Thursday, April 22, 2010

ABABIL : SUNNATULLAH YANG DIPERLEKEHKAN



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala Puji Bagi Allah Tuhan sekalian alam yang PenguasaanNya meliputi segala alam yang zahir, ghaib dan juga alam-alam yang tidak pernah dikenali manusia. Di atas RahmatNya juga, kita muslimin tidak teraba-raba mencari persoalan Siapakah Dia yang patut kita sembah dan berterima kasih kerana kita telah pun dianugerahkanNya dengan Islam yang membawa kita mengenal Pencipta kita. Dengan RahmatNya juga kita dianugerahkan dengan Al-Quran sebagai panduan hidup dan penggerak kemajuan bagi setiap Muslim benar-benar beriman. Al Quran, wahyu yang diturunkan Allah melalui perantaraan Ruhul Quddus kepada Nabi Muhammad s.a.w. Rahmatan lil 'Alamin, membentuk peribadi Rasullullah s.a.w. menjadi contoh manusia teragung yang seharusnya dijadikan ikutan semua yang bergelar muslim.

Sebelum Keputeraan Baginda pada 12 Rabiulawal, tahun 570 masihi meyaksikan satu peristiwa bersejarah terpahat dalam lipatan ingatan umat Islam di seluruh dunia. Sejarah yang menyaksikan ketamakan, kebencian dan kekufuran yang menguasai jiwa seorang Gabenor bongkak Dari Yaman. Abrahah Ashram, Gabenor yang dimaksudkan mengumpulkan segala kekuatan ketenteraan yang ada pada kerajaannya, mengorak langkah menghala satu tujuan tekad untuk menyerang Mekah dan menghancurkan Kaabah, rumah Allah yang menjadi Kiblat bagi umat Islam sehingga kiamat.

Dilengkapi dengan kenderaan perang antara yang paling digeruni di zaman tersebut, gajah; menjadi petanda yang diingati oleh penduduk Mekah zaman tersebut lalu dipahatkan ke dalam lipatan sejarah di mana tahun berlakunya serangan tersebut dikenali juga sebagai Tahun Gajah. Terdorong oleh hasutan Iblis dan kekecewaan di atas "Kaabah' buatannya sendiri yang tidak dapat menarik tumpuan pedagang dan saudagar-saudagar ke daerahnya, Abrahah dengan angkuh mencabar Allah, mengimpikan kehancuran Baitullah, binaan yang dibuat atas perintah wahyu Allah kepada Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s.

Abrahah Ashram yang berasal dari kerajaan Kristian Abyssina (Ethiopia kini), menjadi Gabenor Yaman setelah berjaya merampas kuasa dan menjatuhkan kerajaan pimpinan golongan Yahudi Himyarite Yaman. Gerakan untuk menghancurkan Kaabah ini bermula dengan fanatisme agama yang melampau yang menguasai kerajaan pimpinannya dan orang-orang yang menyokongnya. Kaabah mesti dihancurkan! Tekad melampau ini diterjemahkan melalui pengumpulan ketumbukan tentera yang tidak langsung terlawan oleh penduduk dan penjaga Kota Suci Mekah.

Dimabukkan dengan cinta dunia yang melampau, dihanyutkan pula oleh hedonisme yang tiada batasan serta kealpaan dan kesesatan dalam penyembahan berhala yang lama berakar umbi, tiada jiwa yang bangun menentang kerana takut serta tidak berkeupayaan untuk berbuat demikian. Masing-masing jiwa sibuk menyelamatkan diri , harta benda serta anak pinak masing-masing. Tanggungjawab dikirikan, keduniaan dikinikan. Tetapi yakin segelintir dari mereka kepada Allah tidak pernah luntur. Bagi mereka ini rumah Allah, Allah lah yang memeliharanya dan seharusnya Rumah Allah, Allah lah yang patut mempertahankanya. Inilah tekad dan yakin Abdul Mutallib, nenda kesayangan Rasullullah s.a.w. Ternakan, harta benda dan keluarganya diselamatkan dulu kerana itu adalah miliknya dan dialah yang seharusnya mempertahankannya.

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
(Al-Baqarah : 255)

Allah, hanya Dia mencukupi. Allah hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Allah, jika Dia mahukan, tentulah Abrahah Ashram ini mati serta dihancurkan sebaik melangkah keluar darigolden eagle.jpg Yaman. Dan Allah, jika Dia mahukan tentulah seluruh alam yang terkandung makhluk-makhlukNya yang kufur kepadaNya ini Dia Binasakan sama sekali.

Alam langit nyaris-nyaris pecah dari sebelah atasnya (kerana ngeri dan takutnya kepada kemurkaan Allah terhadap penduduk bumi yang lupakan kebesaran Allah sehingga menyeleweng dari jalan yang benar); dan malaikat bertasbih dengan memuji Tuhannya serta memohon ampun bagi makhluk-makhluk yang ada di bumi. Ingatlah! Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Asy - Syuura : 5)

Tetapi, Dia Yang Maha Mengetahui mengenai segala tindakanNya. Ditangguhkan hukumanNya di dunia ke atas Abrahah dan tentera-tenteranya itu merupakan satu rahmat, peringatan dan pengajaran bagi Muslimin supaya diambil akan iktibar. Sebaik Abrahah menghampiri kota Mekah, Allah Yang Maha Kuasa mengirimkan tentera-tenteraNya untuk menghancurkan gerombolan tentera bergajah ini. Tentera-tentera yang dikirimkan Allah merupakan burung-burung yang membawa bersama mereka ketul-ketul batu dari 'tanah liat keras yang dibakar' sebagai senjata untuk dihumbankan ke atas angkatan bergajah tersebut. Langit pun mula diselubungi bayangan azab Allah yang sedang menanti Abrahah dan tentera-tenteranya.

Saat perintah Allah dilaksanakan, ia tidak diawalkan mahupun dilambatkan walau sedetik, burung-burung Ababil tersebut menghujankan tentera Abrahah dengan batu-batu dari 'tanah liat keras yang dibakar', menimpakan ke atas tentera-tentera Abrahah lalu mereka, termasuk Abrahah dihinggapi satu wabak penyakit akibat dari serangan tersebut yang kemudiannya mengakibatkan tubuh badan mereka seakan-akan kelihatan seperti daun-daun kering yang dimakan ulat. Mereka semua kemudiannya hancur sama sekali tanpa ada satu jiwa pun yang terselamat. Begitulah gambaran bagaimana Abrahah serta tentera-tenteranya dimusnahkan Allah dan gambaran ini disebut jelas oleh Allah dalam Surah Al - Fiil ayat satu hingga 5.

Ketenangan pun mula kembali menyelubungi Kota Mekah dan Kaabah kembali menjadi tumpuan. Tidak lama sesudah peristiwa serangan tentera bergajah tersebut, seluruh alam ini diKurniakan Allah dengan satu kelahiran, kelahiran yang membawa berjuta rahmat kepada seluruh Alam ini. Subuh hari Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah ini menyaksikan Nabi Muhammmad s.a.w. diputerakan.

1437 tahun telah pun berlalu dari peristiwa serangan tentera bergajah tersebut. Surah Al Fil yang diwahyukan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. sewaktu tempoh kerasulannya mengandungi iktibar dan pengajaran yang jika diteliti mempunyai impak yang sangat besar ke atas kemanusiaan dan penguasaan kuasa dunia. Biarpun hanya mengandungi 5 ayat, ramalan serta pengajaran yang terdapat dalam surah ini menjamin kuasa dunia tetap berada di tangan umat Islam jika umat Islam tetap berpegang teguh dengan Al-Quran. Sayang sekali, tradisi literasi bagi umat Islam dari seribu tahun yang lampau hanya menekankan kepada pengajaran aspek sirah, cara bacaan serta pemahaman lapisan luaran ayat-ayat Al-Quran sebegini.

Amat malang sekali perkara yang tersirat yang sepatutnya dikaji dan diambil perhatian ini juga sentiasa diabaikan. Pengajaran-pengajaran yang telah diabaikan berabad lamanya ini kini sudah pun mula memakan diri umat Islam bila empayar-empayar Islam yang kuat satu ketika dahulu mula mengalami kejatuhan dan kemusnahan. Bila ayat-ayat Al-Quran serta pengajaran-pengajaran yang terdapat di dalamnya diperlekehkan, sedikit demi sedikit kekuatan ummah semakin meluntur dan kemudian Allah s.w.t. mencabut rasa takut dan gerun dalam hati musuh-musuh Islam. Hari demi hari mereka semakin berani memperlekehkan Islam dan umatnya. Ini semua adalah hasil perbuatan dan sikap umat Islam itu sendiri.

1437 tahun yang lalu, sewaktu Baitullah diancam dengan pencerobohan tentera bergajah pimpinan Abrahah, Allah s.w.t. telah mematahkan pencerobohan tersebut dengan satu cara yang sepatutnya dicontohi dan dipelajari oleh Muslimin seluruh dunia jika kita mengambil perhatian dan iktibar. Allah s.w.t. boleh saja memusnahkan Abrahah Ashram dan tentera-tenteranya dengan apa saja cara yang Dia inginkan. Tetapi satu cara ini dipilih sebagai satu petanda dan pengajaran supaya umat Islam mencontohinya dan mengambil iktibar dari cara pelaksanaannya. Jika diikut dan dicontohi berabad lama dahulu, tentulah pada ketika dan waktu ini, empayar kegemilangan Islam; jika diizinkanNya masih utuh dan digeruni seluruh dunia.


1437 tahun yang lalu, 'pengeboman' udara menggunakan senjata dengan magnitud pada skala pemusnahan besar besaran ke atas sasaran tentera penceroboh (bukan orang awam) dilakukan Allah s.w.t., dengan menggunakan 'pesawat-pesawat' udara yang merupakan burung-burung Ababil. Sepertimana yang dapat kita lihat pada waktu kini, 1437 tahun yang lalu, teknologi serangan udara dengan menggunakan 'bom pemusnah besar-besaran' yang mengakibatkan tentera-tentera lawan dimusnahkan dengan ditimpa penyakit yang membawa maut dan mati serta merta telah pun digunakan Allah s.w.t. ke sebagai contoh supaya difahami muslim dan diikuti sunnahNya bagi mempertahankan diri apabila diserang.

Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).
(Al- Hajj : 39)

Senjata berupa 'batu-batu dari tanah liat keras yang terbakar' ini juga digunakan Allah s.w.t. ke atas kaum Lut, kaum yang dibinasakan kerana ingkar dengan perintah Allah dengan melakukan hubungan terlarang dan songsang. Kisah mengenai 'batu-batu dari tanah liat keras yang terbakar' yang Allah s.w.t. timpakan ke atas kaum Lut ada disebut dalam surah Hud ayat 82 dan surah Al Hjir ayat 74. Kaum ini dihujankan Allah dengan batu-batu ini setelah bumi mereka diterbalikkan dan ini menyebabkan keseluruhan kaum dan daerah tempat tinggal mereka musnah sama sekali.

Agak menyedihkan apabila dikenangkan dengan apa yang menimpa Muslimin kini, ketidakupayaan untuk mempertahankan diri, agama dan negara jelas menguasai daya usaha umat Islam sedangkan segala petunjuk dan pengajaran telah pun diwahyukan dan diterangkan dengan jelas dan nyata kepada kita.

Lebih malang lagi apabila apa yang disebutkan Allah s.w.t. untuk panduan Muslim untuk memperkuatkan ummah ini akhirnya dikuasai oleh oleh barat kini. 1908 menyaksikan 2 adik beradik Wrights, Wilbur dan Orville Wrights, mengorak langkah mengisi kekosongan dan tanggungjawab yang ditinggalkan dan dialpakan seribu tahun lamanya oleh umat Islam, untuk memajukan diri dan seterusnya menguasai teknologi yang akhirnya membawa kepada penguasaan kuasa barat ke atas daerah baru bumi yang selama ini hanya dikuasai burung, kelawar dan unggas.

Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat tidak mengambil tempoh yang lama untuk mengambil kesempatan setelah mengetahui mengenai kejayaan adik beradik Wrights ini. Mereka seterusnya menggunakan teknologi baru ini dan menyerapkan ia masuk sebagai satu dari teknologi kenderaan perang yang bakal digeruni kawan dan lawan. Kini 99 tahun setelah kejayaan penerbangan dengan bantuan mekanikal yang pertama, pihak barat terutamanya Amerika Syarikat telah menjadi satu kuasa besar dunia yang mana mereka kini telah mula mengalihkan arah tumpuan mereka beberapa dekad lalu ke arah negara-negara Islam untuk dijadikan musuh 'ketamadunan' baru mereka setelah tamat perang dingin. Kini umat Islam sendiri dibom dan dihujani dengan senjata-senjata kimia dan senjata-senjata bersadur bahan nuklear oleh pihak-pihak tidak bertamadun ini.

Pihak Amerika juga telah mencuba meniru sunnatullah dalam surah Al Fiil ini pada sekitar tahun 1944 dengan menggunakan sejenis kelawar untuk membawa bahan letupan dalam perancangan mereka untuk mensabotaj Jepun. Projek ini dinamakan dengan nama “Project X-Ray”. Menurut perancangan asal ‘Project X-Ray’ ini, sebuah bekas simpanan yang kelihatan seakan-akan bom yang mempunyai 26 bahagian di dalamnya, yang mana setiap satu bahagian mengandungi 40 ekor kelawar yang telah dilengkapkan dengan bom ‘napalm’ seberat 17 gram. Mereka merancang untuk memuatkan beratus-ratus bekas ini dalam pesawat-pesawat pengebom B-24 yang akan berlepas dari pengkalan udara Amerika di Alaska. Bekas-bekas yang dibawa oleh pesawat-pesawat pengebom B 24 ini akan digugurkan pada ketinggian 5000 kaki. Setelah digugurkan, bekas-bekas yang diikat pada payung terjun tersebut akan diaktifkan pada ketinggian 1000 kaki dan melepaskan berjuta-juta kelawar yang telah siap dipasangkan dengan bom-bom ‘napalm’. Pihak Amerika telah menetapkan sebuah bandar perindustrian di Teluk Osaka, Jepun, sebagai sasaran utama. Beberapa siri ujian telah dibuat sebelum perancangan mereka ini dapat dilaksanakan. Siri-siri ujian awal menunjukkan bahawa teori pengeboman menggunakan kelawar yang dirancang tersebut, seakan-akan membuahkan hasil. Tetapi satu kemalangan yang berlaku dalam siri ujian yang dijalankan di pengkalan tentera udara Amerika bertempat di Carlsbard, New Mexico, menyebabkan perancangan yang dibuat terbantut. Kemalangan tersebut disebabkan oleh kelawar-kelawar yang telah siap dipasangkan bom itu terlepas dari bekas simpanan secara tidak sengaja sehingga menyebabkan berlaku letupan dan kebakaran di pengkalan udara tersebut.


Berikutan dengan kejadian tersebut, projek ini telah dipindahkan tanggungjawabnya kepada pihak tentera laut dan seterusnya dipindahkan pula tanggungjawab tersebut kemudiannya kepada Tentera Marin Amerika. Setelah semua perancangan dan ujian baru dibuat, pihak Tentera Marin Amerika telah membuat satu pengeboman ujian menggunakan kaedah ini ke atas sebuah sasaran olok-olok berasaskan bandar Jepun yang dibina diatas tapak ujian tentera bertempat di Dugway Proving Grounds, Utah. Ujian pengeboman yang dilakukan tersebut disifatkan sebagai amat berjaya. Menurut laporan yang dikeluarkan berikutan kejayaan ujian tersebut, pihak tentera Amerika menyatakan bahawa kaedah pengeboman menggunakan kelawar ini amat efisyen jika dibandingkan dengan kaedah pengeboman menggunakan bom-bom konvensional yang lain. Menurut mereka lagi, jika pengeboman dilakukan dengan menggunakan kaedah bom biasa, hasil pembakaran napalm yang diperolehi hanya sekitar 167 hingga ke 400 pembakaran yang berlaku bagi setiap pesawat pengebom yang melancarkannya. Tapi dengan mengggunakan kelawar untuk melancarkan bom-bom napalm ini, menurut mereka, hasil yang diperolehi adalah sekitar 3625 hingga 4748 pembakaran yang diperolehi bagi setiap pesawat pengebom yang melepaskannya. Walaupun berjaya dalam siri ujian ini, ‘Project X-Ray’ ini akhirnya dibatalkan ekoran dari kemajuan projek yang terlalu lembab dan disamping kos yang banyak dibelanjakan. Mereka-mereka yang terlibat dengan projek ini menyatakan bahawa, projek ini hanya akan sedia dilancarkan ke atas Jepun pada akhir tahun 1945, sedangkan pihak Amerika sudah beria-ia benar ingin menamatkan peperangannya dengan negara matahari terbit ini. Tapi ini bukanlah faktor utama yang menyebabkan projek ini dibatalkan, alasan utama ialah kerana projek bom atom yang turut diuji sebelum dari itu telah pun siap dibangunkan dan kesan yang dibawa oleh bom atom ini lebih dasyat lagi.

Kini mereka pada tahun 1945 telah mula menguasai satu kuasa pemusnah besar-besaran sepertimana yang Allah sebutkan juga dalam surah Al Fiil ini. Dua daripada bom hasil Little-boy-bomb.jpgteknologi ini telah pun digugurkan ke atas dua bandar Jepun, Hiroshima dan Nagasaki melalui pesawat yang dinamakan dengan nama 'Enola Gay'. Bom pertama yang diberi jolokan nama 'Little boy' telah memusnahkan sama sekali bandar Hiroshima, dan kemudian dari itu, Nagasaki pula dibom dengan bom yang diberikan jolokan nama 'Fat Man'. Mangsa-mangsa pengeboman ini menjadi seperti 'daun-daun kering yang dimakan ulat' seperti yang tesebut dalam surah Al-Fil seribu tahun yang lalu. Kesan-kesan jangka panjang kepada mangsa-mangsa serangan ini kekal hingga kini. Kini Republik Islam Iran pula bakal menjadi medan ujian bagi senjata pemusnah besar-besaran bagi pakatan negara-negara tidak 'bertamadun' ini.

Tinggallah Islam terus tenggelam bila Al-Quran ditinggalkan hanya pada amalan pembacaan, bukan pemahaman dan diambil pengajaran. Kini barat menguasai hampir semua ramalan dan apa saja yang disebut dalam Al-Quran kecuali Iman. Sebutlah apa saja dan pandanglah apa yang terbaik dan bermoral yang terdapat di barat, semuanya telahpun disebut dan dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran. Terutamanya ayat-ayat yang mengajar dan menunjukkan kepada kemajuan dan apa yang boleh dan mampu dicapai oleh umat manusia melalui pengetahuan sains dan teknologi.

Kini mereka telah pun mula menguasai dengan lebih hebat lagi teknologi dan penerokaan angkasa lepas dan telah pun berjaya keluar dari planet bumi ini dengan kuasa ilmu dan pengetahuan seperti mana yang telah disebutkan Al-Quran surah Ar-Rahman ayat 33 yang bermaksud :


Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi , maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan! (Ar Rahman : 33)

Ayat 35 dalam surah Ar Rahman pula memberikan peringatan susulan kepada jin dan manusia tentang apa yang bakal ditempuh mereka apabila mereka cuba untuk untuk keluar dari muka bumi setelah menguasai teknologi dan keupayaan untuk menembusi langit, supaya diambil pengajaran dan langkah berhati-hati.

Kamu akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri; (Ar Rahman : 35)

Setiap objek yang keluar masuk dari permukaan bumi akan menghadapi satu keadaan di mana ia akan mengalami pergeseran dengan lapisan atmosfera bumi yang menyebabkan objek tersebut akan terbakar dengan teruk, dan ini akan menyebabkan lapisan objek tersebut terhakis sedikit demi sedikit pada kadar yang sangat cepat hasil dari bakaran pergeseran dengan lapisan atmosfera tersebut.

Pihak NASA telah pun mempersiapkan pesawat bolak balik mereka dengan lapisan penebat haba yang diperbuat dari seramik. Lapisan ini meliputi permukaan bahagian pesawat yang akan bergeser dengan lapisan Atmosfera bumi semasa pesawat ini memasuki ruang angkasa bumi. Tetapi malangnya dalam penerbangan pulang kapal angkasa Columbia pada tahun 2003 ke bumi, satu daripada penebat haba ini telah tertanggal semasa proses pelancarannya ke angkasa lepas dan mengakibatkan pesawat ini terbakar dan meletup sebaik saja memasuki ruang atmosfera bumi. Pengajaran berat yang diterima pihak NASA dengan kehilangan pesawat dan tujuh angkasawannya ini membuktikan bahawa amaran dan peringatan yang diberikan Allah kepada manusia supaya diperhatikan dan diambil perhatian tentang apa yang bakal terjadi semasa keluar masuk ruang angkasa bumi, tidak boleh dipandang remeh. Kehilangan hanya satu penebat menyebabkan seluruh badan pesawat angkasa tersebut terbakar dan logam yang membentuk rangka pesawat tersebut mencair dan kemudiannya menyebabkan pesawat itu meletup sama sekali. Akhirnya mereka-mereka yang berada dalam pesawat tersebut tidak dapat mempertahankan diri mereka. Segalanya telah diceritakan dan diperingatkan dalam Surah Ar-Rahman 1437 tahun dahulu.

Begitu juga dengan sains di sebalik kelahiran Nabi Isa a.s. tanpa 'campur tangan' benih lelaki. Kini, barat membuktikan ayat-ayat yang menerangkan keajaiban di sebalik kelahiran Nabi Isa a.s. boleh dicapai dengan kemajuan teknologi waktu ini. Biarpun tidak sama dengan kelahiran melalui mukjizat yang Allah s.w.t. kurniakan, kelahiran dalam proses sebegini memang dapat diusahakan oleh manusia dengan izin Allah s.w.t. Ayat-ayat yang menerangkan mengenai mukjizat kelahiran Nabi Isa a.s. ini sekarang telah pun dibuktikan benar sedangkan selama ini, ayat-ayat Al-Quran sebegini menjadi satu bahan lawak dan senjata bagi pewaham dan penentang Islam dengan menjadikan ia sebagai dalil dalam menidakkan serta memperlekehkan mukjizat teragung, Al-Quran; Kalamullah Teragung. Kini mereka beriya-iya benar untuk memulakan projek untuk mengklon pula manusia setelah berjaya melakukan perkara yang sama ke atas seekor kambing biri-biri yang dinamakan sebagai Dolly pada tahun 1997. Biarpun berjaya dengan beberapa projek pengklonan ke atas beberapa spesis haiwan selepas itu, projek tersebut melahirkan spesis haiwan yang sama dengan induknya tetapi klon-klon tersebut mempunyai berbagai jenis kecacatan dan ketidaksempurnaan. Begitu juga dengan Dolly, biri-biri yang menjadi hasil klon pertama juga mengalami berbagai masalah kesihatan.

Biarpun banyak yang telah dicapai Barat, masih terdapat banyak lagi ayat-ayat dalam Al-Quran yang menunjukkan kemajuan-kemajuan yang bakal dan boleh dicapai oleh manusia. Antaranya penguasaan manusia dalam mencapai kelajuan cahaya sepertimana yang dibuktikan oleh peristiwa Israk Mikraj yang mana Nabi Muhammad s.a.w. sendiri bergerak dengan selamat dalam kelajuan ini menunggang Buraq dan ditemani oleh Jibril a.s.. Albert Einsten yang diagungkan komuniti sains ada menyatakan dalam teori kerelatifannya bahawa agak mustahil dan tidak munasabah bagi manusia untuk dapat bergerak dalam kelajuan yang menyamai kelajuan cahaya. Mengapa perlu digusarkan tentang kenyataannya ini, dia hanyalah seorang manusia yang dianugerahkan akal bijaksana melampaui zamannya, tetapi dia tidak maksum. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan seorang insan yang terpilih dan menjadi Kekasih Allah Pemilik, Pencipta dan Pentadbir seluruh alam ini. Setiap kenyataan yang datang dari Rasulullah s.a.w. merupakan wahyu yang dibimbing oleh Allah s.w.t. Ilmu-ilmu yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. merupakan petunjuk secara langsung dari Allah s.w.t. tanpa ada sebarang kecacatan atau ketidaksempurnaan padanya. Albert Einstein pernah melakukan satu kesilapan besar yang amat dia sesalkan sepanjang kariernya sebagai saintis. Kesilapan yang terjadi ini merupakan hasil dari penyelidikannya yang dibantu dengan maklumbalas tambahan oleh ahli-ahli kajibintang mengenai fenomena alam semesta yang sebelum itu disifatkan oleh para ahli-ahli kajibintang tersebut sebagai statik.

Dalam pemerhatiannya sebelum tahun 1915, Albert Einsten terpaksa memasukkan satu pemalar tetap kosmos bagi formula persamaan yang berkaitan kosmos yang dilakukannya bagi membolehkan formula persamaan tersebut menepati teori mengenai alam semesta yang statik dan tidak berkembang sebagaimana dianuti oleh majoriti pengkaji bintang dan saintis di zaman tersebut. Pemalar tetap ini bagaimanapun terpaksa diubah oleh Einstein setiap kali dia membuat pemerhatian ke atas alam semesta dan perkara ini membingungkannya dan seterusnya menyedarkan dirinya bahawa kemungkinan alam semesta ini statik adalah tidak dapat diterima kebenarannya. Tahun-tahun berikutnya menyaksikan Einstein sendiri mengakui bahawa pemalar tetap kosmos yang dia masukkan ke dalam formula persamaan kosmos sebelumnya merupakan satu kesilapan paling besar dalam kariernya sebagai saintis.

Perkara ini kemudiannya dibuktikan benar bila Edwin Hubble, seorang saintis dari Amerika Syarikat, pada tahun 1929, melalui pemerhatiannya ke atas sejumlah bintang menerusi sebuah teleskop berskala besar, membuktikan bahawa semua objek dalam kosmos ini berkembang dan sedang menjauhi planet bumi. Pemerhatiannya ke atas perubahan spektrum cahaya bintang-bintang ini juga membuktikan bahawa bukan setakat objek-objek ini menjauhkan diri dari planet bumi, malahan semua objek yang terdapat di angkasa lepas ini menjauhkan diri antara satu sama lain. Penemuan ini telah menggemparkan komuniti sains dunia waktu itu. Satu-satunya kesimpulan yang dapat dibuat dari penemuan ini ialah alam semesta ini berkembang secara tetap dan perkara ini juga membuktikan bahawa ayat mengenai pengembangan kosmos seperti yang diwahyukan kepada Rasululah s.a.w. sangat tepat dan mendahului masa.

Dan langit itu Kami dirikan dengan Kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi) dan sesungguhnya Kami jugalah yang mengembangkannya.
(Adh Dzhariyat : 47)

Di sini juga jelas bahawa ilmu wahyu yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. sangat bertepatan dengan pengetahuan sains walaupun Rasulullah s.a.w. tidak mendapat pendidikan formal, malahan merupakan seorang yang tidak dapat membaca dan menulis, berbanding Einstein yang mempunyai pendidikan formal duniawi yang melengkapkan dirinya dengan segala pengetahuan sains dan teknologi tetapi ilmu yang diwahyukan terus oleh Pencipta seluruh alam ini kepada Rasulullah s.a.w. telah mendahului pemikiran zamannya dan hanya dibuktikan benar lebih 1300 tahun selepas Al-Quran diturunkan.

Bagi saintis muslim seluruh dunia, garis panduan mengenai segalanya yang ingin dicari kepastiannya ada terdapat dalam Al-Quran. Jadikan Al-Quran sebagai garis panduan supaya tidak tersasar dan membuang masa mengkaji perkara-perkara yang sudah jelas tidak langsung bertepatan dengan syariat dan apa yang dinyatakan Allah s.w.t. melalui Rasulullah s.a.w.

Persetankan dengan golongan pesimis lembab dan taboo jumud yang telah melontarkan maruah Islam 1000 tahun ke belakang. Cangkuk-cangkuk parasit yang menahan kemajuan ini perlu ditinggalkan. Islam itu progresif dan Islam juga pencetus dan pembawa kemajuan. Tetapi di tangan parasit jumud yang fanatik dan berkepentingan sendiri, ilmu-ilmu wahyu cuma ditekankan kepada kefahaman literasi luaran tanpa mengambilkira lapisan-lapisan ilmu bermagnitud besar yang dibawa bersama ayat-ayat yang sama. Meninggalkan Al-Quran bererti membawa impak yang sangat buruk kepada umat Islam. Seribu tahun dahulu, Islam paling berkuasa, paling maju dan kemudiannya apabila mula meninggalkan Al-Quran dan sunnah maka kini umat Islamlah yang paling mundur.

Apakah perlu seluruh dunia Islam dihujani bom-bom kuffar barulah ummah akan kembali kepada ajaran sebenar Islam. Begitu juga dengan keadaan umat Islam di Malaysia kini. Kita seharusnya sedar dengan berbagai-bagai ancaman terhadap akidah dan pegangan iman kita selama ini. Kemunculan golongan-golongan munafik disebalik topeng Islam progresif, liberal, plural dan lebih ‘sederhana’ dari Islam asal yang tidak langsung berlandaskan kepada Al-Quran secara keseluruhannya semakin menjadi-jadi, ditambah pula dengan bantuan-bantuan kewangan, sokongan dan moral dari pihak-pihak luar yang hanya ingin mengambil kesempatan.

Al-Quran bukan untuk diambil separuh-separuh atau mana-mana ayat yang disukai diikuti dan mana-mana ayat yang tidak disukai dan menepati citarasa dan cita-cita mereka ditinggalkan. Al-Quran perlu dihayati dan diamalkan keseluruhannya. Syarat bagi umat Islam untuk kembali menguasai dunia hanyalah dengan kembali bepegang kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. dan dari sinilah penguasaan ilmu-ilmu sains dan teknologi hebat akan bermula. Sama seperti yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. yang mula membentuk akhlak para sahabatnya menjadi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan kitabNya sepenuh hati. Dari sini para sahabat Rasulullah s.a.w. ini mula mengorak langkah mengembangkan Islam dengan menguasai dunia dan seterusnya generasi-generasi yang mewarisi kemakmuran dan kekuatan ekonomi ini mula menguasai teknologi dan ilmu-ilmu yang kemudiannya melonjakkan tamadun Islam jauh ke hadapan.

Dan pada waktu zaman kegemilangan inilah, Salahuddin Al-Ayyubi kembali menguasai BaitulMaqdis pada tahun 1187 masihi selepas BaitulMaqdis ditawan oleh tentera-tentera salib pada tahun 1099. Hampir seratus tahun lamanya masa diambil untuk menguasai semula Tanah Suci ketiga umat Islam ini selepas penguasaan ke atasnya terlepas ke tangan tentera salib biarpun beberapa ratus tahun sebelum itu Saidina Umar Al-Khattab berjaya menakluknya pada tahun 638 masihi dan menguasainya selama hampir 500 tahun.

Perkara yang sama juga perlu direnungkan dan diambil langkah oleh umat Islam kini. Untuk kembali menguasai dunia, ia mengambil masa dan pengorbanan, jika tidak dimulakan langkah dan usaha tersebut mulai sekarang, maka kejayaan yang diimpikan itu pasti akan terlontar lebih jauh ke belakang.

Jadi, kembalilah kepada Al-Quran, kerana di sanalah bermula pengajaran dan kemajuan. Kembalilah kepada Al-Quran kerana di situlah bermulanya keamanan dan kembalilah kepada Al-Quran kerana di sanalah kepastian masa hadapan.

http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=789:ababil-sunnatullah-yang-diperlekehkan&catid=7:ilmiah&Itemid=69
Read rest of entry

JANNAH DI SEBALIK MUSIBAH



Allah lebih kasihkan hamba-Nya melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Apabila si ibu sayangkan anak-anaknya, dia akan mengawal anak-anaknya daripada melakukan sesuatu yang boleh membahayakan walaupun sesuatu yang membahayakan itu sangat disukai oleh si anak. Misalnya, anak yang baru belajar merangkak, merangkak di tepi tangga. Dia akan menangis jika dihalang… Mengapa?

Fikiran si anak yang masih kecil tidak boleh menjangkau kebimbangan si ibu. Si anak hanya tahu hendak main sahaja, tanpa mengetahui bahayanya bermain di tepi tangga. Jangkauan fikiran sianak masih cetek dan pendek. Sebaliknya, siibu yang melarang dan menegah sudah nampak bahaya yang bakal berlaku.

Satu ketika yang lain, sianak sakit. Siibu menyuapkan ubat. Anak meluahkannya semula. Pahit. Tetapi puas ibu memujuk, itu ubat. Sianak masih berdegil, lalu siibu memaksa anak meminum ubat itu dengan cara yang lebih keras dan tegas.

Begitu kita dengan Allah (walaupun sebenarnya nisbahnya terlalu jauh). Akal manusia adalah terbatas. Sedangkan ilmu Allah Maha luas. Begitu apabila Allah menetapkan sesuatu peraturan dan kejadian, pasti ada hikmah di sebaliknya. Kekadang, hikmah itu mampu dijangkau oleh fikiran dan adakalanya tidak.

Namun contohilah orang beriman. Apabila Nabi saw menyampaikan perintah Allah, para sahabat akan terus berkata, “kami taat dan kami patuh” walaupun adakalanya perintah itu sangat sukar dan pahit. Dan apabila berlaku satu musibah, para sahabat akan berkata, “telah berlakulah janji Allah.” Mereka bukan insan tanpa perasaan dan fikiran, tetapi apabila iman mendominasi hati, fikiran dan perasaan dipaksa tunduk kepada ketentuan Ilahi.

Bila datang perintah, orang beriman akan memberi respons yang telah digambarkan oleh Allah menerusi firman-Nya:
“Hanyasanya ucapan orang beriman apabila diperintahkan melakukan sesuatu ialah kami dengar, kami taat.”
Manakala apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata:
“Mereka yang apabila ditimpa musibah akan berkata, kami milik Allah kepada-Nyalah kami akan dikembalikan.”

Mereka yakin setiap perintah Allah seperti solat, puasa, sabar dan sebagainya itu semuanya bermaksud baik belaka. Dan mereka juga yakin setiap musibah seperti kematian, kesakitan, kegagalan, kemiskinan dan sebagainya, pasti ada hikmah di sebaliknya. Justeru, jika kita ingin menteladani mereka, paksalah diri supaya akur dengan setiap perintah dan menerima dengan sabar setiap musibah. Yakinlah, bahawa Allah swt inginkan keselamatan dan kebahagiaan buat kita dengan segala perintah dan musibah-Nya.

Namun begitu, mengapakah masih ramai manusia yang tidak patuh pada perintah dan tidak sabar dengan musibah? Ini semua kerana kurangnya ilmu dan lemahnya iman. Dengan ilmu kita sedar setiap musibah ada hikmahnya. Dengan iman kita boleh menteramkan hati dengan mengingati Allah. Bagi orang-orang yang benar-benar beriman, apa sahaja yang datang daripada Allah adalah baik walaupun buruk pada pandangan diri mereka sendiri. Mereka beriman dengan apa yang Allah swt tegaskan dalam sebuah hadis Qudsi:
“Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain syurga.”
(HR Ibnu Majah (no: 1597)

Tidak salah bersedih dengan musibah. Tidak salah terasa menderita sewaktu mentaati perintah Allah. Namun jangan membantah dengan sombong. Dan jangan bersedih secara keterlaluan. Apakah kita tidak yakin lagi Allah Maha Mengasihi dan Maha Mengetahui?

Alangkah malangnya sianak yang meluahkan ubat yang disuapkan ibunya… Namun lebih malang lagi seorang hamba yang menolak hikmah musibah yang “dihadiahkan” oleh Tuhannya! Dia akan menderita dua kali. Pertama, menderita oleh musibah itu. Kedua, oleh terluput dan tercabutnya hikmah di sebalik musibah itu.

Justeru, jika sekarang aku, kau dan kita dilanda musibah… cubalah tersenyum (walaupun pedih amat), kenang-kenangkan bujukan Allah. Mudah-mudahan kita mendapat jannah (syurga) di sebalik musibah ini! Amin.
Read rest of entry

JAGA 7 SUNNAH RASUL



"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Read rest of entry

Wednesday, April 14, 2010

DENGAN KEYAKINAN...



Memang benar seperti yang diberitahu oleh Rasulullah SAW, pada akhir zaman orang yang hina (justeru jauhnya hubungan mereka dengan Allah) diangkat dan dimertbatkan ke darjat yang mulia.

Manakala orang yang mulia (kerana akrabnya dengan Allah serta sangat menjaga hukum-hakamNya) telah dianggap hina. Hanya jauhari mengenal manikam – orang yang beriman juga yang menghargai mujahid, syuhada’ dan para solehin.

Justeru, ketika nama dan harta mula melengkari hidupmu… mungkin ketika itu percikan-percikan api jahiliyah mula membakar jiwa mu. Cinta dunia itu kepala segala kejahatan. Bukan mudah untuk meletakan dunia di tangan, iman di hati. Dunia itu umpama gadis yang cantik, di samping kita menjaga agar orang lain tidak menodainya, kita sendiri harus menjaga diri ketika menjaganya.

Ya, berapa ramai orang yang lupa kita terlalu asyik mengingatkan? Berapa ramai yang lalai dengan Allah ketika begitu pantas dan tangkas mengucapkan kalimah cinta-Nya? Mereka hanya umpama tanah yang keras dan kering… mampu menakung air untuk memberi minum orang lain, tetapi hati sendiri gersang dan terbakar kerana kehausan!

Lalu aku ingin mengingatkan diriku dan dirimu… berhati-hatilah ketika berbicara tentang hati. Betapa banyak hati yang lalai kerana dihijab oleh limpahan peringatan. Umpama anak benih yang mati “kelemasan” kerana terlalu banyak disirami air! Atau lilin yang membakar diri… kononnya untuk menerangi orang lain!

Dunia yang diselubungi hedonisme dan materialisme ini tidak sudi berpaling kepada para muttaqin. Dan mereka yang berpegang pada sunnah, akan semakin dilihat asing. Terpinggir. Terpencil… malah dibenci oleh umat Islam sendiri. Para daie yang ikhlas, tidak bermuka-muka… terus bekerja tanpa menggamit nama dan biaya. Mereka hanya mendapat kebahagiaan ketika bekerja tanpa diketahui oleh yang lain. Marilah kita berdoa untuk para mujahidin di seluruh dunia, yang ketika ini sedang dihenyak, dibelasah dan disekat oleh pelbagai tribulasi dan mehnah.

Sesungguhnya, apa yang kita deritai kerana jalan Allah ini… tidak secubitpun jika dibandingkan dengan kesusahan mereka. Berdoalah untuk mereka… agar diberi taqwa, sabar dan kebijaksanaan serta keberanian dalam menghadapi pejuang syaitan (fisabilitthagut). Mudah-mudahan satu ketika nanti, kami yang kerdil ini mampu menyusul dan menyusur jalan-jalan mulia yang kau telah rentas itu.

Untuk mu pengunjung blog, izinkan aku menguruskan beberapa cabaran ketika ini. Insya-Allah, akan menyusul nanti entri yang lebih serius dan menjurus. Namun, sebelum berpisah terimalah dariku sekadar dua tulisan ini sebagai “selingan”.

Bagi mereka yang begitu beria-ria untuk ke hadapan… milikilah dulu jiwa yang kental. Sesungguhnya persediaan akan memantapkan bakat. Kesabaran akan meningkatkan minat. Menulis itu memerlukan keyakinan bukan hanya keringat!

i) PEDANG SAYIDINA ALI

Sayidina Ali punya pedang yang begitu digeruni oleh musuh-musuhnya. Pedang yang bernama Zulfaqar itu sentiasa dibawa bersamanya dalam peperangan-peperangan dengan orang kaum musyrikin. Dan setiap kali membawa pedang itu, Sayidina Ali berjaya mengalahkan musuhnya. Berita tentang kehebatan pedang itu sampai kepada seorang lelaki. Dia juga seorang pejuang Islam. Tertarik dengan berita kehebatan pedang itu, lelaki itu pun datang menemui Sayidina Ali dan berkata,” tolong pinjamkan aku pedang mu yang hebat itu.” Tanpa banyak bicara Sayidina Ali pun meminjamkan pedang itu kepada lelaki tersebut. Lelaki itu sangat gembira. Apabila sahaja terjadi peperangan, dia pun pergi dengan membawa pedang itu sekali. Dia ingin merasai sendiri kehebatan pedang Sayidina Ali itu.

Tidak lama kemudian perang pun tamat. Lelaki itu pulang dengan pedang yang dipinjamkan oleh Sayidina Ali itu. “Nah, ambillah kembali pedang ini,” katanya sebaik menemui Sayidina Ali. “Bagaimana, hebat tak pedang ini?” tanya Sayidina Ali. “Ah, biasa-biasa sahaja. Jika aku tahu begini, tak akan aku pinjam pedang ini daripada mu. Mengapa pedang ini tak sehebat yang diceritakan?” “Kau hanya meminjam pedang, tetapi kau tidak “meminjam” tangan yang memegang pedang itu!” kata Sayidina Ali.

Pengajaran:

Kekuatan utama manusia bukan kepada alat-alat yang digunakannya, tetapi pada dirinya sendiri. Teknologi yang canggih hanya akan membawa kebaikan jika manusia yang menggunakannya memiliki hati yang bersih dan fikiran yang bijak. Di tangan orang yang dungu, teknologi walau secanggih mana pun tidak akan dapat digunakan. Manakala di tangan orang yang jahat, teknologi hanya akan membawa seribu satu kejahatan dan kehancuran.

ii) MISKIN HARTA, MISKIN JIWA

Seorang pendakwah menasihati seorang pengemis yang kelihatan sihat dan kuat untuk kerja yang sangat mengaibkan itu. “Saudara ku, berhentilah daripada menjadi pengemis. Kau masih kuat dan sihat.” “Apa? Saudara rasa kerja mengemis tidak memerlukan tenaga? Dalam satu hari puas saya berjalan ke hulu, ke hilir untuk memohon simpati orang. Kalau saya tak kuat masakan saya dapat menahan panas, hujan dan pelbagai cabaran cuaca ini,” jawab pengemis. “Kerja mengemis ini hina. Hilang maruah diri.” “Siapa kata hina? Inilah kerja yang mulia. Saya menjadi sebab orang lain mendapat pahala. Kekadang saya juga mendapat pahala sabar bila orang caci saya. Pahala syukur bila orang memberi sedekah. Hinakah itu? Saya juga berdoa kepada orang memberi sedekah kepada saya. Hinakah?” Pendakwah terdiam. Dalam diam dia berdoa. Rupanya pengemis itu bukan hanya miskin harta tetapi miskin jiwanya. Alasan untuk malas sentiasa ada. Kreatif betul tipuan syaitan.

Pengajaran:

Malas adalah satu dosa. Ramai yang tidak nampak hakikat itu. Pelbagai alasan diberikan untuk malas termasuk atas hujah dan dalil agama. Kepalsuan yang bersalut kebenaran bukan sahaja mampu menipu orang lain, tetapi paling malang… menipu diri sendiri!
Read rest of entry

ORANG IKHLAS TERTINDAS?



Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa… betapa kebaikan dipersia. Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik, ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak…

Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan…

Lalu di pagi Jumaat ini, saya tulis satu kisah lama… sekadar untuk mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk membujuk hati sendiri atas satu pertanyaan, orang ikhlas tertindas?

Atau soalan yang lebih “dalam” dan sukar daripada itu… benar-benarkah kita orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati kita ketika melalukan kebaikan kepada sesorang atau sesuatu pihak?

Ah, ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah. Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas…Amin.

Untuk diriku dan dirimu, terimalah tulisan ini sebagai hadiah muhasabah di pagi Jumaat yang barakah ini…

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?
Read rest of entry

Sunday, April 4, 2010

IJAB JANGAN TERHIJAB!



Dahulu melafaz qabul, “aku terima nikah…” Sebentar tadi baru melafazkan ijab, “aku nikahkan akan dikau.” Puluhan tahun berlalu. Jarum waktu bergerak begitu laju dalam arlogi takdir dan tadbir. Kalau dulu hatiku bergetar kerana menerima tanggung-jawab, kini hatiku bimbang kerana ’melepaskan’ tanggung-jawab.

Bagaimana, mampukah aku mendidik isteriku? Begitulah suara hati ketika tanganku bersalaman dengan Qadi puluhan tahun yang lalu. Sejuk, dingin, terasa meresap ke seluruh anggota. Sejak saat itu ’masjid’ yang dibina menagih seribu usaha, sejuta setia. Telah banyak kepedihan yang ditagih menjadi baja keteguhan. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup. Yakin hakikat itu… suami-isteri berkayuh air mata menongkah badai gelora!

Jika matlamat telah tepat, apakah ada pilihan lain selain meneruskan perjalanan?Layang-layang hanya naik apabila melawan angin, bukan mengikutnya. Dan begitulah jua hidup ini, dengan ujian barulah naik darjat kita di sisi Allah.

Hidup selagi hidup. Jangan hidup sebagai bangkai bernyawa, yang hilang semangat dan upaya.Kata bijak pandai, “jika tidak ada apa yang boleh menggembirakanmu, jika tidak ada apa yang boleh menyedihkanmu, dan jika tidak ada apa lagi yang ingin kau perjuangankan dalam hidupmu… Itu petandanya kau sudah mati.

Zahirnya sahaja kau masih bernyawa, tetapi hakikatnya kau adalah ‘mayat’ dalam keranda maya.” Alhamdulilah, sampai kini aku masih mampu ketawa dan menangis… masih menyala cita-cita dan harapan… petanda aku masih hidup.

Itu ceritaku sewaktu bernikah dulu. Tetapi kini cerita anakku. Maaf, hakikatnya ini bukan ceritaku, tetapi cerita kita – rumahtanga ayah-ibu sebagai pantulan rumahtanga anak-menantu. Ketika ku lepaskan kalimah ijab, baru kusedar bahawa kekadang ’melepaskan’ tanggungjawab adalah lebih berat daripada menerimanya. Apakah anakku (dan anakmu jua) akan tega dan rela menjadi isteri sesetia ibunya? Apakah dia akan menerima segala ’kekurangan’ suami sebagai kesempurnaan dalam rumahtangga?

Tempoh bulan madu akan segera berlalu. Pelangi yang kelihatan indah di atas kepala kita akan mula berarak ke kepala orang lain. Ingat pesanan ayah-ibu sejak dahulu: Kebaikan mesti bermula daripada kita.

Hukum lantunan dalam kehidupan tidak akan pernah berubah – orang yang pertama mendapat manfaat daripada satu kebaikan ialah orang yang melakukannya. Tangan yang menghulur bunga mawar, pasti berbau harum. Justeru, jadilah ’tangan itu’.

Memberi akan lebih gembira daripada menerima… dengan syarat pemberian itu disertai kasih-sayang. Sekiranya, rumah-tanggamu nanti diuji (ingat, ini pasti)… dan kau dan suami tidak segembira saat ini, renungilah kata-kata ini: Itu petanda kau sudah kurang ’memberi’ – memberi kasih-sayang, perhatian, masa, doa dan segalanya.

Mengapa kurang memberi?Jawabnya, kerana tidak gembira untuk memberi. Mengapa tidak gembira? Jawabnya, kerana kurangnya kasih-sayang. Kenapa kasih-sayang berkurang? Jawabnya, kerana lemahnya iman. Iman itu sumber kasih-sayang. Iman itu sumbu pada lentera perkahwinan. Tanpanya, ijab akan terhijab!

Lalu di hari bahagia mu ketika di satukan, ayah ingin berpesan. Inilah pesan ayah seadanya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Syukur ke atas anugerah-Nya yang melimpah tanpa dapat dihitung apatah lagi dibalas oleh hamba-hamba-Nya.

Selawat serta salam kepada Nabi Muhammad SAW yang telah menunjukkan teladan terbaik sebagai seorang anak, suami, ayah dan datuk yang berjaya memimpin keluarganya, demi kebahagian dunia dan akhirat.

Hari ini adalah hari yang paling bermakna ayah. Alhamdulillah, sebentar tadi telah sempurnalah ijab kabul anak ayah. Semoga pernikahan ini diberkati Allah dengan kebahagiaan berpanjangan dari dunia hinggalah ke syurga. Amin.

Sebagai ayah, hati ayah gembira bercampur sedih. Gembira, kerana anak ayah telah mendapat pasangan pilihan hatinya dengan direstui oleh ayah. Sedih, kerana ayah terpaksa melepaskan anak yang selama ini menyejukkan hati.

Sebentar tadi telah berpindahlah amanah dari tangan ayah kepada menantu ayah. Ayah doakan amanah ini akan dijaga dengan sebaik-baiknya. Jauh di sudut hati, ayah tetap yakin, Insya-Allah, Allah tidak akan mensia-siakan harapan itu kerana kau adalah anak yang baik. Allah tidak akan sekali-kali mengecewakan hamba-Nya yang baik. Insya-Allah.

Pesan ayah kepada anakanda yang dikasihi… berilah ketaatan dan kebaikan yang selama ini kami rasai kepada suamimu nanti. Insya-Allah, kami juga akan turut merasai keberkatan dan kebahagiaan itu.

Dan ayah yakin, walaupun telah mendirikan rumah tangganya sendiri, kau dan suamimu akan terus berbakti kepada kedua ibu-bapa seperti biasa, malah akan meningkat lagi. Insya-Allah.

Pergilah. Allah bersamamu. Doa ayah mengiringi setiap langkah di alam rumahtangga mu nanti. Muga suamimu akan menjagamu seperti ayah menjagamu. Ayah akan bersangka baik, justeru Allah itu menurut sangka hamba-hamba-Nya. Insya-Allah bila kita bersangka baik, kita akan mendapat yang terbaik.

Akhirnya, ayah berdoa khusus untuk mu:

Ya Allah kuatkanlah iman kami, satukan keluarga kami, dan kumpulkan hati-hati kami diatas kecintaan kepadaMu, Ya Allah, Ya Karim.Kasihanilah kami Ya Allah, Kasihanilah kaum keluarga kami Ya Rahim, Kau permudahkanlah urusan kami dan luaskan rezki kami dengan rahmat-Mu. Ya Allah, Tuhan yang mengasihani daripada segala yang mengasihani.

Ya Allah, Kau turunkanlah rahmat dan keberkatan di dalam rumah ini. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, Kau jadikanlah anak-anak kami ini dalam kalangan anak-anak yang soleh dan solehah. Engkau jadikanlah isteri kami ini dalam kalangan isteri yang solehah. Kau kurniakanlah kebahagian dan ketenangan di dalam rumahtangga kami ini Ya Allah.

Ya Allah, Kau jadikanlan kaum keluarga kami daripada kalangan orang-orang yang rajin mendirikan solat. Kau jadikanlah kaum keluarga kami dalam kalangan orang-orang yang mentaati-Mu. Mudah-mudahan dengan ketaatan ini akan menjadikan kami bertemu dalam keadaan yang baik di akhirat kelak.

Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami permintaan kami. Sesungguhnya Engkau Maha mendengar lagi Maha Mengetahui dan terimalah taubat daripada kami, wahai Tuhan Yang Maha Mulia. Sesungguhnya Engkau Maha penerima taubat lagi Maha Pengasihani.
Read rest of entry

MUSHAF AL-MADINAH AN-NABAWIYAH V1.0



Pusat Percetakan Mushaf As-Syarif Raja Fahd di Madinah Al-Munawwarah, Arab Saudi yang telah menghasilkan satu produk Mushaf Al-Quran dalam bentuk elektronik (e-kitab) iaitu Program Mushaf Al-Madinah An-Nabawiyah v1.0.



Mushaf elektronik ini sama sahaja dengan Mushaf Al-Madinah An-Nabawiyah yang bercetak dari segi paparan dan tulisannya, tetapi ia ditambah dengan beberapa kemudahan pencarian surah, ayat dan kalimah serta penyalinan teks Al-Quran ke dalam Microsoft Word menggunakan tulisan khat yang sama dalam Mushaf, lebih baik daripada program "Al-Quran dalam Word".

Jika sebelum ini kita sudah ada Al-Quran Flash, maka ini satu lagi program percuma yang mesti dimiliki oleh para guru dan pendidik, khususnya Guru Pendidikan Islam.

Program ini boleh dimuat turun dari laman web pusat tersebut di: www.qurancomplex.com.

http://www.qurancomplex.com/MaterialCMS/viewSection.asp?matId=134&id=135&l=arb&matLang=arb&SecOrder=15&SubSecOrder=2
Read rest of entry

Sunday, March 28, 2010

FORMULA MENCARI MUKA SURAT JUZUK DALAM AL-QURAN



Formula ini boleh digunakan bagi Al-Quran Rasm Uthmani yang standard, sama ada Mushaf Al-Madinah An-Nabawiyyah, Arab Saudi atau Mushaf Tajwid cetakan Darul Ma'rifah, Syria, sama ada berbentuk cetakan kertas atau program/Al-Quran Flash.

Berikut adalah formulanya:

Contoh 1:

Untuk mencari Juzuk 18:

18 - 1 = 17

17 x 2 = 34

Kemudian,tambah angka 2 di hujung nombor 34 tadi, menjadi 342. Jadi, permulaan Juzuk 18 adalah pada muka surat 342.


Contoh 2:



Untuk mencari Juzuk 9:
9 - 1 = 8
8 x 2 = 16
Kemudian, tambah angka 2 di hujung nombor 16 tadi, menjadi 162. Jadi, permulaan Juzuk 9 adalah pada muka surat 162.

Subhanallah!
Read rest of entry

WHY DO WE READ QURAN, EVEN IF WE CAN'T UNDERSTAND A SINGLE ARABIC WORD?



This is a beautiful story

An old man lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur'an. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, 'Grandpa! I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?'

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, 'Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.'

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, 'You'll have to move a little faster next time,' and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. The old man said, 'I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough,' and he went out the door to watch the boy try again.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would Leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, 'See Grandpa, it's useless!' 'So you think it is useless?' The old man said, 'Look at the basket.'

The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

'Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.'
Read rest of entry

RASUL BERSIFAT INSAN



Antara asas penting dalam keimanan kepada para nabi a.s adalah beritikad atau berkeyakinan penuh bahawa mereka manusia dan bersifat dengan sifat-sifat kemanusiaan atau ciri-ciri keinsanan (tabai’ basyariyyah). tidak bersifat dengan sifat-sifat ketuhanan atau malaikat, atau makhluk super power yang berlainan dari insan yang bersifat manusia.

Banyak pengikut agama cenderung untuk mensifatkan tokoh agama atau pengasas agama mereka dengan ciri-ciri ketuhanan atau malaikat atau super power bagi menggambarkan kehebatan tokoh atau pengasas agama berkenaan. Namun Islam tidak demikian. Nabi Muhammad dan sekelian para nabi disifatkan oleh al-Quran dengan ciri-ciri manusia seperti mana manusia lain, cumanya mereka ditabalkan menjadi rasul atau nabi, diberi wahyu dan kadang-kala diberi pertolongan dengan ayat atau mukjizat dalam keadaan yang getir.

Pun begitu dalam sepanjang sejarah para nabi, ada dalam kalangan mereka yang dibunuh, diseksa, dicederakan, dizalimi dan berbagai-bagai derita yang lain yang selalu menimpa para pejuang. Mereka tidak digambarkan kebal, atau atau boleh terbang, atau sentiasa dapat menghadirkan perkara-perkara pelik sehingga manusia beriman kerana ketakutan kepada mereka. Jika ada pun pertolongan Allah yang disebut ‘ayat’ atau mukjizat, perkara tersebut bukannya selalu dan ia sentiasa pula akan dikaitkan dengan kebesaran Allah, bukan kekuatan diri mereka sendiri.

Iktikad atau keyakinan ini diwajibkan oleh al-Quran dan al-Sunnah untuk seorang muslim tanamkan dalam keimanan mereka. Firman Allah: (maksudnya)

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”.(Surah al-Kahf: 110).

Firman Allah lagi: (maksudnya)

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Jika aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”.(Surah al-A’raf: 188).

Juga firmanNya: (maksudnya)

“Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus rasul-rasul sebelummu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan. Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang Rasul untuk mendatangkan sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah. Tiap-tiap satu tempoh dan waktu ada baginya ketetapan” (Surah al-Ra’d: 38).

Banyak lagi nas-nas al-Quran yang menegaskan hal ini. Walaupun ciri-ciri keinsanan rasul ini telah menyebabkan sesetengah penentang rasul mengkritik mereka kerana mereka mempunyai sifat dan kehidupan yang sama dengan manusia biasa. Para penentang pula membayangkan para rasul dengan segala keajaiban. Al-Quran merakamkan kritikan mereka.

Firman Allah: (maksudnya)

“Dan mereka berkata: “Kenapa dengan Rasul ini ? dia makan minum dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain)? Sepatutnya diturunkan malaikat kepadanya, supaya malaikat itu turut memberi peringatan dan amaran bersama-sama dengannya” (Surah al-Furqan: 7).

Namun, Allah membantah cara fikir mereka ini dengan menjawab: Katakanlah (wahai Muhammad):

“Kalau ada di bumi, malaikat yang berjalan serta tinggal mendiaminya, tentulah kami akan turunkan kepada mereka dari langit, malaikat yang menjadi rasul”.(Surah al-Isra’: 95).

Mengapakah al-Quran menekankan ciri ini? Demikian juga mengapakah Rasulullah s.a.w sentiasa menekan asas akidah ini? Sebabnya yang utama, demi memelihara tauhid atau akidah kepada Allah supaya hanya Dia Yang Maha Berkuasa dan layak untuk disembah. Manusia apabila tidak dikawal oleh akidah sebegini akan mengheret mereka memuji dan mengagungkan para rasul melebihi batasan yang sepatutnya.

Lihat apa yang berlaku kepada Nabi Isa bin Maryam a.s Kepercayaan atau pujian yang berlebihan membawa mereka menyangkatnya menjadi anak Tuhan. Demikian sesetengah aliran tarekat kerohanian yang melampaui batas dalam memuji guru atau ‘tok syeikh’. Sikap berlebih-lebihan memuji itu telah membawa mengagungkan guru atau syeikh melebihi tahap nabi, bahkan mensifatkan guru mereka dengan sifat-sifat ketuhanan seperti mengetahui yang ghaib dan seumpamanya.

Bahkan lebih buruk lagi mengheret mereka memohon hajat dan doa dari syeikh mereka sebagai perantaraan dengan Allah, bukan lagi hanya memohon kepada Allah. Sehingga ada yang apabila timbul hajat dalam akan memanggil nama wali itu dan ini. Sehingga nama dan gambaran wali atau syeikh mereka itu lebih mendahului jiwa mereka apabila timbul sesuatu hajat, bukan lagi Allah s.w.t.

Malangnya, ada dalam kalangan mereka yang menjustifikasikan hal itu dan menyatakan itu disuruh oleh Ahlus Sunnah wal Jamaah, bahkan itu sebenarnya ajaran Ahbash dan tarekat-tarekat yang memuja kubur. Jika para wali itu masih hidup pun mereka akan menentang hal ini.

Rasulullah s.a.w sendiri dalam hadis baginda daripada Ibn ‘Abbas:

“Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w: “Apa yang Allah dan engkau kehendaki”. Maka baginda bersabda kepadanya: “Apakah engkau menjadikanku sekutu Allah, bahkan (katakan) : apa yang hanya Allah kehendaki”. (Riwayat Ahmad dinilai sahih oleh al-Albani).

Baginda juga mengingatkan kita:

“Jangan kamu memujiku berlebihan seperti Kristian berlebihan memuji Isa bin Maryam. Aku hanya seorang hamba Allah. Katakanlah: “Hamba Allah dan rasulNya” (al-Bukhari).

Perkara yang kedua, jika rasul itu bersifat dengan sifat ketuhanan atau malaikat, bagaimana mungkin manusia biasa mampu mencontohi mereka, sedangkan mereka dihantar untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada manusia. Maka, tiadalah suri teladan dalam makan-minum, perhubungan suami isteri, teladan ketika gembira, ketika sedih, ketika marah, ketika lapar, ketika sakit, ketika ditindas dan berbagai lagi. Ini akan menjadi alasan untuk manusia tidak mencontohi rasul dan menyatakan bahawa kehidupan beragama yang diajar oleh para rasul itu tidak praktikal untuk diamalkan oleh manusia biasa. Alasan mereka kerana ciri-ciri fizikal yang dimiliki oleh para rasul itu tidak sama dengan manusia biasa.

Hingga mukjizat yang diberikan kepada para rasul itu pun bukan muncul dalam setiap keadaan. Dalam banyak keadaan para rasul menghadapi perjuangan mereka dengan segala usaha dan ikhtiar insani dan bertawakkal kepada Allah. Bacalah Surah Yusuf, lihat bagaimana tribulasi yang dihadapi oleh Nabi Ya’kub dan Yusuf. Mereka berusaha keluar daripada ranjau kehidupan itu dengan menerusi proses perjalanan kehidupan seperti mana insan yang lain. Cumanya, kita dapat melihat kesungguhan, tawakkal dan keimanan kepada Allah yang sungguh indah.

Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah dilontar sehingga cedera di Taif, dan cedera dalam peperangan Uhud. Batu-batu yang dilontar di Taif tidak bertukar menjadi tamar, dan pedang yang dihunuskan dalam peperangan menentang baginda tidak pula menjadi roti. Bahkan ada para nabi yang dibunuh oleh Bani Israil. Kesemua itu menutup ruang untuk manusia mengelakkan diri dari mengikuti jejak para nabi atas alasan mereka ‘super power’ atau tidak serupa dengan kita.

Kata al-Syeikh ‘Ali al-Tantawi ketika mengulas sifat-sifat para rasul a.s.:

“Para rasul kesemuanya manusia. Mereka dilahirkan seperti mana dilahirkan manusia, mereka mati seperti mana manusia mati, mereka sakit dan sihat seperti mana manusia sakit dan sihat. Mereka tidak berbeza dengan manusia pada bentuk tubuh badan dan anggota, tidak pada perjalanan darah dan pergerakan jantung. Mereka makan dan minum seperti mana manusia makan dan minum. Tidak pada mereka sedikit pun unsur uluhiyyah (ketuhanan), kerana ketuhanan untuk Allah semata. Namun mereka adalah manusia yang telah diwahyukan kepada mereka” (Ali al-Tantawi, Ta’rif ‘Am bi din al-Islam, m.s. 161, Mesir: Dar al-Wafa).

Lebih daripada itu kita lihat Allah jadikan mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w ialah al-Quran. Ini kerana baginda adalah nabi yang terakhir. Al-Quran akan berterusan sehingga Kiamat, sedang mukjizat yang mempunyai kaitan dengan fizikal seseorang tidak akan dapat disaksikan lagi dengan ketiadaannya. Mukjizat tongkat Musa sudah tidak dapat disaksikan lagi. Begitu juga mukjizat Isa menghidupkan orang mati dengan izin Allah sudah tiada lagi.

Namun, ajaiban al-Quran terus disingkap dari zaman ke zaman. Maka, hendaklah para pendakwah dalam menceritakan tentang kerasulan menegaskan tentang ciri keinsanan Nabi Muhammad s.a.w dan kesinambungan mukjizat al-Quran. Fokuslah mukjizat al-Quran yang terus mencerahkan akal dan menegakkan hujah kebenaran. Mukjizat lain, sekadar hanya menjadi riwayat sahaja.
Read rest of entry

Tuesday, March 23, 2010

AKHLAK SEBAGAI PEKERJA



KITA memerlukan kewangan yang cukup untuk meneruskan kehidupan, menyara keluarga dan membantu golongan yang memerlukan. Secara fitrahnya, dengan bekerja seseorang itu boleh memperolehi biaya dalam bentuk pendapatan.

Dalam Islam, bekerja adalah suatu yang dituntut dan dianggap sebagai satu kewajipan. Malah mereka diseru agar tidak bergantung kepada bantuan serta kasihan belas orang lain. Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Mencari kerja yang halal itu adalah fardu selepas fardu". (riwayat al-Baihaqi)

Dalam Islam, sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan mestilah ia halal di sisi syarak. Dengan kata lain, ia tidak mengandungi unsur-unsur yang haram seperti arak, judi, riba, menipu, menindas dan sebagainya.

Di samping itu, ia juga mestilah pekerjaan yang tidak menjejaskan kepentingan umum dan merosakkan reputasi masyarakat Islam. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Barang siapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah. (riwayat al- Bukhari)

Dalam pekerjaan bukan sahaja perlu dipastikan pekerjaan itu halal malah perlu juga memberikan perhatian kepada persoalan berkat. Untuk menikmati pekerjaan yang berkat di antara perkara yang perlu ialah dengan menjaga dan memelihara akhlak sebagai pekerja.

Persoalan inilah yang gagal dihayati dan diamalkan oleh kebanyakan pekerja. Kebijaksanaan dan kemahiran yang tinggi tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu cemerlang.

Sebuah syarikat atau organisasi tentunya tidak akan mengambil seseorang yang berkelulusan tinggi sebagai pekerja apabila mengetahui individu tersebut mempunyai sikap malas, kedekut, angkuh dan sifat-sifat negatif yang lain. Kelulusan dan IQ yang tinggi adalah sia-sia kalau tidak digabungkan bersama akhlak yang baik.

Dalam sesi temuduga kerja umpamanya, pihak penemuduga tidak harus hanya melihat kelayakan calon dari sudut akademik dan pengalaman kerja tetapi perlu mengambil kira sudut akhlak dan etika. Ini kerana akhlak sangat penting dalam membantu seseorang itu mencapai kecemerlangan berorganisasi.

Justeru Islam memerintahkan umatnya bukan sahaja perlu menjaga hubungan dengan Allah SWT (hablum minallah) tetapi juga hubungan dengan manusia (hablum minannas).

Tanpa akhlak yang baik, tentunya pekerja tidak dapat bekerjasama dengan rakan-rakan sekerja yang lain secara harmoni.

Dalam memilih seseorang pekerja, Islam meletakkan dua syarat penting agar pekerja itu bukan sahaja cemerlang dalam kerjanya malah cemerlang juga di sisi Allah, iaitu mempunyai fizikal yang sempurna dan mempunyai sifat amanah.

Ia sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya sebaik-baik orang yang engkau hendak mengupahnya ialah yang kuat lagi amanah. (al-Qasas: 26)

Seorang pekerja yang cemerlang perlu memahami dengan baik tugasnya. Dia tidak boleh bertindak semberono dalam melaksanakan tugas harian di tempat kerja.

Tanpa kefahaman yang jelas, pekerja itu akan menjadi seperti robot yang hanya tahu melakukan kerja tanpa memahaminya. Maka apabila berlaku sebarang masalah teknikal kerana kerosakan peralatan dan sebagainya, pekerja itu tidak dapat meneruskan kerjanya secara manual.

Ini juga memerlukan komitmen pegawai atasan untuk memberikan bimbingan dan nasihat kepada pekerja di bawah kelolaannya.

Untuk memahami tugas yang diamanahkan dengan lebih mendalam, maka pekerja itu tidak boleh merasa malu dan takut untuk bertanya.

Memang menjadi haknya untuk mengetahui perkara yang dilakukan. Pekerja juga perlu mengambil inisiatif tersendiri untuk berdikari di samping tidak terlalu bergantung kepada arahan pegawai atasan.

Pekerja juga perlu memelihara suasana yang penuh harmoni ketika berinteraksi dengan rakan-rakan sekerja yang lain. Jauhilah sikap iri hati sesama sendiri. Bersaing dengan rakan-rakan lain secara baik.

Jangan mereka-reka cerita dan memfitnah rakan-rakan yang lain agar dirinya dapat dilihat yang terbaik berbanding yang lain. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Muflis di kalangan umatku, datang di hari kiamat dengan solat, puasa, zakat namun datang juga cercaannya kepada orang ini, makan harta orang itu, menumpahkan darah sana, memukul sini lalu diganti rugi dengan amalan baiknya sehingga habis semuanya lalu ia mengambil dosa mangsanya sehingga ia dilontar ke neraka. (riwayat Muslim)

Mutakhir ramai yang didapati meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap pegawai-pegawai atasan atau majikan melalui saluran Internet seperti facebook, twitter, blog dan laman sosial yang lain. Perlakuan ini jelas bercanggah dengan etika dan akhlak sebagai anggota organisasi.

Ia akan menyebabkan imej syarikat atau organisasi buruk pada pandangan masyarakat luar. Maka reputasi baik syarikat akan terjejas dan sekali gus memberi kesan negatif terhadap pembangunan dan pertumbuhan syarikat.

Sepatutnya, para pekerja yang tidak berpuas hati terlebih dahulu berbincang dan mengadakan pertemuan dua hala dengan pihak majikan. Berikan ruang kepada pihak majikan memberi penjelasan berhubung isu yang ditimbulkan.

Jangan terlalu mengikut emosi sehingga membataskan akal yang waras untuk berfikir dan mencari penyelesaian dengan penuh bijaksana. Mungkin ada perkara-perkara sulit yang perlu dipertimbangkan oleh pihak majikan dalam membuat keputusan tersebut.

Di sinilah perlunya semangat saling-mempercayai antara satu sama lain. Tanpa kepercayaan antara satu sama lain, bagaimana sebuah organisasi yang kukuh dan utuh dapat dibina. Lebih-lebih lagi ketika cabaran dan ujian dalam melaksanakan tugas tersebut terlalu berat.

Tentunya memerlukan sebuah pasukan yang mantap dan mempunyai wehdatul fikr (kesatuan pemikiran), wehdatul 'amal (kesatuan kerja) dan wehdatul qalb (kesatuan hati).

Allah SWT berfirman: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (as-Saff: 3)

Seorang pekerja yang mementingkan semangat setiakawan dalam berorganisasi tidak boleh terlalu berkira dalam bekerja. Kadang-kadang dia perlu melakukan kerja lain untuk menggantikan rakan sekerja yang mungkin bermasalah. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri.

Contoh yang paling mudah ialah apabila telefon di meja rakan sekerja berdering, dan dia tiada di tempatnya ketika itu, maka perlulah rakan sekerja yang lain tolong menjawabnya atas dasar tanggungjawab bersama.

Namun, ada yang tergamak membiarkan sahaja telefon tersebut berdering tanpa rasa bersalah. Dia seolah-olah tidak menyedari bahawa individu yang membuat panggilan telefon itu mungkin sedang mempunyai hajat yang sangat penting.

Sifat keakuan dan pentingkan diri juga menghalang budaya tolong-menolong dan bantu-membantu sesama rakan sekerja. Akhirnya ia menimbulkan sikap benci-membenci dan iri hati di antara satu sama lain. Apabila rakan sekerja mengalami kesulitan, dia akan merasa gembira dan seronok.

Baginya, melihat rakan-rakan berada dalam kesusahan adalah merupakan kepuasan. Sedangkan Islam menyuruh umatnya untuk membantu rakan-rakan yang ditimpa musibah. Rasulullah bersabda: Barang siapa melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seorang mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan hari kiamat darinya. Barang siapa memudahkan orang yang dilanda kesulitan, maka Allah SWT akan memudahkannya di dunia dan akhirat. (riwayat Muslim)

Cemerlang

Pekerja yang cemerlang juga sentiasa menjaga reputasi dan imej syarikat di mana sahaja dia berada.

Ini termasuklah cara berkomunikasi dan berinteraksi dengan para pelanggan. Memberi perkhidmatan dan layanan terbaik dengan penuh mesra kepada pelanggan mestilah diutamakan. Tetapi, jangan sampai melebihi batasan yang dibenarkan oleh Islam.

Para pekerja juga tidak boleh mendedahkan rahsia syarikat termasuk kepada kaum keluarga sendiri. Sebabnya, pihak yang mengetahui maklumat rahsia berkenaan mungkin akan menyebarkannya kepada rakan-rakan yang lain.

Fenomena ini akan menjadi risiko kepada syarikat untuk bersaing dalam pasaran apabila pihak pesaing menggunakan maklumat tersebut untuk menyerang dan menjatuhkan syarikat.

Para pekerja juga tidak boleh menggunakan peralatan pejabat untuk tujuan peribadi. Terdapat pekerja yang menggunakan telefon di pejabat untuk menelefon isteri dan anak-anak di rumah.

Tidak kurang juga mereka yang menggunakan fotostat pejabat untuk menyalin dokumen peribadi. Ada yang pulang ke rumah dengan membawa barangan pejabat untuk diberi kepada anak-anaknya.

Ada juga yang menggunakan peralatan pejabat untuk mencari pendapatan sampingan. Lalu digunakan masa yang ada untuk tujuan lain, bukannya untuk menyempurnakan tugasan yang diamanahkan majikan, khususnya ketika pegawai atasan tiada di tempat kerja.

Kesannya, kerja-kerja yang sepatutnya disiapkan tertangguh dan menyusahkan rakan sekerja yang lain.

Kesimpulannya, pendapatan yang mempunyai keberkatan adalah bukan sahaja dari kerja yang halal, tetapi mesti juga digabungkan dengan akhlak dan etika sebagaimana yang digagaskan oleh al-Quran dan sunnah.

Inilah tujuan utama pengutusan Baginda Rasulullah SAW kepada umatnya sebagaimana dinyatakan sendiri oleh baginda: Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (riwayat Bukhari).

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0324&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm
Read rest of entry

Tuesday, March 16, 2010

THE ANTI-VIRUS OR ANTI-MALWARE TEST FILE



If you are active in the anti-virus research field, then you will regularly receive requests for virus samples. Some requests are easy to deal with: they come from fellow-researchers whom you know well, and whom you trust. Using strong encryption, you can send them what they have asked for by almost any medium (including across the Internet) without any real risk.

Other requests come from people you have never heard from before. There are relatively few laws (though some countries do have them) preventing the secure exchange of viruses between consenting individuals, though it is clearly irresponsible for you simply to make viruses available to anyone who asks. Your best response to a request from an unknown person is simply to decline politely.

A third set of requests come from exactly the people you might think would be least likely to want viruses "users of anti-virus software".

They want some way of checking that they have deployed their software correctly, or of deliberately generating a "virus incident in order to test their corporate procedures, or of showing others in the organisation what they would see if they were hit by a virus".

Obviously, there is considerable intellectual justification for testing anti-virus software against real viruses. If you are an anti-virus vendor, then you do this (or should do it!) before every release of your product, in order to ensure that it really works. However, you do not (or should not!) perform your tests in a "real" environment. You use (or should use!) a secure, controlled and independent laboratory environment within which your virus collection is maintained.

Using real viruses for testing in the real world is rather like setting fire to the dustbin in your office to see whether the smoke detector is working. Such a test will give meaningful results, but with unappealing, unacceptable risks.

Since it is unacceptable for you to send out real viruses for test or demonstration purposes, you need a file that can safely be passed around and which is obviously non-viral, but which your anti-virus software will react to as if it were a virus.

If your test file is a program, then it should also produce sensible results if it is executed. Also, because you probably want to avoid shipping a pseudo-viral file along with your anti-virus product, your test file should be short and simple, so that your customers can easily create copies of it for themselves.

The good news is that such a test file already exists. A number of anti-virus researchers have already worked together to produce a file that their (and many other) products "detect" as if it were a virus.

Agreeing on one file for such purposes simplifies matters for users: in the past, most vendors had their own pseudo-viral test files which their product would react to, but which other products would ignore.

This test file has been provided to EICAR for distribution as the "EICAR Standard Anti-Virus Test File", and it satisfies all the criteria listed above. It is safe to pass around, because it is not a virus, and does not include any fragments of viral code. Most products react to it as if it were a virus (though they typically report it with an obvious name, such as "EICAR-AV-Test").

The file is a legitimate DOS program, and produces sensible results when run (it prints the message "EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!").

It is also short and simple - in fact, it consists entirely of printable ASCII characters, so that it can easily be created with a regular text editor. Any anti-virus product that supports the EICAR test file should detect it in any file providing that the file starts with the following 68 characters, and is exactly 68 bytes long:

X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*

The first 68 characters is the known string. It may be optionally appended by any combination of whitespace characters with the total file length not exceeding 128 characters. The only whitespace characters allowed are the space character, tab, LF, CR, CTRL-Z. To keep things simple the file uses only upper case letters, digits and punctuation marks, and does not include spaces. The only thing to watch out for when typing in the test file is that the third character is the capital letter "O", not the digit zero.

You are encouraged to make use of the EICAR test file. If you are aware of people who are looking for real viruses "for test purposes", bring the test file to their attention. If you are aware of people who are discussing the possibility of an industry-standard test file, tell them about www.eicar.org, and point them at this article.

In order to facilitate various scenarios, we provide 4 files for download. The first, eicar.com, contains the ASCII string as described above. The second file, eicar.com.txt, is a copy of this file with a different filename. Some readers reported problems when downloading the first file, which can be circumvented when using the second version. Just download and rename the file to "eicar.com". That will do the trick. The third version contains the test file inside a zip ARCHIVEe. A good anti-virus scanner will spot a 'virus' inside an ARCHIVEe. The last version is a zip ARCHIVEes containing the third file. This file can be used to see whether the virus scanner checks ARCHIVEes more than only one level deep.

Once downloaded run your AV scanner. It should detect at least the file "eicar.com". Good scanners will detect the 'virus' in the single zip ARCHIVEe and may be even in the double zip ARCHIVEe. Once detected the scanner might not allow you any access to the file(s) anymore. You might not even be allowed by the scanner to delete these files. This is caused by the scanner which puts the file into quarantaine. The test file will be treated just like any other real virus infected file. Read the user's manual of your AV scanner what to do or contact the vendor/manufacturer of your AV scanner.

Important note: EICAR cannot be held responsible when these files or your AV scanner in combination with these files cause any damage to your computer. YOU DOWNLOAD THESE FILES AT YOUR OWN RISK. Download these files only if you are sufficiently secure in the usage of your AV scanner. EICAR cannot and will not provide any help to remove these files from your computer. Please contact the manufacturer/vendor of your AV scanner to seek such help.

Download area using the standard protocol http
eicar.com 68 Bytes eicar.com.txt 68 Bytes eicar_com.zip 184 Bytes eicarcom2.zip 308 Bytes
Download area using the secure, SSL enabled protocol https
eicar.com 68 Bytes eicar.com.txt 68 Bytes eicar_com.zip 184 Bytes eicarcom2.zip 308 Bytes


How to delete the test file from your PC

We understand (from the many emails we receive) that it might be difficult for you to delete the test file from your PC. After all, your scanner believes it is a virus infected file and does not allow you to access it anymore. At this point we must refer to our standard answer concerning support for the test file. We are sorry to tell you that EICAR cannot and will not provide AV scanner specific support. The best source to get such information from is the vendor of the tool which you purchased.

Please contact the support people of your vendor. They have the required expertise to help you in the usage of the tool. Needless to say that you should have read the user's manual first before contacting them.

http://www.eicar.org/anti_virus_test_file.htm
Read rest of entry

BUKAN CINTA BIASA.....



Dipegang jubah suaminya. Matanya yang jernih merenung sayu.
“Apakah ini kerana Allah?” tanya hampir berbisik.
“Ya, wahai isteri ku. Semua ini kerana Allah,” jawab suaminya lalu segera berlalu. Tanpa toleh, tanpa berpaling.

Mendengar jawapan itu Siti Hajar tidak berkata apa-apa lagi. Mata dan hatinya menghantar suaminyjavascript:void(0)a Ibrahim AS berlalu pergi. Tega dan redha. Kalau suami ku bertindak meninggalkan aku kerana Allah, aku mesti rela ditinggalkan juga kerana Allah, mungkin itulah rasa hati Siti Hajar sewaktu ditinggalkan Ibrahim.

Itulah sedikit gambaran perpisahan kerana Allah. Nabi Ibrahim AS rela meninggalkan isteri dan anaknya Ismail di bumi yang kering kontang. Satu lembah yang gersang jauh daripada manusia, haiwan dan tumbuhan. Ya, itu semua perintah Allah. Demi cinta khalik yang lebih tinggi dan suci, ditinggalkannya cinta terhadap anak dan isterinya. Itulah hati Nabi Ibrahim. Jika dulu dia diuji dengan bakaran api, kini dia diuji lagi oleh perpisahan dengan anak dan isteri.

Jangan disangka hanya Siti Hajar sahaja yang menderita ditinggalkan, tetapi bayangkanlah juga derita suaminya Nabi Ibrahim yang “meninggalkan”. Kekadang orang yang meninggalkan lebih perit dan sakit penanggungannya daripada orang yang ditinggalkan. Namun apakah pilihan Ibrahim, bila cinta Allah berbicara, cinta yang lain akan membisu seribu bahasa…

Mengapa hanya kata-kata “apakah semua ini kerana Allah?” yang diminta kepastian oleh Siti Hajar terhadap suaminya Nabi Ibrahim? Mengapa tidak ada ucapan yang lain? Mengapa tidak diucapkan, “kenapa sampai hati kau buat begini?” Tidak, ucapan seumpama itu sama sekali tidak terkeluar daripada mulut isteri solehah seperti Siti Hajar. Apa yang hendak dipastikannya hanyalah satu… semua itu dibuat oleh suaminya kerana Allah. Bila kerana Allah, tenanglah hati Siti Hajar… Tuhan pasti tidak akan mengecewakannya. Suaminya tidak akan menganiayanya.

Bertemu kerana Allah, berpisah pun kerana Allah. Itulah tradisi dalam cinta para solihin dan muqarrabin. Dan iktibar buat kita, untuk mengekalkan cinta dalam rumah tangga inilah juga teras dan asasnya. Jangan ada “kerana” yang lain. Jika ada yang lain, pasti cinta itu tergugat jua walaupun bagaimana teguh sekali pun janji dan peneguhan kata yang pernah dimeterai. Untuk mengekalkan cinta, ini sahaja prinsipnya – berbuatlah apa sahaja kerana Allah. Lurus, tulus dan telus tanpa belok dan bengkok.

Sekalipun terpisah, namun cinta Nabi Ibrahim dan Siti Hajar tidak pernah luntur. justeru kedua-dua berpegang kepada asas cinta yang kekal… cintakan Allah. Dan bila mereka bertemu kembali, beberapa tahun kemudiannya, cinta itu teruji lagi. Kali ini Nabi Ibrahim diperintahkan pula oleh Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail. Nabi Ibrahim tekad, Ismail mesti dikorbankan. Tetapi bagaimana Siti Hajar?

Siti Hajar teruji lagi. Nilai anak bagi seorang ibu, kekadang melebihi nilai suami kepada seorang isteri. Ikatan hati antara ibu dan anak jauh lebih teguh dan kukuh daripada ikatan suami dan isteri… begitu kekadang pakar-pakar psikologi mengungkapkan. Namun itu sedikit pun tidak menjejaskan jiwa Siti Hajar, sekali lagi “jika itu kehendak Allah” dia pasrah. Allah tidak akan mengecewakannya. Siti Hajar rela “kehilangan” anak dan suami berkali-kali. Seperti air zam-zam yang menyuburkan lembah Makkah yang gersang maka begitulah iman yang memperkasa jiwa Siti Hajar. Sekali lagi dia rela dan tega.

Ah, agungnya sejarah itu. Namun di mana asas kekekalan cinta itu masa kini? Kadar perceraian melonjak semakin tinggi. Janji hidup bersama, mati berdua hanya jadi mainan kata sewaktu bercinta. Tetapi sebaik musim bulan madu berlalu, cinta semakin hari semakin terhakis. Dan akhirnya usahkan untuk mati bersama, hidup berdua pun sudah tidak mampu lagi. Suami jemu dengan kerenah isteri. Isteri bosan dengan tingkah laku suami… tak berubah-rubah, macam-macam tu juga. Akhirnya, perceraian pun tidak dapat dielakkan lagi.

Mengapa ini berlaku? Jawabnya, kerana dalam hati suami dan isteri itu tidak ada lagi prinsip “kerana Allah”. Rasa syak wasangka, marah melulu, kecewa, jemu, jeran dan terancam mula bersarang dalam jiwa apabila “bukan kerana Allah” menjadi begitu dominan dalam sanubari suami dan isteri masa kini. Semakin lama berumah tangga semakin ketara segala kelemahan dan kesalahan.

Pada mulanya dicuba-cuba juga bersabar. Ah, demi cinta ku pada nya, begitu pujuk-pujuk hati. Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, segala-galanya masih “gitu-gitu” juga. Bila suami sampai di muka pintu (pulang daripada bekerja), muka isteri mencuka, keluhan atau leteran pun bermula, tidak ada lagi salam berkucup tangan, tidak ada lagi wangian dan haruman, tidak ada jawapan salam yang sopan…

Dulu pernah suami menegur bersulam kata dengan kiasan dan perlambangan. Namun isteri buat tidak tahu kerana di hatinya juga ada “dendam”. Ah, kau sahaja yang ingin aku berubah, kau pula bagaimana? Aku jemu melihat kau umpama raja dalam rumah tangga yang menyuruh aku membuat segala-galanya. Sejak bangun tidur aku bagaikan hamba sahaya yang asyik membersihkan, memasak, mengasuh, mengemas dan seribu satu kerja lagi, gerutu hati isteri.

Kau tidak pernah berubah wahai suami. Pakaian bersepah. Tingkah laku mu jauh daripada yang ku kenal dahulu. Pantang ditegur, ego mu meledak. Kau semakin bungkam dan bisu ketika aku ingin meluahkan dan menceritakan segala-galanya. Dan perlukah aku meluahkannya lagi, setelah berkali-kali kau seakan tuli untuk mendengarnya!

Jiwa yang kecil akan membesarkan masalah yang remeh apatah lagi masalah yang memang besar. Bila di hati tidak ada lagi “kerana Allah”, rumah tangga akan semakin goyah. Di dalam hati sudah timbul bibit-bibit ingin berpisah… Berpisah secara rasmi dengan jatuhnya talak bersendikan syarak atau berpisah secara sepi, dengan putusnya ikatan cinta tanpa kemesraan dan keharmonian hati.

Jasad rapat, tetapi hati kian jauh terpisah. Sesetengah pasangan nekad terus mengambil keputusan untuk berpisah. Jika begini apa gunanya ditunggu lagi, kita bercerai! Dan sesetengah pasangan pula tetap di situ mempertahankan cinta yang bagaikan hidup segan mati tak mahu – “better bend than break” (biar sekah asalkan tak patah). Golongan ini sabar mengharungi perkahwinan yang tidak bahagia.

Mereka yang memilih bercerai, inginkan bahagia di tempat, di suasana atau dengan keadaan yang lain (dan mungkin juga dengan orang yang lain?). Tidak ada gunanya mempertahankan perkahwinan yang tidak bahagia… cari sahaja bahagia di tempat yang lain. Mereka yang bertahan pula mungkin merasakan, jika pasangan ku ini pun tidak memberikan aku bahagia, sedangkan aku yang mencari dan dicarinya dulu, mana ada jaminan aku bahagia dengan orang atau di tempat yang lain? Biarlah, aku bertahan sahaja…

Siapa antara kedua golongan ini yang lebih bernasib baik? Yang bercerai untuk mencari bahagia atau yang bersabar dengan perkahwinan yang tidak bahagia? Subhanallah, hasil kajian menunjukkan setelah bertahun-tahun berlalu mereka yang bersabar degan perkahwinan yang tidak bahagia akhirnya lebih bahagia daripada mereka yang mengambil keputusan untuk bercerai!

Itulah berkat sabar. Kerana kesabaran itu lebih dekat dengan iman. Bukankah kesabaran itu separuh daripada iman. Dan dalam iman itulah tersemat roh kalimah “kerana Allah”. Sesungguhnya, Allah bersama dengan orang yang sabar. Bukankah dalam hidup ini, mereka yang berjaya mengharunginya bukan orang yang bijak, cantik dan ternama… tetapi oleh orang yang sabar.

Justeru, walau seteruk mana kerenah pasangan kita, belajarlah menerima dia seadanya. Bersabarlah dengan sikapnya kerana dia pun hakikatnya sedang belajar bersabar dengan kerenah kita. Jangan marah jika dia tidak berubah mengikut apa yang kita kehendaki kerana kita juga hakikatnya tidak berubah mengikut apa yang kita sendiri kehendaki.

Kita tidaklah setabah Siti Hajar dan pasangan kita pun tidak sebaik Ibrahim… namun setidak-tidaknya kita mengakui dan sentiasa mencuba untuk bersabar dengan peneguhan kata “kerana Allah”. Ingatlah, ragam, karenah dan tabiat pasangan kita bukan semuanya untuk diselesaikan. Seperti juga masalah-masalah hidup yang lain ada yang dapat diselesaikan dan ada yang tidak.

Bagaimana menghadapi masalah yang tidak dapat diselesaikan? Ya, ada masalah yang kita “kena hidup dengannya.” Selama-lamanya. Ia memang tidak dapat dan tidak perlu diselesaikan… Mengapa? Allah takdirkan begitu sebagai saluran kita merintih, merayu dan bergantung kepada-Nya.

Oh, rupa-rupanya Allah pasangkan kita dengan pasangan kita untuk kita saling merintih kepada Allah dalam menghadapi kerenah masing-masing. Allah menguji kita melalui dia, Allah menguji dia melalui kita. Inilah yang kita belajar daripada cinta dan sabar dalam rumah tangga Nabi Ibrahim dan isterinya Siti Hajar. Sesungguhnya, cinta mereka itu bukan cinta biasa!

AKU BUKAN SUMAYYAHMU!

Suami ku bunga semalam telah layu
Gugur dari jambangannya
Mujur cinta dan perjuangan kita
Bukan itu lambangnyaMulut ku kaku untuk merayu
Hati ku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu
Kerana kini kau mujahid
Yang rindu memburu syahid

Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyum dan seri wajah
Pudar dan hambar di mata mu
Pada ku yang baru belajar
Menjadi seorang mujahidah

Aku kini hanya mendoakan
Agar kau menjadi Yassir
Walau kiranya… bukan aku Sumayyahmu

Dalam tangis ku cuba senyum ketika kau bermusafir
Sepertinya Siti Hajar
Sewaktu ditinggalkan Ibrahim

Biar selalu kita berpisah
Selalu derita kerap susah
Kerana syurga menagih ujian berat
Sedangkan neraka dipagari nikmat!
Read rest of entry

DENGAN KUALITI JIWA, BUKAN KUANTITI HARTA...



Redha Allah terletak pada redha ibu-bapa. Semua orang pernah mendengar ungkapan ini. Namun, berapa kerat yang memahami tuntutannya? Dan berpada kerat pula yang telah menunaikan tuntutannya? Ibu-bapa yang telah tua memang menguji anak-anak. Maklumlah, akalnya sudah lemah, pertimbangannya jadi singkat. Kerenah orang tua sangat menguji anak-anak.

Berapa ramai yang menganggap ibu-bapa yang telah tua sebagai satu liabiliti dalam kehidupan kita. Pada hal mereka sebenarnya adalah satu aset yang sangat berharga dalam kehidupan kita. Menjaga ibu-bapa yang telah tua, bersabar dalam menghadapi kerenahnya sesungguhnya akan membuka pintu kerahmatan dan keberkatan daripada Allah swt.

Ingatkah lagi kita tentang satu hadis panjang yang menceritakan kepada kita bagaimana tiga orang lelaki terperangkap dalam sebuah gua? Masing-masing memohon pertolongan daripada Allah melalui perantaraan (tawassul) amalan mereka. Salah seorang lelaki tersebut telah memohon kepada Allah melalui perantaraan amalannya yang berbakti kepada orang tua… dan pintu gua itu tergeser, petanda bantuan Allah tiba kerana amalannya terhadap orang tua.

Mengapa tidak kini kita gunakan kaedah yang sama? Bukankah banyak permasalahan dan beban hidup yang berat sedang atau akan kita tanggung? Salah satu kaedah untuk mengatasi dan menangani masalah tersebut ialah dengan berbakti kepada orang tua dan menjadikan kebaktian tersebut sebagai perantaraan berdoa kepada Allah. Dengan syarat kita berbuat demikian dengan hati yang ikhlas.

Berapa ramai penulis yang “terbantut” idea dan mindanya, lalu dia mengangkat tangan berdoa kepada Allah melalui perantaraan ketaatannya kepada ibu-bapanya? Atau ahli perniagaan yang dilanda masalah hutang atau merudumnya jualan, lalu istirahat seketika lantas berdoa meminta bantuan Allah melalui budi-baiknya terhadap ibu-bapa? Atau ahli politik yang diserang kiri dan kanan oleh musuh politiknya, mengambil sedikit masa untuk bermunajat kepada Allah melalui amalan baik terhadap kedua ibu-bapanya?

Ingatlah, ibu-bapa yang tua itu adalah satu aset. Kesusahan, kejemuan dan kebimbangan kita sewaktu menjaga mereka sebenarnya adalah mahar kepada sebuah ketenangan, keberkatan dan kejayaan dalam kehidupan. Namun sebaliknya, jika mengabaikan mereka itulah yang akan membuka kepada pintu kehancuran, keresahan dan kegagalan. Benar seperti yang pernah didendangkan oleh lagu lama, “ayah dan ibu wali-wali keramat.”

Ibu-bapa memang “wali keramat” kerana meminggirkan mereka (apatah lagi kalau sampai ke tahap menderhakai mereka) akan menyebabkan hidup kita terhijab (terhalang). Bukan sahaja kita orang awam ini, bahkan orang-orang Soleh sekalipun jika tersalah laku dengan ibu-bapa akan menerima padahnya. Lupakah kita kepada Juraij, seorang yang amat soleh (rajin uzlah dan beribadah) tetapi tertimpa malapetaka fitnah kerana tidak disenangi oleh ibunya.

Gara-gara begitu asyik dengan solat sunat, Juraij tidak menyahut panggilan ibunya. Ibunya sungguh terasa hati menyebabkan dia berdoa agar Juraij ditimpa fitnah. Benar, tidak lama kemudian Juraij difitnah berzina dengan perempuan jahat menyebabkan dia dihina dan disakiti oleh penduduk-penduduk setempat. Itulah bahananya mengecilkan hati ibu. Justeru, dari segi hukumnya, ajaran Islam menetapkan seseorang yang sedang bersembahyang sunat wajib menyahut panggilan ibunya setelah tiga kali panggilan itu diulang. Kenapa? Padahal solat itu hubungan dengan Allah, sedangkan menyahut panggilan ibu bapa itu hubungan sesama manusia? Apakah hak manusia lebih besar daripada hak Allah?

Tidak, bukan begitu. Sebenarnya itu didikan daripada Allah jua, agar seorang anak menjaga hubungan dengan ibu-bapanya semasa berhubung dengan Allah. Taat kepada Allah dan berbuat baik kepada kedua ibu-bapa ada kalanya dirangkaikan dalam ayat-ayat tertentu dalam Al Quran. Ya, jangan sampai mengejar cinta Allah, dengan mengabaikan cinta terhadap ibu-bapa. Yang setepatnya ialah cintailah ibu-bapa kerana mencari cinta Allah!

Bayangkan jika manusia sesoleh Juraij pun boleh ditimpa kesusahan kerana kesalahan yang boleh dikatakan kecil (berbanding kederhakaan anak-anak zaman ini) terhadap ibunya, apalagi kita. Kebaikan kita tidaklah setinggi dan sebanyak Juraij, sebaliknya kesalahan kita terhadap ibu-bapa kita lebih banyak daripadanya… Bila-bila sahaja kita boleh ditimpa malapetaka akibat kederhakaan ini. Dan mungkin kita tidak sedar, malapetaka itu telah pun menimpa kita.

Intai-intai dan telitilah kembali jalan hidup yang telah, sedang dan akan kita susuri ini. Berapa banyak halangan dan hambatan yang datang melanda. Berapa banyak kali kita kecundang? Apa yang dirancang kekadang sering tidak “menjadi”. Malang dan bencana datang timpa menimpa. Dicari sebabnya, dikaji puncanya, seakan-akan tidak terjumpa… mana tahu semuanya bahana derhaka kepada kedua ibu-bapa.

Dosa kita pada yang lain masih adalah istilah nanti dan tunggu. Tetapi dosa kepada ibu-bapa akan dibalas segera dan tiba-tiba. Sesetengah orang, hanya kerana dia telah menghulurkan bantuan ratusan malah ribuan ringgit sebulan kepada ibu-bapanya, dia telah menunaikan tanggungjawab… Jadi apabila ibu-bapanya “bersuara” sedikit, sudah berani dia membentak. Apa yang tidak cukup lagi? Apa lagi yang ibu hendak? Apa lagi yang bapa tidak puas hati?

Ingatlah, wang ringgit dan harta benda tidak akan mampu membalas jasa atau menebus bakti kedua orang tua kita. Bukan semua perkara dalam kehidupan ini boleh dibeli. Banyak perkara-perkara penting dalam hidup ini tidak boleh dinilai oleh kuantiti material dan fizikal yang kita ada. Antaranya, jasa dan bakti kedua ibu-bapa. Ia hanya boleh “dibayar” oleh kualiti jiwa bukan kuantiti harta.

Maksudnya, budi hanya dapat dibayar oleh budi. Jasa dengan jasa. Budi baik dan akhlak kita yang cantik sahaja dapat menyenangkan hati orang tua pada usia senja mereka. Layani mereka dengan baik, dengarlah cerita mereka (walaupun telah diulang berkali-kali), duduk berbual dengan mereka, membelai atau mengurut badan mereka dan yang paling penting sering menziarahi dan sentiasa berdoa untuk mereka.

Jangan lupa, satu hari kita juga akan melalui apa yang sedang lalui kini. Kita akan mencecah gerbang tua dan mengecap sisa-sisa umur dengan payah dan lelah seperti mereka… bagaimana kita saat itu? Tentukanlah nasib kita itu pada hari ini. Bagaimana? Taat, layan dan belai dengan penuh kasih sayang orang tua kita pada hari ini, insya-Allah anak-anak kita akan mengamalkan sikap yang sama terhadap kita pada akhir nanti.

Cerita dan nasihat ini bukan pertama kali kita dengar… tetapi semuanya diulang lagi kerana kita sering mengabaikan apa yang sering kita dengar. Kita sering menjadi umpama kelekatu yang melanggar lampu yang bercahaya sedangkan di bawahnya sudah begitu banyak kelekatu lain yang terkorban. Berapa banyak ikon anak derhaka dalam cerita rakyat seperti Sitanggang mahupun Malim Kundang yang kita benci dan caci, ironinya kita menjejak mereka tanpa kita sedari.

Sudah dianggap derhaka dengan mendecit perkataan “ah” kepada kedua ibu-bapa. Sudah dianggap melupakan mereka jika kita tidak mendoakan mereka selepas setiap kali mengerjakan solat. Sudah mengecilkan hati mereka jika sudah lama kita tidak menelefon ataupun menziarahi mereka di kampung… Oh, terlalu banyak kesalahan kita terhadap mereka. Dan apakah ini telah menyebabkan tertutupnya pintu kerahmatan dan keberkatan?

Rezeki banyak, tetapi tidak puas. Umur panjang, tetapi dipenuhi dosa. Masa lapang, tetapi hilang manfaat. Kesibukan yang memanjang, keresahan yang tidak berpenghujung mungkin sedang berlaku dalam hidup kita. Anak-anak degil. Isteri atau suami semakin degil dan tidak serasi… Apakah ini semua kerana dosa kita terhadap orang tua? Apakah Allah sedang murkakan kita?

Jika anda bertanya begitu, sila ulang baca ayat pertama pada awal tulisan ini!
Read rest of entry
 

PAUTAN MINI




 

KOKURIKULUM

SOCUT PERAK SCOUT MALAYSIA PUTERI ISLAM PBSM KRS

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Followers

About Me

Abu Ruqaiyah, Tn. Hj. Mohamad Sahrin Bin Kadmo. Salah seorang pereka elaporan program j-QAF untuk kegunaan pihak Sekolah, PPD, JPN & BPK.