasih sayang, hati yang memerlukan bimbingan, maka solatlah, ianya punca kedamaian dan ketenangan kerana di situ ada fokus atau pemusatan yang menghasilkan tenaga kepada rohani kita.

Di antara kelebihan kenapa kita perlu solat adalah kerana :

Pertama : Solat merupakan komunikasi hamba dengan Allah.

Firman Allah SWT:

Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku,
maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku.

Kedua : Solat perangsang bagi pencarian masaalah kehidupan,

Firman Allah SWT:

Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

Ketiga: Menjaga Kebersihan dan Kesihatan (menghapus saki baki dosa)

Rasulullah SAW bersabda : “Perumpamaan solat lima waktu seperti sebuah sungai dihadapan pintu rumah seseorang yang airnya mengalir dan melimpah, dan ia mandi di sungai itu lima kali setiap harinya, maka tidaklah kamu melihat lagi kotorannya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Keempat : Mendapat Keunggulan Mental

Firman Allah :

(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.

Kelima : Mempermudah Rezeki yang Berkat

Firman Allah SWT:

Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman :

“Wahai Anak Adam ! Beribadahlah sepenuhnya kepadaKu, niscaya Aku penuhi (hatimu yang ada ) di dalam dada dengan kekayaan dan Aku penuhi kebutuhanmu. Jika tidak kalian lakukan, niscaya Aku penuhi tanganmu dengan kesibukan dan tidak Aku penuhi kebutuhanmu.” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Hakim).

Keenam : Bukti Rasa Syukur


Firman Allah SWT :

“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membencimu dialah yang terputus.” (Al Kautsar : 1-3).

Sabda Rasulullah SAW : “Dari Aisyah RA, ia berkata, “Sesungguhnya Nabi SAW selalu bangun untuk mengerjakan solat malam hingga kedua kakinya bengkak.” Aisyah RA bertanya, “Wahai Rasulullah, mengapa engkau berbuat demikian sedangkan Allah telah mengampuni semua dosamu,baik yang telah lampau maupun yang akan datang ?” Beliau menjawab, “Apakah tidak sepantasnya jika aku menjadi seorang hamba yang selalu bersyukur ?” (HR. Bukhari dan Muslim).

Kehadiran hati dalam Solat adalah mengosongkan hati dari hal-hal yang tidak boleh mencampuri dan mengajaknya berbicara, sehingga pengetahuan tentang perbuatan sentiasa menyertainya dan fikiran tidak berkeliaran kepada selainnya.

Selagi fikiran tidak terpalingkan dari apa yang sedang dilakukan tetapi hatinya masih tetap mengingat apa yang tengah dihadapinya dan tidak ada kelalaian di dalamnya maka bererti telah tercapai kehadiran hati. Kehadiran hati merupakan roh, batas minima keberadaan roh ini ialah kehadiran hati pada ketika Takbiratul Ihram.

Ramai yang menyatakan, bahawa solat yang khusyu’ ( kehadiran hati atau fokus ) merupakan perkara yang bukan mudah di zaman ini sedangkan “kelalaian dari mengingat Allah” sebagai manifestasi ketidakhadiran hati, hanya akan mendapatkan apa yang disebut sebagai “letih dan payah”.

Rasulullah s.a.w, bersabda : “Betapa banyak orang yang mendirikan solat hanya memperoleh letih dan payah” (HR. Nasai).

Persoalannya bagaimana ? Adakah kita menganggap seperti pergi kerja dan dapat gaji kalau tidak ada gaji, siapa yang mahu bekerja..terpaksa atau dipaksa ?

Sememangnya! sudah dikatakan fitrah manusia begitu, ini kerana adanya nafsu yang berguna untuk manusia makan, minum, pakaian, berwangian, kahwin,menjaga kebersihan,bermuzik, beribadat juga perlukan kepada kehendak . Cuma nafsu itu jangan di biarkan liar, kita perlu pandu nafsu , jangan nafsu yang memandu kita.

Pada zahirnya perintah solat adalah wajib, sedangkan lalai adalah lawan ingat.
Siapa yang lalai dalam semuanya, maka bagaimana mungkin dia dapat mendirikan solat untuk mengingatiNya ?

Orang yang bersolat adalah orang yang bermunajat kepada Tuhannya, sedangkan pembicaraan dengan orang yang lalai tidak dikatakan munajat.

Makna Batin dalam Solat.

Menurut Imam Ghazali, makna batin dalam Solat memiliki banyak ungkapan, namun terangkum dalam enam perkara, iaitu :

Kehadiran hati, Kefahaman, Rasa hormat dan kebesaran, rasa takut yang bersumber dari rasa hormat, pengharapan dan rasa malu.

Pertama : Kehadiran hati.

Maksudnya mengosongkan dan menjaga dialog hati, dari segala sesuatu yang tidak ada hubungan lain dengan amalan yang sedang dikerjakan. Juga fikirannya tidak boleh memantau dari selain perbuatan dan hati, yang sedang terkait dengan amalan .

Faktor penyebab kehadiran hati adalah perhatian utama. Dengan lain perkataan, hati dapat hadir, bila ada undangan kepada “perhatian utama”. Kehadiran hati dalam wujud bila perhatian utama diarahkan kepada setiap perilaku .

Fokus itu terarah apabila mengetahui secara jelas tujuan yang akan dicarinya, iaitu Allah Azza Wa Jalla, dan merupakan jalan menuju kepadaNya. Akal sihat pun akan mengatakan “bagaimana mungkin, hati tidak hadir sedangkan yang dihadapan adalah Raja Diraja, yang di tanganNya segala kerajaan, kekuasaan, manfaat dan bahaya”.

Hadirnya hati bukan sebuah “keterpaksaan” bahkan bukan sesuatu yang “diusahakan”, kerana hati akan hadir kepada “perhatian utama”.

Ketidakhadiran hati dalam perilaku kerana “perhatian utama” tidak tertuju kepada itu sendiri.
Bila demikian maka hati akan menuju perhatian- perhatian nafsu duniawi.

Inilah yang disebut “kelalaian”, kerana bagaimana mungkin kita sedang bermunajat kepada Allah Azza wa Jalla, sedangkan hati kita tidak “menghadap-Nya”.

Kedua : Kefahaman.

Peliputan hati terhadap pengetahuan lafaz dan gerak dalam Solat.Pengetahuan terhadap setiap ucapan, gerak dalam yang terbenam dalam lubuk hati akan memancarkan sebuah hikmah akhlak yang mulia dalam kehidupan.

Dalam lafaz dan gerak yang terkawal oleh kehadiran hati akan dapat mengendalikan fikiran dan akal dalam setiap ucapan dan gerak itu sendiri. Kaedah kefahaman adalah menghadirkan hati disertai tumpuan berfikir dan kesediaan untuk menolak berbagai lintasan fikiran ( yang liar ).

Sedangkan untuk menolak lintasan fikiran yang menyibukkan adalah dengan membebasan diri dari sebab–sebab yang membuat fikiran tertarik kepadanya. Maka sesiapa yang mencintai sesuatu pasti banyak mengingatnya, sehingga dengan demikian ingatan kepada yang dicintai pasti melanda hati.

Ketiga : Rasa Hormat

Rasa hormat akan hadir dari mengenal kepada keagungan dan kemuliaan Allah. Siapa yang tidak diyakini keagunganNya maka jiwa tidak akan mahu mengagungkanNya. Buah dari mengenal ini akan menghasilkan khusyu’ (tunduk) kepada Allah. Selain itu, penyebab timbul rasa hormat juga
disebabkan oleh mengetahui akan kehinaan dirinya, kerana tidak mempunyai kuasa apa–apa, rasa pasrah dan tidak berdaya. Rasa pasrah dan tidak berdaya akan menghasilkan rasa hormat.

Keempat : Rasa Takut dari Rasa Hormat

Rasa takut merupakan keadaan jiwa yang lahir dari mengenal kekuasaan Allah, hukuman-Nya, pengaruh kehendakNya padanya. Allah pun seandainya menghancurkan orang-orang terdahulu dan kemudian, tidak akan berpengaruh terhadap kerajanNya. Semakin dalam pengetahuan terhadap Allah menjadikan semakin takut kepadaNya.

Kelima : Pengharapan

Pengharapan akan muncul kerana telah adanya keyakinan terhadap janji–janji Allah dan pengetahuan tentang kelembutanNya, keindahan ciptaannya dan keluasan nikmatNya yang tiada bandingan dengan yang lain.

Rasa malu akan muncul melalui perasaan serba kekurangan dalam beribadah dan pengetahuannya akan ketidakmampuannya dalam menunaikan hak-hak Allah. Rasa malu tersebut semakin kuat dengan mengetahui cacat dirinya, kurang ikhlas dalam beribadah, keburukan batinnya serta kecenderungan terhadap duniawi dalam perbuatan ibadatnya. Selain itu rasa malu muncul juga disebabkan oleh pengetahuan bahwa Allah Maha Mengetahui segala rahsia dan lintasan hati sampai yang sekecil-kecilnya.

Keenam: Rasa Malu

Rasa malu akan muncul melalui perasaan serba kekurangan dalam beribadah dan pengetahuannya akan ketidakmampuannya dalam menunaikan hak-hak Allah. Rasa malu tersebut semakin kuat dengan mengetahui cacat dirinya, kurang ikhlas dalam beribadah, keburukan batinnya serta kecenderungan terhadap duniawi dalam perbuatan ibadatnya. Selain itu rasa malu muncul juga disebabkan oleh pengetahuan bahwa Allah Maha Mengetahui segala rahasia dan lintasan hati sampai yang sekecil-kecilnya.

Oleh itu, Al-Quran dan Hadis jadi panduan umat Islam dan di dalam Al-Quran tidak ada satu ayat pun yang menyuruh manusia supaya tidak perlu solat, bahkan menyuruh solat banyak ayatnya. jika kita faham ini sudah meyakinkan kita bahawa perlu kita solat. Ayat Al-Quran adalah pelajaran yang tertinggi. Maka anggaplah “Aku diperintah, terima perintah oleh Pemerintah dari Aku yang menurut Perintah”.

0 comments:

 

PAUTAN MINI




 

KOKURIKULUM

SOCUT PERAK SCOUT MALAYSIA PUTERI ISLAM PBSM KRS

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Followers

About Me

Abu Ruqaiyah, Tn. Hj. Mohamad Sahrin Bin Kadmo. Salah seorang pereka elaporan program j-QAF untuk kegunaan pihak Sekolah, PPD, JPN & BPK.