Wednesday, October 28, 2009

BEKAM BERKESAN CEGAH PENYAKIT

KEINGINAN untuk hidup sihat dan kelihatan cantik menyebabkan manusia berikhtiar dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat itu. Tidak cukup dengan perubatan moden, perubatan tradisional atau alternatif turut menjadi pilihan.

Antara kaedah yang sudah lama wujud di negara ini, tetapi tidak begitu mendapat perhatian masyarakat ialah bekam.

Apakah bekam? Ia adalah proses membuang darah toksik dari dalam tubuh melalui permukaan kulit sebagai organ terbesar manusia.
Bekam dikatakan teknik detoksifikasi yang berkesan dan dapat merawat pelbagai penyakit dan memulihkan fungsi tubuh.

Teknik ini dikatakan berasal dari China sejak 1,500 tahun lalu. Ada juga pendapat menyatakan asal-usul bekam bermula di Timur Tengah dengan masyarakat Arab memanggil teknik ini sebagai al-Hijamah yang bermaksud membuang darah kotor.

Bagaimanapun, sejak sekian lama bekam mempunyai imej negatif bukan saja di negara ini, malah di kebanyakan negara yang mengamalkan teknik ini.

Masih wujud hingga hari ini, pemandangan orang berkerumun di tepi jalan menyaksikan tukang bekam melaksanakan tugas. Pelanggan pula duduk di atas kerusi dengan gelas kaca atau tanduk kerbau melekat pada belakang badan.

Tanpa menghiraukan suasana sesak dan habuk berterbangan, bekam dilabelkan sebagai amalan perubatan tradisional tepi jalan.

Ini menyebabkan bekam sering dipandang serong oleh majoriti masyarakat di negara ini, terutama apabila kemudahan perubatan moden semakin baik dan mudah diperoleh, apatah lagi apabila perubatan tradisional diukur berdasarkan piawaian perubatan moden.

Ketika gambaran ini terpahat kukuh di kalangan masyarakat, Dr Helena Abdullah, yang mengasaskan Akubekam mengubah pandangan negatif ini apabila memodenkan teknik bekam dengan menggunakan teknologi moden.

Beroperasi di premis menyerupai sebuah klinik perubatan moden, katanya seperti amalan perubatan moden, peralatan yang digunakan dibersihkan melalui proses pensterilan selepas digunakan.
“Teknik Akubekam membolehkan kesan torehan yang selalunya boleh dilihat dengan jelas selepas berbekam tidak kelihatan,” katanya ketika ditemui di Pusat Akubekam di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Dr Helena, 67, berpendapat bahawa gaya hidup moden dengan pengambilan makanan mengandungi kimia dan pencemaran, kesibukan dan tekanan hidup, menyebabkan darah toksik berkumpul dalam badan hingga menyebabkan tubuh lemah dan lebih mudah dihinggapi penyakit.

Katanya, Akubekam yang bermaksud ‘berbekam atas titik istimewa dalam badan’ diperkenalkan pada 1990 menggabungkan dua teknik perubatan tradisional, akupuntur dan bekam yang masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

Berbanding teknik berbekam tradisional yang menggunakan pisau, katanya Akubekam menggunakan alat peniti khas yang berjarum halus, manakala berbekam di kepala tidak memerlukan pesakit mencukur rambut.

Dr Helena berkata, rawatan bermula dengan penilaian terhadap keadaan kesihatan dengan melihat keadaan mata dan kuku.

“Bahagian tubuh yang dipenuhi darah toksik selalunya berasa sakit, tegang, berdenyut, tidak selesa dan ketika rawatan, darah toksik pada badan yang sakit dikeluarkan. Apabila selesai, simptom penyakit akan mulai reda dan fungsi tubuh kembali kepada sepatutnya,” katanya.

Katanya, teknik bekam yang diperkenalkannya selamat, tidak sakit dan berbahaya, tetapi berkesan untuk mengubat dan mencegah penyakit. Dalam jangka masa singkat, katanya bekam memperbaiki dan menjadikan tubuh lebih sihat.

Mengapa berbekam menjadi pilihan? Dr Helena berkata, kajiannya mendapati bahawa berbekam mempunyai kaitan rapat dengan umat Islam.

“Orang Cina berbangga dengan akupuntur dan India dengan Ayurveda, tetapi orang Islam? Tidak ada apa yang boleh dibanggakan hingga saya mengetahui bahawa bekam sebenarnya diamalkan oleh Rasulullah.

“Malah, dalam hadis qudsi yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi menyatakan ketika Nabi Muhammad dalam perjalanan Israk Mikraj, Baginda menemui malaikat yang menyuruh umat Islam menggunakan bekam untuk tujuan kesihatan,” katanya.

Katanya, Nabi Muhammad juga diriwayatkan berbekam di atas kepala dan antara dua bahu, sekali gus menunjukkan berbekam mempunyai banyak manfaat.

Berasal dari Pulau Pinang, Dr Helena (gambar)yang pernah menjadi jururawat bertauliah, termasuk mendapat latihan di Australia, kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Terbuka Sri Langka dalam bidang perubatan tradisional sebelum membuka Pusat Akubekam.

Beliau mengakui masyarakat menjauhi bekam kerana imej negatif serta salah tanggapan terhadap perubatan tradisional.

“Ada yang mendakwa bahawa berbekam boleh menyebabkan ketagihan. Selepas berbekam, seseorang itu berasa hendak dibekam lagi. Sebenarnya tanggapan ini salah kerana toksik terus bertambah dalam tubuh jika gaya hidup tidak sihat, pemakanan tidak seimbang dan hidup dalam tekanan.

“Ini yang menyebabkan keperluan berbekam kepada individu. Ada yang perlu kerap dan ada yang mungkin sebulan sekali,” katanya.

Bagaimanapun, katanya melalui imej positif seperti suasana yang bersih dan cantik serta menggunakan teknik moden yang selamat, bekam akan diterima masyarakat.

FAKTA BEKAM

A. Jenis Bekam

Bekam Kering

Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.

Bekam Basah

Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.

Waktu Berbekam

Pengamal perubatan tradisional berpendapat bahawa berbekam paling baik dilakukan ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk tujuan mengubati penyakit.

Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.

Alat Bekam

Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.

Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.

Larangan Berbekam

Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.

Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.

Kebaikan Berbekam

• Membantu menghilangkan pening dan migrain.
• Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
• Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
• Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
• Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
• Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
• Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
• Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.
Read rest of entry

Tuesday, October 27, 2009

PERANCANGAN STRATEGIK

Makluman : Jika ada kesulitan, sila highlightkan link ini

RT PI T5 dan enter. Insya-Allah. Selamat mendownload.


1.

Pengurusan Panatia

2.

Perancangan Strategik

3.

Perancangan Strategik

4.

Instrumen Pemantaun Pelaksanaan Kurikulum Semakan Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab

Read rest of entry

Jurulatih Utama Negeri

Mesyuarat Penyelarasan Format Laporan Pencapaian j-QAF 6 Bulan Pertama Peringkat Negeri Sembilan di SK Pelangai Kuala Pilah, Negeri Sembilan.



Terima kasih di atas segala komitmen dan kerjasama yang baik.

Read rest of entry

FONTS

Makluman : Jika ada kesulitan, sila highlightkan link dan enter. Insya-Allah. Selamat mendownload.

1.

Font Jawi Alhami

2.

Font Traditional Arabic

Read rest of entry

SOALAN JAWI

Read rest of entry

Sunday, October 25, 2009

AURAT DARI PERSPEKTIF FIZIK

Kajian Kes

Dalam satu perbincangan, seorang siswi menceritakan masalah yang dihadapi berhubung dengan cara pemakaian. Masalah bermula apabila berhadapan dengan persepsi keluarga dan rakan-rakan setelah berubah dari wanita yang berpakaian "liberal" kepada wanita yang menutup aurat sepenuhnya seperti yang disarankan oleh Islam. Pandangan serong terhadap pemakaian tudung labuh dan jubah menyebabkan siswi tersebut berasa tersisih bukan sahaja terhadap pandangan masyarakat umum, tetapi pandangan siswi-siswi yang bergiat dalam program berunsurkan dakwah. Penerimaan terhadap perubahan berlaku agak sukar akibat sikap double-standard dan kronism yang diamalkan. Disebabkan mereka telah mendapat tarbiyah sekian lama dan menganggap diri adalah terbaik, agak payah untuk menerima orang yang baru mengenal erti tarbiyah yang sebenar. Apatah lagi berhadapan dengan ibu yang tidak memahami sehinggakan si ibu menyuruh siswi tersebut kembali kepada pakaian lama.

Penyelesaian

Bercakap tentang perubahan, ia bukanlah satu perkara yang mudah semudah mengalihkan sebatang pen dari satu meja ke meja yang lain. Apatah lagi berubah dari segi pemakaian yang melibatkan persepsi masyarakat sekeliling terhadap personaliti baru yang ingin dibentuk. Adalah penting adanya pemahaman terhadap matlamat perubahan dan pengorbanan yang tinggi agar terus istiqamah dengan perubahan.

Apa yang dilakukan oleh siswi tersebut adalah hijrah kepada kebaikan dan memerlukan ketahanan mental dan mujahadah yang tinggi. Dalam satu perubahan, sokongan dari segi spiritual, emosi dan mental diperlukan bukan sahaja dengan berharap kepada tuhan, tetapi juga dari masyarakat sekeliling khususnya mereka yang faham tentang Islam. Meskipun siswi tersebut baru mengenal erti tarbiyah dan mula bergiat dalam program berunsurkan dakwah, rakan-rakan dalam organisasi dakwah haruslah faham dan tidak memandang diri sebagai individu yang bertaraf tinggi sehingga tidak layak berdamping dengan mereka yang baru menerima hidayah.

Di sini, pentingnya pemahaman tentang konsep inverse response (respon songsang ~ rujuk Pemikiran Sistemik) dalam kehidupan seharian. Setiap sesuatu yang bersifat drastik memerlukan daya yang tinggi untuk diterima dan konsep bersabar terhadap time delay (masa lengah yang diperlukan sebelum satu sistem berfungsi) diperlukan. Sesuatu perubahan memerlukan visi yang jelas berdasarkan ilmu wahyu agar kekuatan diperoleh walaupun keadaan sekitar sukar menerima.

Bagaikan susu yang sebelumnya bercampur dengan najis, kuman, urea dan darah di dalam sistem badan seekor lembu akhirnya keluar sebagai susu yang suci yang mendatangkan kebaikan kepada peminumnya. Dapat disimpulkan bahawa bagaimana sukarnya susu itu keluar dari badan seekor lembu melalui proses perahan untuk bebas dari unsur-unsur negatif, begitulah sukarnya sesuatu perubahan untuk dilaksanakan. Persekitaran memerlukan masa untuk menerima sesuatu kelainan.

Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan penglihatan yang berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja terhadap kaum wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana sesetengahnya yang kurang sensitif menganggap aurat lelaki tidak berapa penting sehingga memakai seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan. Bagi seorang wanita, aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah lebih luas pada tubuh mereka berbanding lelaki. Manakala dalam institusi kekeluargaan pula, ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga perlu ditarbiyah dan diberi peringatan agar tidak alpa akan arus dunia semasa yang membawa kepada kebatilan.

Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat

Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:

J = mc x tetha

J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.

m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.

c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.

tetha ialah perubahan suhu.



Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)

Abstrak/Pengenalan

Dalam kajian ini, "eksperimen" dilakukan ke atas 3 jenis wanita: wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah, wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat dan wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.

Tujuan

Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.

Hipotesis

Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.

Inferens

Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.

Pembolehubah manipulasi

c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan. Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas dari suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya "mengurung" wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?

Pembolehubah malar

m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.

tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).

Pembolehubah bergerakbalas

J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.

Kaedah

1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.

2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.

3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.

4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki: Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik dan Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.

Pemerhatian

1) Wanita A kelihatan humble, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.

2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.

3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.

4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.

Kesimpulan

Dari eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi:

J = mc x tetha

Oleh itu, hipotesis diterima.

Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam

Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam, individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu.

Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang mengambil jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi ilmu yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam sampai ke serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh.

Seperti yang tertera dalam misi UIA iaitu Triple ICE (Integrations, Islamizations, Internationalizations dan Comprehensive Excellence), adakah pelajar UIA akan mencapai misi UIA andai masih lagi belajar untuk bekerja? Bukan untuk pelajar UIA sahaja, malah kepada pelajar institusi lain sekali. Tidak malukah kita kepada mereka yang bukan Islam mengkaji ilmu sains melalui al-Quran lantas memeluk Islam atas kesedaran? Di manakah perginya reputasi pelajar Islam yang cuba dipertahankan? Fikirkan...
Read rest of entry

Saturday, October 24, 2009

PANDUAN SETTING WINDOWS VISTA

1. Sila pergi ke control panel.



2. Klik pada User Accounts and Family Safety.



3. Klik pada Change your Windows password.



4. Klik pada Turn User Account Contro on or off.



5. Hilangkan tanda “right” di dalam kotak dengan cara mengklikkan kotak tersebut.
6. Klik OK
7. Setelah itu anda dikehendaki untuk menghidupkan semula ( restart ) komputer.
Read rest of entry

PANDUAN SETTING OFFICE 2007

SETTING MACRO

1. CLICK OFFICE BUTTON / LOGO



2. CLICK EXCEL OPTION



3. CLICK TRUST CENTER >CLICK TRUST CENTER SETTING


4. CLICK MACRO SETTING > ENABLE ALL > TEKAN “OK”.


SETTING FILE

1. CLICK OFFICE BUTTON / LOGO


2. CLICK EXCEL OPTION


3. CLICK SAVE


4.SELECT & CLICK ‘FILE FORMAT’ > OK
Read rest of entry

KESALAHAN PENGISIAN DATA ESEKOLAH

1. KOD SEKOLAH TIDAK DIISI. TANDA “KOD SEKOLAH TIDAK DIISI???”



2. DATA MURID TAHUN 3 DAN TAHUN 4 TIDAK DIISI UNTUK KOHORT 2005. TANDA “X” AKAN TERTERA DI SEBELAH TAHUN.



3. MODUL TAHUN SATU ADA KESALAHAN PADA BULAN JUN; AMALI WUDHUK, AMALI SOLAT(BACAAN), AMALI SOLAT(PERLAKUAN) DAN BAHASA ARAB). TANDA TAHUN KELAS AKAN TERTERA BERSAMA MODUL YANG ADA RALAT DI BAWAHNYA DENGAN JUMLAH KESALAHANNYA.

Read rest of entry

SAYA



Sejenak melihat tanda-tanda kebesaran Allah di Cameron Highlands.
Read rest of entry

KELUARGA



Alhamdulilah. Semua adik beradik dapat berkumpul di pagi raya puasa.
Read rest of entry

LDP THINKQUEST.ORG






Di makmal komputer, SKSI.
Thinkquest.org, salah satu web yang sesuai dijadikan platform untuk kegunaan semua guru dan murid. Amat baik.

Read rest of entry

MESYUARAT KAWAL MUTU PEMULIHAN JAWI TAHUN 5



Di Kuala Terengganu.
Read rest of entry

Friday, October 23, 2009

BAHASA ARAB KBSM




Bahasa Arab KBSM :
1. SP, HSP dan RPT.
2. Buku Panduan P&P Bahasa Arab.
3. Modul Latih Tubi.
4. Panduan Tahbib Lughah

1. SP, HSP & RPT Pendidikan Islam KBSM Sila klik
Read rest of entry

KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN (KKQ)




Bahan Kelas Kemahiran Al-Quran
1. SP, HSP & RPT KKQ
2. Panduan Pelaksanaan KKQ
3. Buku Panduan KKQ
4. Koleksi Soalan

1. KKQ Sila klik
Read rest of entry

BAHASA ARAB KBSR / KSSR

Read rest of entry

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA 2010

Read rest of entry

Thursday, October 22, 2009

GARIS PANDUAN PERADUAN BERASASKAN HADIAH

1. TUJUAN

Garis Panduan Peraduan Berasaskan Hadiah ini disediakan untuk memberi panduan kepada semua pihak yang terlibat dalam menganjurkan peraduan yang menawarkan hadiah sebagai ganjaran sama ada agensi- agensi kerajaan dan swasta, syarikat-syarikat telekomunikasi, media cetak dan elektronik, pengendali konsep peraduan, penaja, orang awam serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam peraduan tersebut.

2. PENDAHULUAN

2.1 Dengan kemajuan arus perdana, urusniaga jual beli telah mula diperluaskan dengan pelbagai teknologi moden termasuklah melalui SMS. Bukan sekadar itu, promosi produk jualan juga semakin berkembang pesat melalui instrumen semasa termasuk penganjuran peraduan kontemporari oleh pelbagai pihak telah menjadi begitu popular dan semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat.

2.2 Namun begitu, penganjuran peraduan kontemporari ini yang kebiasaannya menawarkan hadiah contohnya peraduan melalui SMS telah menimbulkan pelbagai polemik dan persoalan khususnya daripada aspek hukum syarak. Justeru garis panduan ini diterbitkan untuk merungkai segala permasalahan dan kekeliruan sekaligus memastikan seluruh penganjuran peraduan berasaskan hadiah bertepatan dengan prinsip muamalat Islam yang berasaskan kepada aspek ketelusan dan keadilan.

2.3 Garis Panduan ini adalah berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Mesyuarat Panel Kajian Syariah, JAKIM.

3. KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-64 yang bersidang pada 27 Julai 2004 telah memutuskan;

“Peraduan kuiz melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan seumpamanya adalah mengandungi unsur-unsur eksploitasi, kesamaran (tidak jelas), pertaruhan dan nasib yang tergolong dalam pengertian judi. Dari itu, hukum peraduan kuiz tersebut adalah haram di sisi syarak”

4. KRITERIA- KRITERIA YANG MESTI DIELAKKAN DALAM PENGANJURAN PERADUAN BERASASKAN HADIAH

4.1.1 Eksploitasi

Dalam konteks peraduan berasaskan hadiah, “eksploitasi” bermaksud suatu perbuatan atau tindakan mempergunakan sesuatu (orang dll) untuk kepentingan (keuntungan dsb) diri sendiri. (Kamus Dewan)

Eksploitasi bermaksud menuntut (meminta) hasil daripada sesuatu yang dimiliki oleh pemilik. (Mausuah Fiqhiyyah)

Eksploitasi juga bermaksud use selfishly and unfairly for one’s own advantage or profit. (Oxford Dictionary)

Dalam konteks peraduan, peserta mengharapkan hadiah lumayan yang ditawarkan manakala pihak penganjur mengambil kesempatan dengan mengenakan caj tertentu dan mengaut keuntungan di atas keghairahan orang ramai yang menyertainya. Perbuatan tersebut adalah suatu bentuk eksploitasi yang tidak diharuskan oleh Islam.

4.1.2 Kesamaran

Dalam konteks peraduan yang menawarkan hadiah juga, maksud “kesamaran” adalah sesuatu perkara yang kurang jelas keadaannya. (Kamus Dewan)

Kesamaran juga telah ditakrifkan sebagai bahaya, tipu helah dan mendedahkan diri kepada kebinasaan diri dan juga hartanya. al- Jurjani pula telah mentakrifkan kesamaran sebagai sesuatu yang tidak diketahui akibatnya samada berlaku atau sebaliknya. (Mausu’ah Fiqhiyyah)

Kesamaran juga dimaksudkan dengan look or sound different from normal; give false appearance. (Oxford Dictionary)

Dr. Yusof al-Qardhawi menjelaskan tentang pendirian Islam terhadap perbuatan yang samar- samar atau syubhah. Beliau menyatakan bahawa Islam memberikan satu garis panduan yang disebut sebagai sikap berhati-hati kerana takut terlibat dalam perbuatan haram. Melalui sifat ini seseorang Islam dituntut supaya menjauhkan diri daripada sesuatu masalah yang masih samar-samar, sehingga dengan cara tersebut dia tidak melakukan suatu perbuatan yang haram.

Perbuatan seperti ini termasuk dalam perkara sadduz zara’i’ (menutup pintu daripada melakukan kejahatan). Perkara tersebut juga merupakan salah satu pendidikan untuk orang Islam memandang lebih jauh serta menyelidik terhadap hidup dan manusia itu sendiri. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

“Yang halal sudah jelas dan yang haram juga sudah jelas, di antara kedua-duanya itu ada beberapa perkara yang belum jelas (syubhat), banyak orang yang tidak tahu; apakah dia termasuk dalam perkara yang halal ataukah yang haram? Maka sesiapa yang menjauhinya kerana hendak membersihkan agama dan kehormatannya maka dia akan selamat dan sesiapa yang mengerjakan sedikitpun daripadanya hampir-hampir dia akan jatuh ke dalam haram, sebagaimana orang yang menggembala kambing di sekitar daerah larangan, dia hampir-hampir akan jatuh kepadanya. Ingatlah bahawa tiap-tiap raja mempunyai daerah larangan. Ingat pula bahawa daerah larangan Allah itu ialah semua yang diharamkan.”

(Riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Tarmizi dan riwayat ini adalah lafaz al-Tarmizi) (Dr. Yusof al-Qardhawi, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hal 37)

Dalam konteks peraduan kontemporari ini, penganjur mengenakan caj bayaran dalam pelbagai istilah seperti wang pertaruhan, wang penyertaan, yuran pertandingan dan sebagainya.

Penganjur juga menyediakan syarat peraduan yang kurang telus, serta mengelirukan. Ini menyebabkan peserta bergantung kepada nasib di samping menyimpan angan-angan untuk memperolehi hadiah yang lumayan. Kesamaran yang berlaku dalam peraduan seumpama ini boleh menyebabkan orang ramai terlibat dalam perbuatan perjudian tanpa mereka sedari.

4.1.3 Pertaruhan

Dalam konteks peraduan berasaskan hadiah, “pertaruhan” bermaksud wang dan lain-lain yang dipasang dalam perjudian. (Kamus Dewan)

Pertaruhan juga bermaksud money etc risked or gambled on the unknown result of a future event. (Oxford Dictionary)

Judi daripada sudut bahasa bermaksud pertaruhan yang menggunakan anak panah. Ibn Hajar al- Makki telah mentakrifkan perjudian sebagai al- qimar dalam apa jua bentuk. Manakala al- Muhalli telah menjelaskan bahawa bentuk perjudian ialah sesuatu yang diragukan samada untung atau rugi. (Mausuah Fiqhiyyah)

Peraduan kontemporari contohnya melalui SMS adalah suatu permainan yang melalaikan dan boleh dikategorikan dalam permainan al-nardu (buah dadu -permainan tradisi masyarakat Arab yang mengandungi perjudian dan pertaruhan). Menurut Dr. Yusof al-Qardhawi (Fatawa al-Mu’asarah jilid 7, hal 465 dan 466) para fuqaha mengharamkan permainan ini berdasarkan kepada dalil al-Quran dan hadis serta bentuk permainan tersebut yang mengandungi unsur judi yang diharamkan. Mereka merujuk kepada firman Allah S.W.T. yang bermaksud;

'Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.'

Surah al-Ma`idah ayat 90

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

“Sesiapa yang bermain permainan al-Nardu (perjudian) sesungguhnya ia telah melakukan maksiat kepada Allah dan rasul-Nya”. Riwayat Abu Daud

Dalam konteks peraduan, unsur perjudian yang terdapat di dalamnya adalah kerana ia mengandungi unsur pertaruhan, setiap peserta akan dikenakan caj bayaran melalui pelbagai istilah yang mengabui mata peserta sebagai syarat untuk menyertai peraduan tersebut.Bayaran inilah yang dinamakan pertaruhan.

4.1.4 Nasib

“Nasib” bermaksud melakukan sesuatu dengan harapan untuk mendapat keuntungan; bertaruh (Kamus Dewan).

Nasib juga bermaksud chance, esp though of as force that bring good or bad fortune (Oxford Dictionary)

Perbuatan peserta yang membayar caj peraduan dengan harapan mendapat keuntungan atau habuan hadiah ketika menyertai sebarang peraduan yang dianjurkan perbagai pihak adalah tidak diharuskan oleh Islam. Ia sama dengan perbuatan mempertaruhkan wang lalu bergantung harapan kepada nasib untuk mendapat keuntungan yang lebih banyak.

Perbuatan bergantung kepada nasib ini bertentangan dengan ajaran Islam berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud;

'Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi,pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.'

Surah al-Ma`idah ayat 90

Dalam konteks peraduan berasaskan hadiah, ada segelintir penganjur peraduan meletakkan kaedah penentuan pemenang melalui kriteria peserta yang berjaya menjawab soalan dengan tepat dan paling pantas. Kaedah pemilihan pemenang seumpama ini adalah tidak patuh syariah kerana peserta yang menjawab soalan dengan tepat masih tidak ada jaminan untuk dipilih sebagai pemenang kerana terpaksa bergantung kepada nasib semata- mata untuk menjadi peserta yang terpantas menjawab soalan.

4.1.5 Pembaziran

“Pembaziran” bermaksud perbuatan membazirkan (wang, masa tenaga dsb) (Kamus Dewan).

Perbaziran juga dapatlah diertikan sebagai membahagikan harta di luar tujuan. Sesetengah ahli feqah telah mentakrifkan pembaziran sebagai tiada ihsan dalam pengurusan harta, membelanjakan harta bukan pada tempat yang tidak sepatutnya, membelanjakan harta pada arah kebaikan bukanlah bermaksud pembaziran dan membelanjakan harta dalam urusan makanan tidak termasuk di dalam hal (kategori) pembaziran. (Mausu’ah Fiqhiyyah)

Pembaziran juga dimaksudkan dengan not thinking of the consequences or of danger; rash or impulsive. (Oxford Dictionary)

Islam melarang umatnya melakukan perbuatan mensia-siakan harta atau wang pada tempat yang tidak wajar dan tidak diharuskan oleh Allah S.W.T.. Ini bermakna walaupun sedikit yang kita belanjakan jika bukan pada tempat yang wajar, maka ia tetap dikira sebagai membazir. Tidaklah semestinya banyak atau sedikit semata-mata yang menjadi ukuran kepada perkiraan membazir atau tidaknya dalam sesuatu perbelanjaan. Perbuatan membazir sangat dilarang dalam Islam malah ia dianggap bukan daripada perbuatan seorang Islam. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud;

Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya.”

Surah al-Nisaa’ ayat 26-27

Dalam konteks peraduan berasaskan hadiah, ramai peserta menghabiskan wang mereka semata-mata untuk meraih hadiah yang ditawarkan. Walau bagaimanapun sebilangan kecil sahaja peserta yang akan memperolehi hadiah, manakala sebahagian besar lagi akan mengalami kerugian serta kehilangan wang dalam pertaruhan. Mereka telah membazirkan masa, wang dan tenaga semata-mata untuk mendapatkan hadiah yang belum pasti diperolehi.

5. PANDUAN KEPADA PESERTA

5.1 Sebelum menyertai sebarang peraduan yang berasaskan hadiah, peserta haruslah meneliti dan memahami perkara-perkara berikut:

i) Bentuk dan operasi peraduan.

ii) Terma dan syarat peraduan dengan jelas.

iii) Memastikan peraduan yang disertai tidak mengandungi unsur-unsur yang bercanggah dengan hukum syarak seperti perjudian, pembaziran, eksploitasi, keraguan dan kerugian kepada peserta.

iv) Memastikan caj yang dikenakan terhadap mereka sama seperti caj biasa sebelum peraduan berlangsung jika peraduan tersebut dianjurkan melibatkan perbualan telefon dan kaedah SMS.

v) Peraduan yang disertai bermanfaat dan tidak mengandungi unsur hiburan yang melampau, aktiviti yang melalaikan dan seumpamanya.

vi) Peserta hendaklah merujuk kepada pihak berkuasa yang berautoriti sekiranya terdapat keraguan mengenai sesuatu peraduan terutamanya daripada sudut hukum syarak dan perundangan negara.

vii) Peserta dinasihatkan agar tidak terlalu taksub dan fanatik kepada sesuatu peraduan yang disertai sehingga meninggalkan tugasan wajib.

6. PANDUAN KEPADA PENGANJUR

6.1 YURAN PENDAFTARAN DAN CAJ TAMBAHAN

i) Penganjur tidak boleh mengenakan apa- apa caj atau yuran kepada peserta sebagai bayaran pendaftaran untuk menyertai peraduan yang dianjurkan bagi mengelakkan wujudnya unsur- unsur perjudian dan pertaruhan.

ii) Tiada sebarang caj tambahan boleh dikenakan kepada peserta peraduan contohnya caj kos pengurusan, caj ke atas setiap set soalan peraduan dan seumpamanya.

iii) Jika peraduan dianjurkan melalui telefon dan seumpamanya, pihak penganjur tidak boleh menaikkan caj perbualan telefon dan SMS daripada caj semasa bagi mengelakkan wujudnya unsur perjudian.

6.2 TERMA DAN SYARAT PERADUAN YANG JELAS

i) Penganjur mestilah menyatakan tujuan, syarat- syarat penyertaan, ganjaran hadiah, kaedah pemilihan pemenang, tempoh masa dan seumpamanya dengan tepat, jelas dan terperinci di dalam terma dan syarat peraduan.

ii) Sekiranya peraduan tersebut melibatkan penjualan produk dan seumpamanya maka perkara tersebut perlu diperincikan dengan jelas di dalam terma dan syarat.

iii) Terma dan syarat juga mestilah adil, tidak mengandungi unsur penipuan ataupun helah, serta tidak berat sebelah samada di pihak penganjur mahupun pelanggan dan mestilah tidak bercanggah dengan syarak.

iv) Terma dan syarat mestilah dapat diakses sepenuhnya oleh pelanggan dengan jelas samada melalui iklan di media cetak, media elektronik atau seumpamanya.

v) Terma dan syarat mestilah jelas, mudah difahami serta tidak mengelirukan masyarakat awam.

6.3 PROMOSI DAN IKLAN

i) Maklumat penting di dalam terma dan syarat iaitu syarat- syarat penyertaan, bentuk operasi peraduan, ganjaran hadiah, syarat-syarat pemenang dan seumpamanya mestilah dinyatakan sepenuhnya dengan jelas, mudah difahami oleh masyarakat awam.

ii) Jika peraduan tersebut melibatkan sebarang penjualan barangan atau produk, promosi penjualan barangan atau produk tersebut mestilah lebih difokuskan berbanding promosi peraduan.

iii) Iklan-iklan dan promosi di dalam media cetak dan elektronik mestilah;

a) menggambarkan sepenuhnya promosi peraduan tersebut;

b) tidak mengandungi unsur-unsur eksploitasi seperti mengeksploitasikan wanita dan seumpamanya sebagai satu daya tarikan; dan

c) tidak mengandungi unsur-unsur provokasi, paksaan serta mengelirukan peserta.

6.4 SISTEM PERADUAN YANG JELAS

6.4.1 Matlamat Peraduan

i) Peraduan yang dianjurkan mestilah mempunyai matlamat yang bermanfaat, membina daya intelektual, memupuk sikap positif dan seumpamanya.

ii) Tidak dijadikan sebagai helah untuk mengaut keuntungan yang berlipat ganda.

iii) Tidak melalaikan sehingga menyebabkan peserta meninggalkan kewajipan seharian.

6.4.2 Bentuk Soalan Peraduan

i) Soalan- soalan peraduan mestilah;

a) bermanfaat, ilmiah dan benar- benar menguji kepintaran;

b) tidak tertumpu kepada perkara- perkara yang tidak membina minda serta melalaikan;

c) tidak mengelirukan; dan

d) tidak bercanggah dengan syariat Islam

6.4.3 Kaedah Pemilihan Pemenang

i) Setiap penyertaan peserta mestilah disemak dan dihakimi dengan adil, telus, amanah dan tidak berat sebelah.

ii) Pemenang peraduan tidak boleh ditentukan dengan kaedah cabutan rambang (lucky draw) yang bersandarkan kepada faktor nasib sahaja contohnya sistem pemilihan pemenang hanya ditentukan melalui kaedah cabutan sahaja tanpa disemak keseluruhan borang jawapan peraduan yang diserahkan peserta terlebih dahulu.

iii) Jika sekiranya terdapat lebih daripada satu penyertaan yang menjawab semua soalan objektif dengan betul dan mempunyai markah/ mata yang sama, maka peserta hendaklah diberi soalan subjektif contohnya menulis cogankata dan seumpamanya. Hakim mestilah mengadili soalan subjektif tersebut dengan adil sebelum menentukan pemenang peraduan.

6.4.4 Tempoh Masa Peraduan

i) Jika peraduan tersebut mempunyai sesuatu tempoh had masa penganjuran dan menjawab soalan, maka ia perlulah dimaklumkan kepada peserta sebelum peraduan bermula.

6.5 GANJARAN/ HADIAH

i) Hadiah peraduan disediakan oleh pihak penganjur mestilah daripada sumber yang halal.

ii) Hadiah peraduan tidak boleh diambil daripada kumpulan wang peserta samada melalui yuran penyertaan, caj dan seumpamanya.

iii) Sumber dana hadiah tidak boleh diambil daripada hasil caj perkhidmatan yang di kenakan untuk sms dan seumpamanya.

iv) Hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur mestilah bernilai, bermanfaat dan memenuhi spesifikasi yang telah dinyatakan di dalam terma dan syarat peraduan.

v) Hadiah peraduan hendaklah disediakan terlebih dahulu sebelum sesuatu peraduan dijalankan bagi mengelakkan timbulnya sebarang unsur penipuan.

vi) Tempoh penyerahan hadiah kepada peserta mestilah ditetapkan dan dinyatakan di dalam terma dan syarat peraduan dengan jelas.

7. KESIMPULAN

Garis Panduan yang diterbitkan ini adalah diharap dapat memberikan panduan kepada semua pihak yang terlibat di dalam penganjuran peraduan yang menawarkan hadiah sebagai ganjaran. Semoga usaha ini dapat memastikan keseluruhan operasi peraduan mematuhi prinsip- prinsip syariah.

Rujukan

1. Al- Mausu’ah al- Fiqhiyyah, Wizarah al- Auqaf wa al- Syu’un al- Islamiyyah, jilid 3, cetakan pertama, 2000, Kuwait

2. Al- Mausu’ah al- Fiqhiyyah, Wizarah al- Auqaf wa al- Syu’un al- Islamiyyah, jilid 4, cetakan pertama, 2000, Kuwait

3. Al- Mausu’ah al- Fiqhiyyah, Wizarah al- Auqaf wa al- Syu’un al- Islamiyyah, jilid 31, cetakan pertama, 2000, Kuwait

4. Al- Mausu’ah al- Fiqhiyyah, Wizarah al- Auqaf wa al- Syu’un al- Islamiyyah, jilid 39, cetakan pertama, 2000, Kuwait

5. Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, Dr.Yusof al-Qardhawi, cetakan ke-15, 1994, al-Maktab al-Islami, Beirut

6. Fatawa Mu’asarah, Dr. Yusof al-Qardhawi, jilid 2, 1991Dar Ula al-Nah, Beirut.

7. Kamus Dewan, Edisi Baru, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, Kuala Lumpur.

8. Oxford Dictionary Advanced Learner’s, A.S Hornby, Fourth Edition,1989, Oxford University Press
Read rest of entry

KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN (KKQ)




Bahan Kelas Kemahiran Al-Quran
1. SP, HSP & RPT KKQ
2. Panduan Pelaksanaan KKQ
3. Buku Panduan KKQ
4. Koleksi Soalan
1. KKQ Sila klik


1.

Buku Teks Bahasa Arab Tahun 1



2.

Buku Teks Bahasa Arab Tahun 2

3.

Buku Teks Bahasa Arab Tahun 3

4.

Buku Teks Bahasa Arab Tahun 4

5.

Buku Teks Bahasa Arab Tahun 5

6.

Buku Teks Bahasa Arab Tahun 6

Read rest of entry

PENDIDIKAN ISLAM KBSM

Read rest of entry

KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF

Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Qur’an, bidang Aqidah, Ibadah, Sirah Nabawi Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.

1. Pemulihan Jawi

Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan Jawi perlu dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata- mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan.

2. Kepentingan Khatam al-Qur’an

al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah al–Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan berterusan daripada bilangan guru yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Oleh itu PI pada masa ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada masyarakat.

3. Kepentingan Bahasa Arab

Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata pelajaran bahasa tambahan. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara berpilih dan terhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya.

4. Kepentingan Fardhu Ain

Ramai ibu bapa masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian dan penguasaan anak-anak mereka terhadap amalan Fardu Ain terutama dalam hal ibadah mendirikan solat. Tambahan pula Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) yang dilaksanakan pada masa ini perlu dikaji dan disemak semula supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Oleh itu satu pendekatan baru perlu diperkenalkan bagi memantapkan perlaksanaan Fardhu Ain ini.
Read rest of entry

OBJEKTIF PROGRAM j-QAF

Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan, semua murid Islam sekolah rendah akan dapat:

* Menguasai bacaan dan tulisan jawi
* Khatam al-Quran
* Menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi
* Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu Ain
Read rest of entry

KONSEP PROGRAM j-QAF

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Pelaksanaan j-QAF menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.
Read rest of entry

MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF

1. Model Kelas Pemulihan Jawi

Model Pemulihan Jawi diperjelaskan di dalam Buku Panduan Perlaksanaan Model kelas Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.

2. Model Khatam Al-Quran

Khatam Al-Quran diperjelaskan di dalam buku panduan Perlaksanaan Program Khatam Qur’an Model 6 Bulan dan Buku Panduan Program Khatam al-Qur’an Model Tasmik.

Model 6 Bulan dilaksanakan mengikut modul yang telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqqi dan musyafahah. Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA’, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran.

Model Tasmik pula dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian dan keupayaan murid serta dengan persetujuan ibu bapa mereka dan kesediaan guru pembimbing yang terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang berkemampuan, atau pembimbing luar yang sesuai. Guru pembimbing tersebut hendaklah dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah dan insentif khas wajar dipertimbangkan.

3. Model Bahasa Arab

Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid diwajibkan memilih BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus.
Read rest of entry

SOAL JAWAB

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Format Laporan Pencapaian Program j-QAF?

Jawapan: Format Laporan Pencapaian Program j-QAF ialah pengisian data prestasi murid-murid j-QAF sebanyak empat kali setahun yang dihantar pada bulan Mac, Jun, Ogos, dan Oktober.

2. Apakah tatacara pengagihan pengisian data yang praktikal untuk saya ikuti?

Jawapan: Tatatacara yang praktikal adalah seperti berikut:

(i) Guru setiap bidang menyediakan data mentah bidang yang diajar.

(ii) Data mentah yang lengkap dilaporkan di dalam mesyuarat panitia.

(iii) Data mentah tadi diagihkan mengikut kelas. Contohnya:

Data Tahun 1 Dahlia (sekiranya guru mencukupi) diisi oleh seorang guru X, yang mana guru X perlu mengisi semua data berkaitan Kem Bestari Solat, Ujian Jawi, Ujian Bahasa Arab dan Al-Quran 6 Bulan/Khatam Al-Quran.

3. Kenapakah saya perlu mengisi Format Laporan Pencapaian Program j-QAF? Apakah kepentingannya?

Jawapan: Pencapaian murid dalam pelaksanaan Program j-QAF amat penting untuk dilaporkan kerana :

(i). Memastikan pencapaian murid seluruh negara diselaraskan secara terancang dan tersusun.

(ii). Guru dapat mengenal pasti murid yang belum berjaya menguasai semua kemahiran yang dicadangkan bagi setiap elemen dalam Program j-QAF.

(iii). Guru dapat mengambil tindakan susulan terhadap murid yang belum menguasai kemahiran yang dicadangkan.

(iv). Pencapaian dan pelaksanaan Program j-QAF dibuat secara Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) bukannya berasaskan peperiksaan (Exam Oriented), oleh itu pelaporan perlu dibuat secara terperinci dan berterusan supaya penghayatan guru dan murid sentiasa dapat dinilai dan dikenalpasti.

(v). Pelaksanaan Program j-QAF yang berperanan sebagai memperkasakan Pendidikan Islam diambil kira dalam pelaksanaan Teras ke 3 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ).

4. Siapakah yang patut mengisi Format Laporan Pencapaian Program j-QAF?

Jawapan : Ketua panitia perlu menyelaras dan menyeragamkan agihan tugas kepada semua guru dalam panitia Pendidikan Islam.

5. Bilakah Format Laporan Pencapaian Program j-QAF ini diisi dan dihantar ke PPD?

Jawapan: Pengisian Format Laporan Pencapaian Program j-QAF perlu diisi pada minggu akhir Februari, minggu akhir Mei, minggu akhir Julai, dan minggu akhir

September dan dihantar ke PPD mengikut tarikh yang ditetapkan oleh JPN masing-masing.

6. Software Windows dan Office apakah yang paling sesuai dan digalakkan ketika mengisi Format Laporan Pencapaian Program j-QAF?

Jawapan: Software yang paling sesuai digunakan untuk pengisian Format Laporan Pencapaian Program j-QAF ialah Windows XP dan Office 2000 (disyorkan).

7. Apakah yang dimaksudkan dengan Kod Agama 1 hingga 6 ?

Jawapan: Kod Agama ialah:

1 = bermaksud murid beragama Islam dan mengambil mata pelajaran Bahasa Arab sahaja.

2 = bermaksud murid beragama Islam dan mengambil mata pelajaran Bahasa Cina sahaja

3 = bermaksud murid beragama Islam dan mengambil mata pelajaran Bahasa Tamil sahaja.

4 = bermaksud murid Non Muslim dan berbangsa Cina mengambil mata pelajaran Bahasa Arab

5 = bermaksud murid Non Muslim dan berbangsa India mengambil mata pelajaran Bahasa Arab

6 = bermaksud murid Non Muslim berbangsa selain Cina dan India mengambil mata pelajaran Bahasa Arab

8. Sekiranya seorang murid Islam mengambil 2 mata pelajaran (Bahasa Arab & Bahasa Cina), apakah kod agama yang perlu diisi ?

Jawapan: Guru perlu mengisikan kod nombor 1 pada ruangan “Agama”.

9. Bagaimanakah cara untuk mengisi data pelajar yang masih tidak menguasai kemahiran dalam sukatan khatam Quran?

Jawapan: Isikan pencapaian terakhir murid pada lajur Iqra’ dan guru perlu mengisi lajur khatam al-Quran mengikut kaedah Baca Ikut Guru (BIG) seperti yang disarankan oleh pihak JAPIM KPM.

10. Sila terangkan perkara tersebut dengan terperinci?

Jawapan:

(i) Pelajar Tahun 1 pada 6 bulan kedua dan Tahun 2,3 dan 4 pada 6 bulan yang pertama yang masih membaca Iqra’ :

Laporan hendaklah dibuat mengikut jumlah ayat tertinggi di dalam BIG dan markah kualiti bacaan perlu diisi tidak melebihi 10 markah.

(ii) Pelajar yang membaca al-Quran tetapi masih di bawah sukatan :

Laporan hendaklah dibuat mengikut jumlah ayat tertinggi di dalam BIG dan markah kualiti bacaan boleh diberi sehingga mencapai 40 markah.

(iii) Pelajar yang membaca al-Quran mengikut sukatan :

Laporan hendaklah dibuat mengikut jumlah ayat tertinggi dan markah kualiti bacaan boleh diberi sehingga 40 markah.

(iv)Pelajar yang membaca al-Quran melebihi sukatan Khatam al-Quran :

Laporan hendaklah dibuat mengikut jumlah ayat tertinggi yang dibaca dan markah kualiti bacaan ialah 40 markah (markah penuh) dan 60 markah (markah penuh) kerana melepasi sukatan.

11. Perlukah saya mengisi mengikut BIG?

Jawapan: Ya, guru perlu mengisi laporan mengikut Baca Ikut Guru (BIG) bagi pelajar yang tidak mencapai sukatan khatam Quran (pelajar lemah).

12. Apakah kesan sekiranya laporan khatam al-Quran diisi tidak mengikut sukatan?

Jawapan: Sekiranya laporan khatam al-Quran tidak diisi mengikut sukatan yang telah ditetapkan (rujuk soalan 12), peningkatan prestasi pelajar tidak akan berlaku dan akan memberi kesan kepada objektif program j-QAF secara keseluruhan.

13. Dari manakah sumber soalan untuk mengisi markah pelaporan Jawi?

Jawapan: Sila rujuk Buku Panduan Ujian Pencapaian Jawi Tahun 1-6 yang disediakan oleh pihak JAPIM KPM.

14. Bolehkah saya menggunakan soalan yang disediakan oleh pihak sekolah, Majlis Guru Besar dan Jabatan Pelajaran Negeri untuk tujuan penilaian pengisian pencapaian pelajar j-QAF?

Jawapan: Tidak boleh. Guru perlu mengikut soalan atau instrumen yang disediakan oleh pihak JAPIM untuk tujuan pengisian data pelaporan. Tetapi, tidaklah menjadi kesalahan bagi pihak sekolah untuk melaksanakan penilaian dalaman pencapaian semasa murid.

15. Apakah perbezaan mengisi data pencapaian Bahasa Arab antara tahun satu, dua, tiga dan empat?

Jawapan: Data Pencapaian Bahasa Arab untuk tahun 1, 2 dan 3 adalah berdasarkan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) dan untuk Tahun 4 berdasarkan Ujian PKSR Pertengahan Tahun dan Ujian PKSR Akhir Tahun yang dibina dan dibekalkan oleh pihak JAPIM KPM.

16. Adakah perlu untuk mengisi data pencapaian Bahasa Arab oleh murid non-muslim?

Jawapan: Ya. Data pencapaian Bahasa Arab murid non-muslim perlu diisi dan direkodkan mengikut lajur yang telah disediakan dalam format pelaporan.

17. Adakah anda perlu memahami instrument dalam ujian PKSR Bahasa Arab yang disediakan sebelum mengisi data pelaporan?

Jawapan: Ya. Guru Bahasa Arab perlu memahami konsep dan instrumen yang disediakan dalam ujian PKSR sebelum mengisi data pelaporan.

18. Setelah saya mengisi semua laporan di dalam Format Laporan Pencapaian Program j-QAF, apakah yang perlu saya lakukan?

Jawapa n : Anda perlu memastikan semua data ESATU, EDUA, ETIGA dan EEMPAT selesai diisi kemudian di eksport ke ESEKOLAH. Kemudian data ESEKOLAH di eksport ke satu disket menjadi EPPD untuk dihantar ke UPIM PPD masing-masing.

19. Bagaimanakah cara untuk memastikan terdapat kesalahan dalam pengisian Format Laporan Pencapaian Program j-QAF sebelum menghantar EPPD kepada PPD ?

Jawapan : Terdapat dua situasi penting untuk mengesan kesalahan:

(i). Guru perlu klik di butang “SEMAK” di dalam ESATU, EDUA, ETIGA dan EEMPAT. Sekiranya terdapat nombor yang berwarna merah tertera di petak sebelah kiri butang tersebut, maka itu adalah petanda kesalahan atau kekurangan data telah berlaku pada ESATU, EDUA, ETIGA atau EEMPAT tersebut.

(ii). Ketua panitia pula perlu menyemak kembali di dalam ESEKOLAH dan sekiranya terdapat nombor berwarna merah di sebelah kanan dalam “RUMUSAN”, maka itu adalah petanda kesalahan yang masih berlaku.

Catatan: Sekiranya wujud situasi ruangan peratus dalam rumusan berwarna merah, ia menunjukkan peratusan rendah di bawah 40 peratus.

Tindakan :

(a) Guru perlu membetulkan kesalahan mengikut ESATU, EDUA, ETIGA atau EEMPAT sebelum mengeksport ke ESEKOLAH.

(b) Ketua panitia perlu memastikan kesalahan diperbetulkan. (Perkara ini perlu ambil perhatian yang sewajarnya sebelum mengeksport data ke EPPD)

20. Sekiranya berlaku masalah atau kesalahan di dalam ESATU, EDUA, ETIGA atau EEMPAT, apakah yang perlu saya lakukan?

Jawapa n : Ketua panitia perlu memastikan kesalahan dan membetulkan kesalahan yang dikesan tadi .Guru perlu mengimport dan eksport kembali kesalahan yang dibetulkan kedalam ESEKOLAH.

21. Bolehkah saya “copy” dan “paste” di dalam pencapaian pelajar bulan Jun kepada pencapaian bulan Oktober?

Jawapan: Tidak boleh.

22. Sekiranya terdapat murid yang berpindah ke sekolah lain, bolehkah saya mengisi lajur murid tersebut dengan nama pelajar lain?

Jawapan: Boleh.

23. Bolehkah saya “save” ESATU, EDUA, ETIGA atau EEMPAT sebelum saya eksport ke ESEKOLAH?

Jawapan: Boleh. Guru boleh menyambung semula pengisian data sebelum mengeksport kepada ESEKOLAH.

24. Apakah yang perlu dihantar kepada PPD bersama disket EPPD?

Jawapan: Satu disket (EPPD) dan satu salinan rumusan disertakan bersama surat iringan yang ditandatangani oleh guru besar .

25. Bahagian apakah yang perlu di cetak dan dihantar bersama disket EPPD?

Jawapan: Hanya bahagian “RUMUSAN” sahaja yang perlu dicetak beserta surat rasmi yang ditandatangani oleh guru besar, dan dihantar ke PPD bersama satu disket EPPD sahaja.

26. Apakah kesan sekiranya saya menghantar laporan yang salah/tidak lengkap kepada PPD?

Jawapan : Sekiranya laporan yang tidak lengkap atau salah dihantar ke PPD akan menyebabkan pihak PPD tidak dapat dapat mengumpul data daerah tersebut dengan sempurna. Laporan PPD kepada Jabatan Pelajaran Negeri tidak berfungsi dan gagal. Kesilapan dari satu sekolah menyebabkan keseluruhan laporan JPN akan gagal (sila ambil perhatian serius).

27. Apakah kesan sekiranya saya tidak jujur di dalam mengisi data pelaporan?

Jawapan: Semua guru perlu memahami faktor kejayaan program j-QAF adalah berdasarkan data pencapaian yang dilaporkan dalam format pelaporan program j-QAF. Sekiranya berlaku kesilapan atau ketidakseimbangan pelaporan disebabkan kecuaian guru dalam mengisi data, ini akan memberi kesan kepada kayu ukur kejayaan program j-QAF yang dilaksanakan untuk memperkasakan Pendidikan Islam.

28. Perlukah saya menyimpan data bulan Mac-Jun sehingga mengisi epelaporan bulan Ogos-Oktober?

Jawapan: Ya, perlu.

29. Adakah saya perlu memastikan prestasi pencapaian murid sentiasa meningkat dari laporan MAC hingga OKTOBER , dan laporan dari tahun semasa ke tahun berikutnya?

Jawapan: Ya. Guru perlu memastikan prestasi pencapaian murid dalam program j-QAF sentiasa meningkat dan cemerlang. Oleh itu, kesilapan mengisi data akan menjejaskan pelaporan prestasi pencapaian murid. Guru perlu peka dalam mengisi pelaporan ini kerana ia memberi kesan kepada prestasi laporan peringkat daerah dan negeri.
Read rest of entry

Wednesday, October 21, 2009

Penghayatan Syukur di Aidil Fitri

Menafikan peranan Ramadhan sebagai bulan ujian dalam mengangkat martabat keinsanan dengan pengisian perayaan yang bercanggah dengan tuntutan Islam adalah satu kesilapan besar umat Islam. Bulan Ramadhan merupakan tempoh penting sepanjang setahun untuk melihat sejauh mana manusia terdidik secara khusus terhadap pengabdian dan kepimpinan diri dalam fitrahnya. Sekiranya ia dicemari dengan amalan maksiat dan sia-sia dalam menyambut Syawal, maka ini menjadikan madrasah Ramadhan satu lakonan yang merugikan.

Berpuasa di bulan Ramadhan bukan hanya untuk mendapat lapar dan dahaga. Lebih dari itu, perlaksanaan ibadahnya dengan ganjaran yang tidak ternilai. Maqam fitrah yang paling tinggi diletakkan sebagai sasaran. "Barangsiapa berpuasa dengan penuh keimanan dan keinsafan, diampunkan baginya segala dosa-dosanya yang lampau". Maqam fitrah sejak dilahirkan, setiap anak itu berada dalam keadaan bersih dari sebarang dosa sehinggalah perjalanan kehidupannya dihiasi atau dicemari oleh amalan seharian. Dengan berbagai dugaan dan cabaran sepanjang setahun akhirnya manusia diberi kesempatan semula untuk mengasuh dan memurnikan kembali dirinya dan akhlaknya melalui penghayatan Ramadhan dan penilaian Syawal.

Aidil Fitri adalah satu titik penting penanda untuk menilai sejauh mana manusia terdidik oleh kongkongan nafsu. Apa yang tergambar boleh dilihat melalui bentuk sambutan perayaan dan bagaimana kesyukuran ke atas pencapaian diri diterjemahkan. Penilaian ini juga penting menentukan tahap di mana kedudukan sesebuah bangsa dari pelbagai sudut samada politik, ekonomi dan sosial serta jangkaan kemungkinan tertentu pada masa akan datang.

Walaupun masih ada beberapa aspek perlukan penambahbaikan, suasana matang yang digambarkan oleh masyarakat Malaysia sepanjang Ramadhan telah diterjemahkan dalam kesederhanaan menyambut Syawal. Perkembangan ekonomi masih dalam kawalan apabila kadar kawalan barangan, kenaikan harga dan keperihatinan pengguna menyeimbangkan pasaran. Pengusaha yang ghairah mengaut keuntungan dahulunya boleh mendabik dada mungkin hanya mampu berasa lega sahaja pada tahun ini kerana tekanan keseimbangan tingkahlaku pengguna yang makin bijaksana. Persaingan sihat ekonomi telah memberi kesan baik kepada pilihan pengguna dalam berbelanja dan memberi nilai kepada wang yang mereka keluarkan. Pengorbanan badan penguatkuasaan agensi terbabit telah terhasil memberi kesan positif kepada kestabilan harga dan pasaran barangan dalam negara.

Kerisauan yang pernah dibimbangi dahulu tentang pola kerosakan sosial masyarakat serta kecelaruan ekonomi akibat ancaman dalaman dan luaran dapat dibendung. Walaupun ada desas-desus cerita terpinggir tentang salah faham umat Islam menghayati Ramadhan dan Syawal dengan membiarkan nafsu yang meliar ketika perayaan masih berlaku, namun kepincangannya tidaklah terlalu ketara. Namun, kedudukan ini bukanlah satu alasan untuk kita katakan sebagai memadai dan mengambil pilihan untuk mendiamkan diri dengan tidak melakukan apa-apa. Sebenarnya, inilah ruang peningkatan terbaik untuk masyarakat Islam melonjakkan diri ke tahap yang lebih tinggi.

Disebabkan kestabilan, kadang-kadang kita langsung lupa langkah-langkah penambahbaikan. Sudut perhubungan khalik-makhluk inilah yang agak kurang diberi perhatian dan masih boleh ditingkatkan melalui penghayatan kesyukuran. Perkara inilah yang akan kekal berpanjangan memetakan kematangan masyarakat dalam kehidupan seharian.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa bentuk sambutan perayaan berubah dari masa ke semasa bergantung kepada persekitaran dan tahap kekuatan hubungan manusia dengan penciptanya. Persekitaran sering menjadi pengaruh utama samada menyumbang atau menghalang tahap fitrah ini menemui maksud asalnya dan sejauh mana masyarakat Islam berupaya terlepas dari genggaman nafsu sendiri. Pertarungan melawan nafsu merupakan pertarungan yang paling sukar dalam tamadun bangsa. Keupayaan membendungnya merupakan titik tolak kepada kejayaan atau kejatuhan sesebuah bangsa. Matlamat syariat yang paling asas ini jika diabaikan akan mengundang bencana kepada kestabilan yang dibangga-banggakan.

Kecenderungan penghayatan perayaan dan kefahaman menzahirkan kesyukuran merupakan landasan utama perayaan. Sepanjang perjalanan zaman, tahap penghayatan telah banyak menerima berbagai bentuk perubahan. Takrif syukur terletak kepada pengaruh persekitaran yang disesuaikan ke atas sesuatu kaum. Sebagai contoh, orang yang hidup secara primitif menganggap kewujudan makhluk-makhluk halus yang mempengaruhi kehidupan mereka maka pemujaan unsur-unsur mistik ini diamalkan terutama menyambut hari-hari penting dalam kehidupan dalam tarian dan bunyi-bunyian.

Begitu juga dalam zaman jahilliyyah yang bergelumang dengan arak, wanita dan hidup bersosial. Orang-orang jahiliyyah menzahirkan kegembiraan dengan pesta makan minum, kegiatan sosial yang tidak mengira sempadan serta kegembiraan yang tiada bertepi. Kedatangan Islam memberi takrifan semula kepada perayaan dengan mengagungkan Allah dan meraikan kemenangan berjihad melawan nafsu sendiri.

Ketika Rasullullah berhijrah ke Madinah pada peringkat awal penghijrahan, kaum madinah memberitahu Rasullullah bahawa terdapat dua perayaan di mana semua orang akan bergembira pada hari tersebut. Lalu Rasullullah menjawab bahawa Allah gantikan dua kegembiraan melebihi kegembiraan yang digambarkan kepada baginda iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha. Rasulullah dan para sahabat memberi takrifan baru terhadap perayaan dengan tidak putus-putus bertakbir, bertasbih dan bertahmid sejak gelincir matahari sehinggalah di siang hari raya. Manakala perkembangan yang berlaku di Malaysia pada zaman 80-an dan 90-an, malam raya diisi dengan aktiviti kumpulan perarakan takbir berjalan dari rumah ke rumah di dalam kejiranan untuk bertakbir dan bertahmid.

Kini tiba zaman bergantung kepada teknologi dan maklumat. Zaman penggunaan komputer, internet dan televisyen yang ketara sekarang mempamerkan bagaimana umat Islam menyatakan kesyukuran di hadapan semua ini. Takbir, tasbih dan tahmid telah diambilalih oleh televisyen. Mungkin tidak salah perkembangan ini tetapi, sejauh mana penghayatan kesyukuran itu berlaku kepada umat Islam dalam mendokong usaha berterusan memerangi nafsu. Apakah kesan ‘sambutan' kesyukuran ini selepas selesai tempoh perayaan?

Begitu juga dengan apa yang difahami dan diamalkan oleh segelintir muda-mudi zaman sekarang. Bagi mereka agak janggal mengaitkan kegembiraan dengan kesyukuran tetapi lebih menitikberatkan erti kebebasan mutlak melakukan apa saja tuntutan nafsu seperti fahaman puak jahiliyyah apatah lagi untuk melihat amalan-amalan anjuran Rasullullah ketika meraikan perayaan.

Sekiranya pola perayaan yang sering terdedah kepada berbagai bentuk ancaman tidak dikawal, salah faham tentang erti perayaan akan berlaku akhirnya. Zaman yang berputar akan mengembalikan tradisi jahiliyyah ke dalam perayaan Islam. Di samping pergaulan bebas, aktiviti-aktiviti yang tidak sihat berlaku apabila beramai-ramai berkumpul untuk berpesta dengan hidangan muzik, minuman atau ubatan mengkhayalkan serta kebebasan kegiatan seks. Di samping pengaruh kuat dari anasir luar dan kurangnya pemantauan ibubapa, kelemahan penghayatan merupakan kunci utama kepada gejala yang tidak sihat ini. Bagi golongan begini, ‘perayaan' hanyalah istilah penanda kemuncak merajakan nafsu dan alasan bagi mereka yang memang telah mengggelincirkan diri dari hakikat Islam. Justeru itu, marilah sama-sama kita menghargai kemenangan Ramadhan dengan mengekalkan penghayatan bersyukur dengan bertakbir, bertasbih dan bertahmid seikhlasnya.
Read rest of entry

Monday, October 19, 2009

Poligami Bukan Hanya Berkongsi Kasih!

Minggu ini kita di paparkan dengan berita Global Ikhwan Sdn. Bhd telah melancarkan kelab poligami. Objekti utama penubuhan kelab ini adalah sebagai usaha untuk mendedahkan kepada masyarakat bahawa berpoligami adalah sesuatu yang indah dan mengelakkan daripada berlakunya perzinaan.

Apa yang perlu kita ingat ialah poligami adalah merupakan sesuatu yang dibenarkan dalam Islam. Malah ianya di telah disyariatkan sebagai salah satu jalan keluar bagi terhadap masalah yang dihadapi dalam masyarakat. Hikmah pensyariatan poligami sudah banyak dibincangkan oleh pelbagai pihak.


Masyarakat Islam di Malaysia telah menghadapi banyak cabaran yang kadang-kadang dilihat semakin mencengkam dan buntu cara penyelesaiannya. Masalah Ibu tunggal, Anak dara lanjut usia, anak-anak terbiar, gejala bohjan bohsia dan pelbagai lagi masalah akhlak. Maka banyaklah cadangan cara penyelesaian yang dicadangkan dan dipraktikkan tetapi malangnya ianya tidak merawat keadaan.


Persatuan Ibu tunggal, kempen perempuan berdikari yang intinya berkisar pada perempuna boleh hidup tanpa lelaki dan lebih malang lagi kempen prejudis yang banyak meletakkan masalah kepada kaum lelaki. Memanglah diakui di zaman amat ramai kaum lelaki yang tidak bertanggungjawab malah kadang kala orang bergama pun boleh disangsikan sikap mereka berdasarkan apa yang berlaku.


Sebagai renugan yang perlu kita perhalusi ialah setiap masalah yang timbul diatas muka bumi ialah hasil daripada sikap dan perbuatan manusia sendiri. Inilah aqidah yang mesti kita pegang. Masalah yang dihadapi oleh umat Islam sekarang adalah merupakan hasil daripada penyimpangan kehidupan kita yang jauh dari mengambil panduan Allah.


Masalah sosial yang meruncing dalam masyarakat Islam sekarang mungkin boleh diselesaikan dengan cara poligami yang telah dikemukakan oleh Allah dalam al Quran. Masalah ibu tunggal dan ardartu contohnya tidak mudah diselesaikan dengan hanya motivasi dan bimbingan berdikari. Sejauh mana penyelesaian ini memberi kesan kerana ianya tidak selari dengan fitrah kejadian manusia yang diciptakan oleh Allah mempunyai dua jantina yang saling memerlukan antara satu sama lain.


Seorang wanita diciptakan oleh Allah mempunyai kelebihan tersendiri dan disana juga ada kekurangan yang booleh dilengkapi oleh seorang lelaki. Seorang ibu tunggal memerlukan peranan seorang lelaki dalam menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Memang ada yang membawa contoh bahawa ramai ibu tunggal berjaya mengemudi keluarga tanpa kehadiran lelaki, tetapi berapa kerat? Adakah ianya meliputi semua ibu tunggal. Tidak semua ibu tunggal mempunyai kekuatan dan semangat seperti itu.


Begitu juga dengan masalah andartu yang dilihat semakin subur dan biasanya penyelesaian yang diberikan ialah bersabar atas ujian yaang diberikan oleh Allah. Status andartu adalah ujian dan hati berusaha dilunakkan dengan ayat-ayat al Quran kesabaran, pengajaran-pengajaran sunnah. Tetapi ianya tidak memberi penawar kepada semuanya.


Apa yang lebih pelik kita lihat wujudnya kempen perempuan berdikari yang membawa fahaman hidup lebih indah tanpa lelaki dan punca kebahagian ialah kerjaya dan harta. Adakah ini bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia?


Marilah kita sama-sama merendahkan diri kepada Allah dan melihat kepada panduan Allah tanpa prejudis dengan cuba mencari positif kepada poligami yang telah dicadangkan oleh Allah sebagai jalan keluar.


Apa salahnya kita mengenepikan kepentingan diri dengan berkongsi kasih sayang dengan orang lain yang memerlukan. Apa salahnya kita berkongsi keperluan yang telah kita perolehi dari seorang lelaki dengan saudara seislam kita yang lain. Cuba kita renungkan bagaimana perasaan seorang ibu tunggal yang kebuntuan mengurus rumah tangga kerana kematian suami dan tiba-tiba datang seorang lelaki menawarkan bantuan perlindungan emosi, rohani dan kewangan. Ramai lelaki yang diberikan nikmat harta dan kekayaan. Adakah harta itu untuk dirinya dan isterinya yang satu itu sahaja. Kenapa tidak dikongsikan dengan ibu-ibu tunggal yang memerlukan? Kekayaannya itu boleh membantunya mengurus rumah tangga dan kebajikan anak-anaknya yang yatim. Atau kita rasa sudah memadai dengan bantuan RM100 atau RM1000 untuk kehidupan mereka sepanjang hayat?


Ketepikan prejudis dan sangka buruk! Seterusnya jika lelaki tersebut mengurus rumahtangganya sebagaimana garis panduan yang diberikan oleh Allah. Alangkah indahnya.


Andartu juga boleh dikurangkan jika akhlak Islam di hayati iaitu “mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh sesama Islam” dan sanggup mengenepikan kepentingan peribadi demi kepentingan sejagat. Kita mestilah mendidik jiwa kita berkongsi kasih dengan orang lain kerana kasih manusia bukan hakiki yang abadi adalah kasih Allah taala. Jikalau kesedaran ini dapat dipupuk pastinya tidak akan timbul lambakan andartu. Malah kita sepatutnya gembira kerana semua umat Islam dapat merasai nikmat kasih sayang ini walaupun terpaksa berkongsi.


Berkongsi kasih sayang ini adalah merupakan satu ujian yang telah diberikan oleh Allah kepada kita semua yang amat susah untuk diamalkan. Walaupun ada diantara kita yang amat bersemangat ingin memperjuangkan Islam malah sentiasa melaungkan slogan ‘Islam adalah penyelesaian’ tetapi jika di utarakan isu ini akan terus menikus dan menyepi.


Kita melaungkan hadis Rasulullah ‘tidak akan masuk syurga jika seseorang itu dapat tidur sedangkan jirannya sedang kebuluran’. Tetapi kita boleh tidur senyum bangga sedangkan saudara seislam kebulur kasih sayang malah kita melenting bila mereka yang kebuluran tadi menyimpang mencari kasih yang hilang. Lalu di kuliahkan pula dengan tajuk ujian dan kesabaran atau langsung dihukum dengan kata-kata yang memedihkan hati dan jiwa!. Itukan akhlak Islam?


Ya.. kita mesti akui bahawa kitalah yang menyebabkan kebobrokan masalah masyarakat dan kita cuba selesaikannya dengan emosi bukannya dengan bimbingan Allah tuhan yang mencinta manusia dan seluruh alam. Semoga kita semua diberkati Allah.
Read rest of entry
 

PAUTAN MINI




 

KOKURIKULUM

SOCUT PERAK SCOUT MALAYSIA PUTERI ISLAM PBSM KRS

My Blog List

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Followers

About Me

Abu Ruqaiyah, Tn. Hj. Mohamad Sahrin Bin Kadmo. Salah seorang pereka elaporan program j-QAF untuk kegunaan pihak Sekolah, PPD, JPN & BPK.