Sunday, December 13, 2009

SOLAT DAN PENEMUAN SAINS



Dalam surah Al-Mukmi­nun ayat 1-2 dan 9 Allah menjelaskan,

"Sesung­guhnya telah berjayalah orang-orang yang beri­man.
(Iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka.
Dan mereka yang meme­lihara solat-solat mereka."

Ayat-ayat ini menjelaskan bahawa untuk berjaya umat Islam tidak boleh mengabaikan solat sama sekali teruta­manya solat-solat fardu. Dalam konteks melaksanakan solat, dua perkara wajib dijaga, pertamanya khusyuk dan keduan­ya, memastikan agar solat dilaksanakan dalam setiap keadaan mengikut cara dan jadual waktu yang telah ditetapkan.

Solat merupakan satu ibadah yang amat penting sehinggakan ketika sedang berperang sekalipun ia tidak boleh dit­inggalkan. Solat juga merupakan tiang agama. Imam AI-Baihaqi meriwayatkan, nabi bersabda,

"Solat itu tiang agama se­siapa yang meninggalkannya
dia merun­tuhkan agama."

Malah batas antara iman dan kufur ialah solat.

Kesesatan Kerana Memperke­cilkan Solat
Golongan yang memperkecilkan solat merupakan golongan yang sesat. Dalam surah Maryam ayat 59 Allah her­firman,

"Maka datanglah selepas mer­eka pengganti (yang keji)
yang mensia­siakan solat mereka serta mengikut hawa nafsu,
maka kelak mereka akan mene­mui kesesatan.."

Berhubung dengan ayat ini, sahabat Abdullah ibn Abbas berka­ta, "Maksud 'mensia-siakan solat' bu­kanlah meninggalkan solat sama sekali, tetapi melewatkannya dari waktunya". Imam Said ibn Al-Musayyab mempun­yai pendapat yang sama dengan saha­bat Abdullah ibn Abbas. Beliau berkata: "Mereka melaksanakan solat Zuhur di dalam waktu Asar, solat Asar di dalam waktu Maghrib, solat Maghrib di dalam waktu Isyak, solat Isyak ditangguhkan sehingga masuk waktu Subuh dan sol­at Subuh dilaksanakan selepas mataha­ri terbit. Sesiapa yang mati di dalam ke­adaan ini tanpa bertaubat, dia akan dihumban masuk ke dalam sebuah lem­bah yang bernama ghat' di dalam neraka dan diberikan makanan yang teramat ji­jik.." Hal ini disebutkan di dalam Al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa. Jika bersolat fardu di luar waktu sudah begini hukum­nya bayangkan azab yang bakal menim­pa mereka yang tidak bersolat fardu sa­ma sekali

Justeru melaksanakan solat far-du dalam waktu yang ditetapkan meru­pakan sebahagian daripada disiplin Is­lam yang wajib dilaksanakan. Mengikut Imam Bukhari dan Muslim, sahabat Abdullah ibn Masud pernah bertanya ke­pada nabi,
'Apakah amalan yang paling Allah sukai?"
Baginda menjawab, "Solat tepat pada waktunya."
Abdullah ibn Masud bertanya lagi, "Kemudian apa?"
Baginda menjawab, "Melakukan kebai­kan kepada kedua-dua ibu bapa."
Abdul­lah bertanya lagi, "Kemudian apa?"
Nabi menjawab, "Jihad kerana agama Allah."

Solat, Khusyuk dan Sains
Kajian-kajian sains menunjukkan meditasi mendatangkan banyak kebaiikan kepada kesihatan manusia. Pada ta­hun 1967 profesor Dr. Herbert Benson dari Fakulti Perubatan Harvard mendapa­ti mereka yang bermeditasi menggunak­an oksigen 17% lebih rendah daripada biasa. Di samping itu jantung mereka berdenyut dengan kadar yang lebih ren­dah daripada biasa dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelasnya. Gelombang theta ialah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada di saat yang amat menenangkan teruta­manya ketika hampir terlena. Dr. Herbert Benson berpendapat meditasi mampu meredakan tekanan (stress) dan menja­dikan seseorang lebih tenang lagi ceria.

Kajian yang melibatkan 90 orang pesakit kanser juga telah dilakukan. Mer­eka bermeditasi selama tujuh minggu. Kumpulan yang mengamalkan meditasi ini didapati kurang diserang masalah ke­sugulan, keresahan dan kemarahan ber­banding kumpulan yang tidak berme­ditasi. Tambahan dari itu mereka yang bermeditasi didapati lebih bertenaga dan kurang mengalami sakit jantung ser­ta masalah pada sistem penghadaman. Kajian ini diterbitkan di dalam majalah Psychosomatic Medicine tahun 2000.

Solat yang dilakukan secara khusy­uk boleh diibaratkan seperti meditasi yang melebihi meditasi biasa. Maksud­nya, dalam solat yang dilakukan secara khusyuk memang terdapat unsur-unsur meditasi, tetapi ia berbeza dengan me­ditasi biasa kerana solat yang dilakukan oleh umat Islam ialah satu ibadah. Kali­mat-kalimat dalam solat adalah pilihan Allah dan Rasul, bukannya pilihan ma­nusia biasa, dan ketenangan yang di­peroleh adalah ketenangan kurniaan Al­lah. Lebih dari itu mereka yang bersolat dengan ikhlas akan mendapat rahmat daripada Allah.

Solat dan Yoga
Ada orang mengatakan solat adalah yoga. Sebenarnya solat bukanlah se­naman ataupun yoga. Bagi orang-orang Islam solat adalah lebih agung dari seba­rang senaman termasuk yoga. Solat ialah zikir yang paling mulia. Dalam surah Al­ Ankabut ayat 45 Allah berfirman,

"Dan zikrullah (iaitu solat) adalah lebih besar keutamaannya."

Dalam Al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa, disebutkan, "Berka­ta Imam Nasafi, (ayat ini menunjukkan) solat adalah lebih besar dari segala keta­atan yang lain."

Berhubung dengan yoga, Journal of the Royal Society of Medicine men­ganggapnya sebagai "salah satu sistem pembangunan insan yang tertua yang merangkumi jasad, akal dan rohani." Yoga mempunyai kedudukan serta ger­ak badan tertentu yang dikenali sebagai asanas. Ketika mengamalkan yoga ses­eorang akan duduk pada kedudukan ter­tentu untuk jangka masa tertentu den­gan melafazkan kalimat-kalimat mantra yang tertentu di samping bernafas secara teratur. Salah satu kedudukan yoga atau asanas yang terpenting ialah Sirshasana (headstand). Ia dikenali juga sebagai Raja Yoga atau King of Yoga. Di kedudukan ini seorang pengamal yoga akan meletak­kan kepalanya ke bumi dan di peringkat kemuncaknya akan meluruskan badan agar kakinya berada di atas. Sayangnya kedudukan sebegini tidak dapat dilaku­kan oleh semua orang. Oleh kerana ke­sannya yang positif yoga menjadi amat popular pada hari ini. Doktor-doktor di Harvard Bering kali menyuruh pesakit­ pesakit mereka mengamalkan yoga ber­tujuan untuk menjaga kesihatan.

Jika dilihat secara menyeluruh, me­mang terdapat beberapa unsur yoga di dalam solat. Solat merupakan ibadah yang merangkumi "jasad, roh dan akal." Ia mempunyai kedudukan serta gerak badan tertentu yang dikenali sebagai ru­kun fi'li. Ia juga mementingkan gerak hati yang sentiasa ikhlas kepada Allah dan ini dikaitkan dengan rukun qalbi. Ia ju­ga mempunyai kalimat-kalimat terten­tu yang perlu dilafazkan dan ini dikait­kan dengan rukun qauli serta zikir.

Salah satu kedudukan terpenting dalam solat ialah sujud. Di kedudukan ini seseorang akan meletakkan kepalanya di bumi dan di kedudukan itu darah dari jantungnya akan turun ke otak dengan mudah sekali. Berbeza dengan sirshasana, sujud dapat dilakukan oleh hampir semua orang.

Namun solat adalah lebih dari yoga kerana ia adalah ibadah yang berdasar­kan wahyu. la adalah aktiviti penyem­bahan kepada Yang Maha Pencipta yang memerlukan disiplin kerana ia terikat dengan waktu. Seseorang yang hendak bersolat wajib membersihkan jiwanya dari kesyirikan terlebih dahulu sebelum memasuki solat untuk mengesakan Al­lah. Di samping itu pembersihan jasad dengan berwuduk adalah diwajibkan. Oleh kerana ia adalah aktiviti pengabdian, pemakaian seseorang juga perlu men­jurus kepada pengabdian dengan menu­tup aurat. Solat tidak hanya merupakan aktiviti individu, ia juga merupakan ak­tiviti kelompok. Justeru solat berjemaah adalah diwajibkan pada masa-masa ter­tentu berpandukan cara dan syarat yang telah ditetapkan. Justeru jika dibanding­kan dengan yoga, solat adalah lebih leng­kap dan komprehensif dan kesan jangka panjangnya adalah lebih mendalam.

Faedah-Faedah Solat
Solat yang dilakukan akan meng­gugurkan dosa seseorang. Imam Muslim meriwayatkan, nabi bersabda,

"Solat yang lima menghilangkan dosa sebagaimana air menghilangkan daki."

Dalam riwayat yang lain oleh Imam Muslim, nabi ber­sabda,

"Solat menghapuskan dosa yang berlaku di antara
satu solat dengan satu yang lain melainkan dosa-dosa besar."

Solat membina jati diri seseorang. Imam Abu A]-Aliyah berkata, "Solat mem­punyai tiga keistimewaan, dan jika tidak ada ketiga-tiga ini di dalam sesuatu sol­at, solat itu dianggap tidak berfaedah sa­ma sekali. Keistimewaan-keistimewaan itu ialah ikhlas, khusyuk dan zikrullah. Ikhlas akan membawa seseorang kepa­da yang makruf, khusyuk akan mence­gahnya dari perbuatan mungkar dan zi­krullah akan membantunya melakukan yang makruf dan mencegahnya dari yang mungkar". Hal ini disebutkan di dalam Tafsir Al -Azhar oleh Hamka.

Di camping itu, solat menguatkan jiwa seseorang sehingga memampukan­nya meninggalkan kekejian dan kemung­karan. Dalam surah Al-Ankabut ayat 45, Allah berfirman,

"Sesungguhnya solat dapat mencegah
seseorang dari perbua­tan keji dan mungkar."

Apabila peribadi unggul seperti ini dapat dibentuk me­lalui solat, keluarga dan masyarakat akan menjadi aman dan selamat.

Solat mendidik umat Islam menjadi pengurus masa yang baik. Dalam surah An-Nisak ayat 103, Allah berfirman,

"Ses­ungguhnya solat adalah satu ketetapan berwaktu
yang diwajibkan ke atas orang­orang mukmin."

Oleh kerana solat fardu yang lima terikat dengan waktu, mere­ka yang bersolat perlu prihatin dan pe­ka dengan waktu kerana solat yang di­lakukan di luar waktu dengan sengaja dianggap sebagai tidak sah dan bakal mendatangkan dosa. Kepekaan kepada waktu ini jika diperkembangkan kepa­da seluruh kehidupan akan menjadikan umat Islam satu golongan yang meng­hargai masa. Golongan yang menghargai masa pasti akan cemerlang.

Solat juga membentuk disiplin. Di antara perkara yang wajib dilaksanakan sebelum bersolat ialah mengambil wuduk, dan wuduk tidak dianggap sah melainkan dengan tertib. Tertib bermak­sud, yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Demikian juga ketika bersolat, tertib wajib dipe­lihara.. Jika seseorang mendahulukan amalan yang sepatutnya dikemudiank­an, sebagai contoh, melakukan sujud se­belum qiarn dan takbiratul ihram, solat­nya dianggap tidak sah. Latihan-latihan seperti ini mampu melahirkan insan yang celik prosedur lagi berdisiplin sekali gus menjadikannya efisien di dalam se­tiap pekerjaan.

Solat mendidik umat Islam agar mementingkan ilmu. Hal ini disebabkan ketika melaksanakan solat berjemaah, imam yang memimpin solat hendaklah dipilih dari kalangan mereka yang beril­mu. Mengikut Imam Muslim dan Ah­mad, nabi bersabda,

"Hendaklah yang mengimami sesuatu
kaum itu mereka yang lebih tabu tentang Al-Quran.
Jika kemampuan mereka sama di sudut ini,
pilihlah dari kalangan yang lebih mema­hami sunnah.."

Makmum yang berada di belakang imam juga perlu menguasai il­mu kerana kadangkala imam terlupak­an sesuatu di dalam solatnya. Justeru, Is­lam mengarahkan agar makmum yang berdiri hampir dengan imam adalah dari kalangan mereka yang berilmu. Mengi­kut Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi, nabi bersabda,

"Hendaklah mereka yang pandai lagi
baligh bersolat dekat denganku, kemudian
mereka yang seumpama mereka, kemudian mereka
yang seumpamanya.."

Tekanan jiwa atau stres sering me­landa manusia dan solat mempunyai penawar yang mampu meredakannya. Hal ini disebabkan solat mengandun­gi zikir dan zikir jika dilakukan dengan khusyuk mampu mendamaikan hati. Dalam surah Taha ayat 14 Allah berfir­man,

"Dan tegakkanlah solat untuk berzikir kepadaKu."

Oleh kerana sol­at benar-benar mendamaikan hati nabi pernah berkata,

"Bangunlah wahai Bilal (untuk azan)
dan rehatkanlah kami den­gan solat."

Justeru, rugilah mereka yang tidak bersolat. Kerugian mereka amat be­sar sekali.
Read rest of entry

MEKAH PUSAT BUMI DAN IBADAT



MEKAH atau juga disebut Bakkah, tempat di mana umat Islam melaksanakan ibadah haji dan umrah terbukti sebagai tempat yang pertama diciptakan Allah SWT dan sebagai pusat bumi. Nabi SAW bersabda maksudnya: "Adalah sama tengah bumi itu ialah kaabah".

Dari tanah itulah Allah SWT menjadikan dada Nabi Adam a.s. Bahawa yang pertama berada pada Kaabah Allah itu para malaikat, kemudian dijadikan Adam selama 2,000 tahun sebelumnya.

Kemudian daripada itu para malaikat itu selalu memakmurkan Kaabah Allah itu dengan beramal kepada-Nya, sebelum Nabi Adam dijadikan oleh Allah SWT.

Selepas itu Allah dengan kehendak- Nya untuk menjadikan Adam di syurga. Kemudian Allah memerintahkan untuk turun ke bumi ini, dengan segala hikmah-Nya.

Maka turunlah Nabi Adam di sebuah pulau Sarandip, dan setelah dikurniakan Allah pada suatu tingkat di syurga, kemudian Allah berfirman maksudnya: "Wahai Adam, berjalanlah engkau", Maka ia pergilah berjalan sehingga sampai pada negeri Hindi/India. Setelah itu kemudian berdiamlah Nabi Adam di sana pada jangka waktu berselang lamanya.

Maka Nabi Adam merasa berdukacita dan kemudian Allah berfirman maksud-Nya: "Wahai Adam, pergilah menunaikan haji kepada Kaabah Allah. Maka pergilah Nabi Adam, dan setiap bekas jejak kakinya itu menjadi hutan rimba dan padang luas/gurun, sehingga tibalah Nabi Adam di Mekah serta bertemulah dengan para malaikat, seraya malaikat itu berkata: "Wahai Adam, berbahagialah haji tuan hamba, dan kami ini sudah sejak 2,000 tahun yang lalu mengerjakan haji pada kaabah ini.

Maka Nabi Adam berkata kepada malaikat itu: "Bagaimana bacaan pada waktu tawaf itu? Jawab malaikat itu kami membaca tasbih sebagai berikut: Subahanallahi wal-hamdulillahi wa la ila ha illallahu wallahu akbar.

Kemudian Nabi Adam bertawaflah di kaabah itu, serta membaca tasbih kepada-Nya dan Nabi Adam mengerjakan haji setiap tahun sekali dan seterusnya semasa hidupnya itu.

Pada riwayat Ibnu Abbas r.a menyebutkan: "Ketika Allah SWT menurunkan Nabi Adam AS ke bumi, maka Allah berfirman maksud-Nya: Wahai Adam, buatkanlah sebuah istana-Ku, kemudian Nabi Adam membuat/membina Kaabah atau Baitullah al-Haram untuk mematuhi atas perintah-Nya.

Kemudian setelah itu kaabah dibina dengan lima buah batu bukit.

Pertama, bukit Tursina, kedua, bukit Hira', ketiga, bukit Uhud, keempat, bukit Juddi dan kelima, bukit Baitulmaqdis.

Menurut kajian ilmiah, bahawa bola bumi ini pada mulanya tenggelam di dalam air iaitu samudera yang sangat luas. Kemudian gunung api di dasar samudera ini meletus dengan keras dan mengirimkan lava dan magna dalam jumlah yang besar yang membentuk bukit.

Bukit itulah tempat Allah memerintahkan untuk menjadikan lantainya dari Kaabah (kiblat). Batu asal Mekah dibuktikan oleh kajian ilmiah sebagai batu paling purba di bumi.

Setelah itu Allah terus menerus memperluas dataran dari tempat ini. Jadi tempat ini merupakan tempat yang paling tertua di dunia. Nabi SAW bersabda maksudnya: "Kaabah itu adalah sistem tanah di atas air, dari tempat itu bumi ini diperluaskan".

Arah kiblat

Prof. Hussain Kamel, menemukan suatu fakta mengejutkan bahawa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia.

Untuk tujuan itu, ia menarik garis-garis pada peta, dan setelah itu ia mengamati dengan saksama posisi ketujuh benua terhadap Mekah dan jarak masing-masing.



Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan projek garis bujur dan garis lintang. Ia kagum dengan apa yang ditemukan, bahawa Mekah merupakan pusat bumi atau dunia. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos, 197 .

Gambar-gambar satelit yang muncul kemudian pada tahun 90-an menekankan hasil dan natijah yang sama, ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan.

Telah menjadi teori yang mampan secara ilmiah bahawa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama masa geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan itu terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke arah Mekah.

Allah berfirman maksud-Nya: Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan penduduk (negeri-negeri di sekelilingnya). (asy-Syura: 7).

Kata Ummul Qura bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.

Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.

Ada beberapa ayat dan hadis nabawi yang memperkuatkan fakta ini. Allah berfirman maksud-nya: Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan). (ar-Rahman: 33).

Berdasarkan ayat ini dan beberapa hadis dapat difahamkan bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan langit.

Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.

Nabi SAW bersabda maksudnya: "Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit".

Berdasarkan kajian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia.

Hal ini akan mengakhiri kontroversi yang timbul pada empat dekad yang lalu oleh kalangan Barat.

Ada banyak perdebatan ilmiah untuk membuktikan bahawa Mekah merupakan wilayah kosong bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut. Jika waktu Mekah diterapkan, maka mudah bagi setiap orang mengetahui waktu solat.

Arah lawan jam

Dalam Islam, ketika seseorang sedang tawaf di sekitar kaabah, maka ia memulai dari Hajar Aswad, dan gerakannya harus berlawanan dengan arah jarum jam.

Hal itu adalah penting mengingat segala sesuatu di alam semesta dari atom hingga galaksi itu bergerak berlawanan dengan arah jarum jam.

Begitu juga peredaran darah manusia mulai gerakan berlawanan dengan arah jarum jamnya. Perputaran bumi pada porosnya dan di sekeliling matahari juga secara berlawanan dengan arah jarum jam.

Matahari dengan semua sistemnya mengelilingi suatu titik tertentu di dalam galaksi dan semuanya berputar berlawanan dengan arah jarum jam.

Sementara itu, jika dilihat orang-orang yang tawaf di sekeliling kaabah tidak putus-putus sepanjang masa mengelilingi kaabah, siang dan malam berterusan tidak henti-hentinya, sampai ke akhir zaman.

Ini membuktikan kota Mekah adalah kota suci tertua dan sebagai simbol tamadun peradaban umat manusia serta ibadah dan sebagai pusat bumi atau dunia seperti dirakamkan dalam al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW.
Read rest of entry

FLOURIDA



APA ITU FLUORIDA?
Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.

MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?
Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.

Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.

Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.


MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?
Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.


KES MAHKAMAH
Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah "Dental Fluorosis" (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.


PENYELIDIKAN AWAM
Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.

Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia."


AMARAN & PANDUAN
Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap Ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun/bahaya:


"WARNING: KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN UNDER 6 YEARS OF AGE. IF YOU ACCIDENTALLY SWALLOW MORE THAN USED FOR BRUSHING, SEEK PROFESSIONAL HELP OR CONTACT A POISON CONTROL CENTER IMMEDIATELY."
/
“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”




FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:

- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit

BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?-SEMESTINYA!
Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida. Lihat jadual tersebut:


SUMBER MAKLUMAT:
Panduan CAP, Bahan Penyebab Kanser Dalam Kosmetik & Produk Kegunaan
1.

http://www.fluoridealert.org/



2.

http://www.muslimconsumer.org.my/fluorida/

Read rest of entry

JOM TANGANI STRES



Tekanan atau stres hidup sudah menjadi lumrah kehidupan zaman moden, yang dihadapi oleh semua peringkat umur, tidak kira jantina, bangsa dan agama. Bukan hanya golongan dewasa yang dilimpahi stres di tempat kerja, rumah, jalan raya dan pergaulan masyarakat, malahan kanak-kanak juga dibelenggu pelbagai punca stres. Akan tetapi stres adalah satu perkara yang biasa dalam kehidupan manusia yang normal dan setiap orang akan mengalami stres pada sesuatu masa dalam kehidupannya. Stres adalah hakikat kehidupan yang tidak boleh dielakkan. Stres adalah respons fizikal, emosi dan mental yang berlaku kepada seseorang apabila tuntutannya tidak dapat dipenuhi.

Apakah itu stres?

Stres adalah reaksi tubuh badan terhadap rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bunyi yang kuat, bau yang busuk atau kata-kata kesat. Stres berlaku apabila tuntutan tidak setanding dengan kebolehan dan kemahiran daya tindak seseorang. Stres juga boleh diertikan sebagai faktor fizikal dan emosi yang menyebabkan tekanan ke atas minda dan tubuh badan. Ia mungkin mengakibatkan penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung koronari dan kemurungan.

Apakah punca-punca stres?

Punca-punca stres terdiri daripada :

1. Dalam diri
* Cita-cita dan harapan yang terlalu tinggi
* Rasa tidak selamat
* Pengalaman zaman kanak-kanak
* Peristiwa dalam kehidupan
* Perwatakan / personaliti
* Dilema dalam membuat keputusan
* Stres keibubapaan

2. Sosial
* Berpindah rumah
* Konflik keluarga, penceraian, krisis hidup
* Stres perkahwinan dan rumah tangga
* Perhubungan interpersonal yang bermasalah
* Masalah di tempat kerja
* Cabaran kehidupan di kota atau di bandar
* Masalah/ perubahan persekitaran
* Masalah kewangan

3. Psikologi
* Jenis Personaliti
* Tragedi
* Hilang orang yang dikasihi
* Kurang keyakinan diri
* Takut untuk gagal

4. Biologi
* Penyakit fizikal yang kronik
* Perubahan dalam tubuh (remaja)

Kenali tanda-tanda stres anda…

1. Tanda-tanda fizikal
* Kering mulut
* Gementar
* Sakit kepala
* Masalah tidur
* Perubahan selera makan
* Cepat letih
* Lenguh-lenguh badan
* Jantung berdebar-debar
* Pernafasan semakin laju
* Sakit perut
* Cirit-birit
* Sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya
* Letih lesu

2. Tanda-tanda psikologi
* Gelisah
* Hilang sabar
* Mudah marah
* Lemah semangat
* Risau dan bimbang
* Kurang minat dan tumpuan terhadap aktiviti seharian
* Mudah lupa
* Takut gagal
* Rendah diri
* Keresahan
* Tidak merasa seronok
* Bosan
* Low mood dan murung

3. Tanda-tanda tingkah laku
* Merokok berlebihan
* Penggunaan ubat-ubatan yang tidak terkawal
* Memikir atau bercakap tentang mencedera atau membunuh diri
* Tingkahlaku impulsif dan agresif (buli, vandalisme)
* Penyalahgunaan dadah dan alkohol
* Masalah tabiat makan

Amalkan tips mudah tangani stres serta merta...Amalkan 10B

1. Bertenang
Bertenang boleh membantu mengurangkan stres dengan menghentikan kitaran stres di peringkat permulaan.

2. Bernafas secara dalam
Pernafasan melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam.

3. Berkata : Relakslah....
Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stres.

4. Beribadat
Berzikir, berdoa dan beribadat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan.

5. Berkongsi perasaan/masalah dengan seseorang
Perasaan/ masalah adalah sesuatu yang tak sepatutnya dipendam, sebaliknya harus dikongsi dengan orang yang dipercayai seperti bercakap dengan ahli keluarga atau kawan-kawan. berkongsi perasaan/ masalah akan melegakan dan mengurangkan stres dalam diri.

6. Berurut
Dalam keadaan stres, otot-otot di leher, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari. Berurut (leher, bahu, kepala, kaki) boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah.

7. Berehat & mendengar muzik
Berehat sambil mendengar muzik yang lembut akan menenangkan fikiran.

8. Beriadah
Aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit/gunung, berkhemah, melakukan hobi atau aktiviti yang disukai boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan stres.

9. Bersenam
Bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin, dan akan mengurangkan ketegangan otot dan stres.

10. Berfikiran Positif
Berfikiran positif ialah melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif. Tumpukan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.

Dengan melakukan kaedah 10B, kesan fizikal stres seperti denyutan jantung laju, marah, rasa gelisah, gementar dan sakit kepala dapat dikurangkan.

Maklumat lanjut,

http://www.infosihat.gov.my/isusemasa.php?&id=49

Read rest of entry

MENANGANI RASA ENGGAN MEMBERI



Orang yang tidak memaafkan, akan sentiasa ‘diikat’ oleh orang yang tidak dimaafkannya. Sebaliknya, jika kita memaafkan, nescaya kita akan terlepas daripada ikatan kemarahan yang membakar diri sendiri. Justeru, Allah telah mengingatkan dalam Al Quran agar kita menolak satu kejahatan dengan satu kebaikan.

Langkah memaafkan orang lain termasuklah dalam erti menolak satu kejahatan dengan kebaikan. Berilah kemaafan, maanfaatnya besar untuk diri dan orang lain. Sebaliknya, tidak memafkan meletakkan kita sebagai calon penghuni rumah sakit jiwa!

Berikut adalah antara kebaikan memberi maaf:
• Hati akan lebih tenang.
• Wajah akan bersih.
• Semangat kerja akan tinggi.
• Penyakit akan cepat sembuh.
• Hidup akan menjadi berkat.
• Murah rezeki.
• Mendapat lebih ramai sahabat.

Anehnya, manusia masih enggan memberi sekalipun hanya memberi maaf, senyuman dan kata-kata yang baik. Mengapa? Berikut adalah antara sebab-sebab mengapa manusia enggan memberi:

• Memberi akan mengurangkan.
• Orang yang menerima tidak berterima-kasih.
• Tidak ada apa-apa yang hendak diberi.
• Takut dieksploitasi & dimanupulasi.
• Tidak adil setelah kita penat berusaha.
• Tidak mendapat balasan (sia-sia).

Mari kita tangani setiap alasan untuk tidak memberi itu. Berikut adalah beberapa alasan mengapa kita tidak memberi dan bagaimana cara untuk menanganinya. Insya-Allah. Jom sama-sama kita mujahadah untuk amalkan!

i) MEMBERI AKAN MENGURANGKAN

Sayyidina Ali ra berkata, “rezeki kamu adalah apa yang telah kamu gunakan dan yang apa yang telah kamu belanjakan ke jalan Allah.”
Apabila kita “memberi” hakikatnya kita memberi kepada kita sendiri kerana semuanya menjadi “saham” di akhirat. Ramai tokoh-tokoh korporat yang berjaya hari ini kerana niat awal mereka berniaga adalah untuk mengeluarkan zakat.

Memmberi sebahagian harta seperti mana yang kerap dianjurkan oleh Al Quran, akan membersih dan menyuburkan harta. Metaforanya sama seperti mencabut sebahagian anak pokok sayur di atas batas. Dengan mencabutnya sebahagiannya, pokok sayur yang lain akan tumbuh lebih subur dan lebat.

Keinginan untuk memberi juga adalah dorongan yang kuat untuk berusaha (mencari rezeki). Untuk memberi mesti memiliki. Untuk memiliki kita mesti mencari. Oleh itu dorongan untuk memberi menyebabkan kita berusaha dengan lebih gigih. Kita akan mengamlakan prinsip 3 M dalam berusaha – Mencari, Menyimpan dan Memberi.

ii) ORANG YANG MENERIMA TIDAK BERTERIMA-KASIH

Ini lumrah alam (sunatullah). Jika kita ingin hidup dengan majoriti manusia yang berterima-kasih kita perlu berada di planet lain. Jika kita mengharapkan terimasih atas kebaikan yang kita lakukan, nescaya kita akan sakit jiwa kerana ramai manusia tidak pandai berterima-kasih di dunia ini. Jika ada ucapan terima kasih, baru kita boleh memberi, kita bukan sahaja akan kecewa bahkan itu menunjukan kita orang yang ego.

Allah yang Maha Memberi pun tidak mendapat balasan terima-kasih daripada hamba-Nya. Allah sendiri mengakui hakikat ini menerusi firman-Nya:
“Cari ayat: Sangat sedikit dikalangan hamba-Ku yang bersyukur.”
Namun apakah dengan itu Allah berhenti memberi? Tidak. Allah terus memberi walaupun hamba-Nya tidak pandai berterima kasih (bersyukur). Lalu siapakah kita untuk berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat balasan terima kasih?

iii) TIDAK ADA APA-APA YANG HENDAK DIBERI

Jangan sempitkan rezeki dengan ‘menyempitkan’ pengertiannya. Rezeki bukan hanya wang ringgit dan harta, jika itulah pengertiannya sudah tentu kita tidak selalu ‘ada’ untuk memberi. Luaskan pengertian rezki maka “banyaklah” rezeki kita untuk diberikan kepada orang lain. Rezeki bukan hanya berbentuk material tetapi tenaga, doa, ilmu, kata-kata yang baik, pimpinan, senyuman, pandangan yang baik juga termasuk rezeki. Kalau demikian, tertolaklah alasan untuk tidak memberi kerana tidak ada apa yang hendak diberikan.

iv) BIMBANG DIEKSPLOTASI DAN DIMANUPULASI.

Mesti diimbangi antara sangka baik dengan sifat berhati-hati. Jangan terlalu prasangka dan jangan pula percaya secara membabi-buta. Lihat dan telitilah dahulu berdasarkan fakta dan data-data lahiriah. Kemudian memberilah jika dirasakan hasil pemerhatian lahiriah kita orang itu patut menerima pemberian kita.

Jangan cuba-cuba menebak hati manusia. Urusan hati orang yang menerima bukan soal kita. Sekiranya, tersilap orang pun pasti pemberian kita akan mendapat pembalasan daripada Allah, jika tidak dunia, pasti di akhirat. Insya-Allah. Jangan terlalu berhati-hati hingga jatuh ke tahap prasangka dan curiga. Relakanlah riri dieksploitasi dan dimanupulasi untuk kebaikan.

v) TIDAK ADIL UNTUK KITA YANG BERUSAHA.

Dengan apa kita berusaha? Apakah modal kita? Modal usaha kita semua daripada Allah. Tenaga, fikiran dan apa jua milik kita hakikatnya diberikan oleh Allah. Allah memberi untuk kita memberi. Allah memberi kepada hamba-Nya melalui saluran hamba-hamba-Nya yang lain. Mesti kita sedari bahawa kita adalah ‘saluran’ Allah untuk memberi. Oleh kerana itulah Allah menggunakan kalimah ‘KAMI’ (keterlibatan pihak lain) apabila menjelaskan tentang pemberian rezeki-Nya.

Adalah tidak terpuji sekiranya kita tidak memberi kerana ia samalah dengan menyekat saluran rezeki daripada Allah untuk orang lain. Hakikatnya ‘kepunyaan’ kita yang hendak diberikan itu bukanlah kepunyaan kita tetapi kepunyaan Allah yang diperintahkan-Nya untuk diberikan kepada orang lain. Manusia ialah ‘peminjam’ bukan ‘pemilik’. Memulangkan pinjaman adalah adil. Sebaliknya tidak memberi itulah kezaliman yang nyata.

vi) TIDAK MENDAPAT BALASAN.

Individu yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, pasti menolak anggapan memberi tidak akan mendapat balasan. Bukankah Allah telah berfirman:
“*Cari ayat: Sebesar zarah kebaikan akan mendapat balasan (kebaikan).”
Malah pembalasan daripada Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Keyakinan kepada Allah dan hari Akhirat sangat penting sebagai dorongan untuk kita memberi.

Malah ganjaran atas kebaikan yang kita lakukan bukan hanya di akhirat tetapi ia dirasai di dunia lagi. Di dunia, orang yang memberi akan mendapat ‘ketenangan’ hati. Hakikatnya, mereka “berzikir” dengan anggota (rujuk isu utama Solusi Edisi ke-10: Mencari Bahagia). Orang kaya hakikatnya “berzikir” (zikir fikli) apabila menginfakkan hartanya. Ulama berzikir ketika menyampaikan ilmunya. Pemimpin sedang berzikir ketika memimpin dengan kuasa dan kewibawaannya. Dan semua ini akan berikan ketenangan di dunia.

Dalam sebuah hadis panjang yang diriwayatkan oleh Al Tirmizi dan Ahmad Nabi Muhammas saw telah bersabda tentang dialog Allah dengan para malaikat yang begitu kagum melihat penciptaan gunung, kemudian besi, kemudian api, kemudian air, kemudian angin… Malaikat bertanya, “Ya, Allah! Adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dari semua itu? Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, “Ada, yakni amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui.”

Walaupun hadis tersebut menjelaskan betapa pentingnya ikhlas dalam amalan, tetapi ia secara tidak langsung menunjukkan keutamaan memberi. Ya, untuk berjaya (dunia dan akhirat) kita hendaklah menteladani orang yang berjaya. Semua mereka adalah terdiri daripada orang yang sangat komited dengan memberi.

Jika anda miskin, jangan jadikan itu alasan untuk tidak memberi. Jadilah simiskin seperti Sayidina Ali Karamallahuwajhah. Dia tetap memberi walaupun hidup dalam kemiskinan. Sesungguhnya dia sangat menyedari apa yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah saw bahawa Allah cinta kepada orang yang pemurah, namun Allah lebih cintakan orang miskin yang pemurah. Hanya satu sahaja penghalang untuk memberi… lemah iman!
Read rest of entry

DEMI CINTA!



Marilah sama-sama kita berusaha… memperbaiki diri.”

“Kemudian saling doa mendoakan – pinta hidayah Allah dalam bermujadah. Kali ini saya ingin berkongsi lagi.. “Demi cinta” ini saya tulis agak tergesa-gesa. Mencuri-curi masa ditengah kesibokan menjalankan program di Port Dickson ini. Mari sama-sama kita kongsikan…”

DEMI CINTA!

Hidup terlalu singkat untuk membenci. Memaafkan pasangan hidup kita seperti memaafkan diri sendiri! Kesalahannya yang besar sekalipun wajar dimaafkan apatah lagi yang sengaja diperbesar-besarkan oleh kita sendiri.

Tirulah sifat Al A’ffu (Maha Pemberi Maaf) Allah SWT… yang terus-terusan memaafkan kesalahan hamba-Nya selagi kitam sudi bertaubat. Hanya dosa syirik, selain itu… pengampunan Allah tidak bertepi dan “bertapi” lagi.

Jadi siapakah kita yang tidak mahu memaafkan kesalahan suami atau isteri kita? Kita hanya manusia yang turut berdosa… Apakah kita terlalu suci untuk tidak memaafkan dosa orang lain? Sesungguhnya, manusia lain berhak mendapat kemaafan sesama manusia. Dan manusia yang paling berhak mendapatkan kemaafan itu tidak lain tidak bukan ialah isteri atau suami kita.

Kerana cinta Allah terus sudi memaafkan, dan kerana cinta jugalah kita seharusnya sudi memaafkan kesalahan pasangan kita hanya kerana mengharapkan kemaafan Allah. Ingatlah, kita mencintai mereka bukan kerana mereka mencintai kita, tetapi kerana perintah Allah agar mencintai mereka!

Katakan kepada diri, betapa sukar sekalipun, kau wajib memaafkan. Memang kadangkala ada tingkah lakunya, tutur katanya atau sikapnya yang terlalu menyakitkan hati… Ditahan-tahan rasa, ditutup-tutup mata, dipujuk-pujuk jiwa, tetapi kesalahan itu terbayang dan terkenang jua. Hendak melupakan? Ah, jauh sekali. Sekadar memaafkan pun begitu berat terasa di hati.

Bila datang perasaan semacam itu di hati mu… sedarlah ketika itu Allah menguji cinta mu! Allah bukan sahaja menguji cinta mu kepadanya, tetapi menguji cinta mu kepada-NYA.. Pada ketika itu terujilah cinta kita, apakah benar-benar cinta kerana Allah atau cinta hanya mengikut perasaan atau cinta nafsu? Memang, orang yang paling dapat membuat diri mu marah ialah orang yang paling kau cintai. Jadi bila kita diuji begini katakan pada diri… Oh, Tuhan Kau sedang mengajarku erti cinta dan sabar.
Jika benar cintakan dia kerana cintakan DIA (Allah), maka mudahlah kita mengorbankan perasaan marah. Justeru sesungguhnya cinta itu sentiasa mengatasi dan mendahului rasa marah. Jika cinta kalah oleh marah, itu menunjukkan cinta kita belum benar-benar cinta! Kita bukan cintakannya, tetapi hanya cintakan diri kita sendiri.

Kemaafan itu akan memberi ketenangan bukan sahaja untuk isteri atau suami mu tetapi buat hati mu sendiri. Percayalah, kebencian dan kemarahan kita terhadap seseorang (lebih-lebih lagi kepada orang yang kita cintai) adalah lebih menyeksa diri sendiri berbanding dia yang kita marahkan. Kemarahan seumpama ‘bom jangka’ yang menunggu saat untuk meledak di dalam diri kita. Ia boleh menjelma menjadi satu penyakit cinta yang sangat menyakitkan. Nama penyakit itu ialah “benci tapi rindu”.

Sekali lagi, untuk mendapat ketenangan dalam hidup… berilah kemaafan. Kata ahli psikologi, bila kita memaafkan barulah kita ‘bebas’ dari belenggu individu, peristiwa dan keadaan yang kita marahkan itu. Selagi belum memaafkan, selagi itulah apa yang kita marahkan sentiasa melekat pada diri dan hati kita. Kemarahan itu adalah “api” dalam hati kita. Ia panas dan membahang dalam diri. Manakala kemaafan umpama salju dingin yang akan memadamkannya.

Justeru, memaafkan pasangan adalah tradisi atau “life style” orang-orang yang soleh. Sayidina Umar memaafkan isteri yang meleterinya. Sayidina Ali pernah memaafkan Siti Fatimah yang pernah mengguris perasaannya. Kita tentu ingin meneladani mereka bukan? Bermulalah dengan sesuatu yang mudah, maafkan orang yang hampir dengan kita. Siapa lagi, kalau bukan isteri atau suami?

Islam menuntut kita memaafkan musuh kita sekalipun… Apatah lagi memaafkan isteri atau suami sendiri. Ingat, kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Bahagia itu bukan dengan mendapat, tetapi dengan memberi. Bukan hanya memberi keperluan fizikal dan material tetapi keperluan jiwa dan emosi, itulah kemaafan. Dan hakikatnya suami atau isteri kita lebih berhak untuk mendapat kemaafan itu sebelum kita memaafkan orang lain!

Anehnya kita sukar memaafkan orang yang masih hidup. Kita lebih mudah memaafkan orang yang telah mati. Sedangkan kemaafan itu penting untuk orang yang nasuh hidup, bukan untuk orang yang telah mati. Bayangkan, isteri atau suami kita tiba-tiba sahaja meninggal dunia dan kita tidak sempat memaafkannya, tenangkah hati kita ketika ditinggalkan oleh sidia buat selama-lamanya? Sedangkan masih ada yang “tidak selesai” antara hati-hati kita berdua?

Atau kita sendiri yang tiba-tiba meninggal dunia, bolehkah kita kembali dengan tenang sebelum memberi kemaafan kepada orang lain? Jangan bertangguh lagi, maafkanlah, kerana tanpa kemaafan itu kita akan diburu rasa bersalah sepanjang hayat sekiranya salah seorang kita pergi menghadap Ilahi dahulu.

Percayalah! Saya pernah mendengar cerita betapa ada seorang suami yang kematian isteri, yang hingga kini masih terseksa jiwanya akibat tidak memaafkan isterinya yang tiba-tiba mati dalam satu kemalangan yang tidak disangka-sangkanya. Mintalah kemaafan, dan berilah kemaafan, jika benar kita sedari mati itu datang tiba-tiba!

Telah berapa kali saya ulangi bahawa jika kita tidak maafkan orang lain, samalah dengan tidak memaafkan diri sendiri. Hati kita akan lebih menderita kerana itu. Telah terbukti ramai penghuni rumah sakit jiwa adalah terdiri daripada mereka yang bakhil… Bakhil kerana harta? Bukan! Tetapi terlalu bakhil untuk memberi satu kemaafan. Jangan lokek untuk memberi maaf, jika tidak, hidup kita akan sentiasa diselubungi stres, murung dan resah walaupun mungkin tidak sampai dihantar ke rumah sakit jiwa.

Kekusutan fikiran bukan disebabkan oleh sakit urat saraf tetapi kerana emosi kehampaan, kekecewaan, kekhuatiran, kerisauan dan ketakutan akibat benci dan marahkan sesuatu, seseorang atau keadaan. Penyakit ini tidak dapat diubati oleh sebarang pil, antibodi ataupun vaksin… tetapi hanya oleh tindakan memaafkan orang lain. Memberi maaf itu adalah terapi dan penawar jiwa yang lara.

Seorang ahli falsafah, Plato pernah berkata,“kesalahan ahli perubatan ialah cuba mengubat tubuh badan tanpa mengubat fikiran. Sedangkan fikiran dan jasad adalah satu dan tidak harus dirawat berasingan.” Insya-Allah, sekiranya penyakit jiwa dan fikiran diubati terlebih dahulu maka penyakit lahiriah akan dapat diubati dengan mudah. Siapa doktornya? Bukankah diri kita sendiri? Apakah ubatnya? Ya, sikap pemaaf.

Justeru antara adab tidur yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk diamalkan oleh kita ialah memaafkan kesalahan orang lain. Setelah membaca “4 Qul”, doa tidur dan zikir-zikir yang lain, kita diminta memaafkan semua kesalahan orang lain pada hari itu. Dan “orang lain” yang paling dekat dan hampir dengan kita ialah teman tidur di sebelah… siapa lagi kalau bukan isteri atau suami kita.

Maafkanlah kesalahan pasangan kita sebelum episod hari itu berakhir. Jangan simpan dalam “fail” di hati sanubari kita. “Delete” segera sebelum ia bertukar menjadi virus yang akan merosakkan rasa cinta, sayang, kemesraan dan kerinduan antara kita suami isteri. Jangan lagi fikirkan “sepatutnya, dia tidak boleh buat begitu atau begini…” Selagi masih ada fikiran yang semacam itu, maka selagi itulah tidak akan ada rasa ingin memaafkan atau meminta maaf.

Siapa kita yang sepatutnya dilayan, dihormati dan dibelai mengikut jangkaan kita sendiri? Sebenarnya, jangkaan kita dalam satu-satu itulah yang menyebabkan berlakunya keretakan.

“Isteri ku sepatutnya bersikap begini terhadap ku. “

“Suami ku tidak sepatutnya bersikap begitu dengan ku.”

Jangkaan-jangkaan inilah yang menimbulkan kekecewaan apabila ia tidak berlaku seperti yang kita jangkakan. Dan anehnya itulah yang sentiasa berlaku. Kenapa? Jawabnya mudah, dunia dan kehidupan tidak seperti yang kita jangkakan. Oleh itu jangan menempah sakit jiwa dengan sering menjangkakan sesuatu yang tidak mampu dan tidak sepatutnya dijangka. Sebaliknya, terima atau jangkalah sesuatu yang tidak dijangkakan!

Justeru, bila berlaku sesuatu yang tidak dijangkakan bersumber dari pasangan kita, maka sikap memaafkan adalah penawar yang paling melegakan. Oh, sepatutnya begitu, tetapi dia begini, tak apalah… aku maafkan. Aku akan terus mengingatkannya, mendidiknya dan mendoakannya. Semua itu kerana aku masih dan terus cintakannya. Bila ada maaf, itu petanda ada cinta. Tiada ungkapan, “tiada maaf bagi mu” selagi ada rasa cinta.

Kekadang ada yang terlalu sukar memaafkan pasangannya. Mereka ini sentiasa kesal, menyesal dan kecewa atas kesalahan, kekurangan dan kelemahan suami atau isterinya. Mereka yang diserang penyakit “benci tapi rindu” ini akan menyeksa diri sendiri. Kekadang isteri dimarahi, diherdik dan dicaci pada siang hari, namun pada malamnya dia akan tidur bersamanya lagi. Rasulullah SAW sangat membenci sikap suami yang begitu.

Mereka yang sukar memaafkan pasangan hidup akan terseksa sepanjang hidup. Hidup dalam kebencian, kesepian, kemurungan dan rasa bosan yang berpanjangan. Bila dekat timbul jemu, bila jauh timbul rindu. Jadi maafkanlah selagi dia menjadi teman hidup mu. Petanda cinta mu akan ke syurga ialah rumah tangga mu di dunia menjadi tenang, damai dan harmoni. Apalagi yang boleh menyumbangkan ke arah itu kalau bukan kemaafan?

Kata ahli psikologi, “Tuhan boleh mengampunkan segala dosa kita, tetapi sistem saraf kita tidak.” Maksudnya, sistem saraf tidak akan bertolak ansur dengan ketegangan dan kerisauan. Dan jauh lebih lama sebelum itu Rasulullah SAW telah mengingatkan, matilah kamu dengan marah mu!

Saudara/i ku, aku yang menulis ini pun masih bermujahadah untuk memaafkan. Lalu di akhir catatan rasa dan gurisan jiwa ini, ku hadiahkan sebuah puisi seadanya. Tentang gelombang rasa dan gejolak jiwa sendiri dalam sebuah episod dalam hidup ku sendiri. Sudi apalah kiranya kau tatapi bersama…

SUKARNYA MEMAAFKAN

Aku benci rasa ini
Walaupun ia bertandang di laman hati
Kenapa kau menjelma semula
Setelah menghilang sekian lama

Kau kah itu yang pernah menghadiahkan
Satu luka berdarah yang menyakitkan
Kenapa perlu ku temui lagi warna pilu
Ketika kau lalu di tepian kalbu

Ah, terasa segalanya terlalu laju
Bila batas-batas masa dikira
Puluhan tahun tidak lama
termanggu aku seketika…
di pinggiran nostalgia
… sukarnya memaafkan
….sukarnya melupakan

Segalanya kini sudah berubah
Sejak ikatan hati itu terungkai
Episod demi episod telah mendewasakan…
Kita semakin matang mentafsirkan!
Kalau benar cintakan Allah…
Hati kita tak kan terpisah

Dan entah kenapa tiba-tiba kini…
Kita dipertemukan semula
…di persada kemaafan
bila butiran wahyu menyapa
Tuhan semulia itu pun bisa memaafkan
Lalu dendam luruh seluruh…
Walau di awalnya terasa susah sungguh!
Read rest of entry

KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN




Apakah jenis jenis gaya keibubapaan?


Ibu bapa lazim menggunakan beberapa gaya seperti yang dinyatakan di bawah:
Gaya Keibubapaan

Ciri-ciri

1. Berwibawa (Authoritative)

* Ibubapa tegas dan boleh mengawal keadaan

* Sedia mendengar pandangan anak

* Boleh bertolak ansur jika perlu

* Anak-anak membesar dalam suasana penuh kemesraan

* Kanak-kanak dijangka untuk berkelakuan intelektual seiring umur dan sosial mereka.


2. Mengabaikan atau cuai (Neglecting)

* Ibubapa tidak ambil peduli di mana anak mereka berada, apa aktiviti yang dilakukan, siapa kawan-kawannya, tidak tahu hal ehwal pelajarannya serta suasana persekitaran sosial anak mereka.

* Ibubapa terlalu buntu atau sibuk dengan kehidupan dan tugas mereka.


3. Memanjakan (Indulgent)

* Ibubapa hanya menurut keperluan dan tuntutan anak.

* Kurang menetapkan batasan terhadap anak.


4. Kuku besi (Authoritarian)

* Ibu bapa yang terlalu mengawal ketat dan tidak boleh bertolak ansur dengan anak-anak

* Menetapkan harapan tinggi dan tidak munasabah terhadap anak-anak

* Gagal menjalinkan kemesraan dan komunikasi dua hala.


Apakah gaya keibubapaan yang lebih sesuai ?

1. Gaya keibubapaan berwibawa kerap dirujuk sebagai Keibubapaan yang positif. Ia adalah gaya keibubapaan yang paling berkesan. Ibubapa yang berwibawa adalah ibubapa yang:
* Peka dengan perlakuan anak dan memberi galakan, rangsangan serta bimbingan melalui pendekatan disiplin yang asertif dan tidak kasar.
* Berinteraksi secara positif, disamping menyemai emosi yang bersesuaian serta bertanggungjawab.
* Dapat membantu anak-anak mengawal diri dengan menetapkan batasan dan peraturan rumah.

2. Gaya keibubapaan yang lain adalah kurang berkesan.


Apakah kebaikan dari gaya keibubapaan yang positif?

1. Mengeratkan hubungan antara ibubapa dan anak
2. Meningkatkan rasa harga diri anak
3. Mengalakkan disiplin diri anak
4. Mengajar anak berfikir untuk diri sendiri
5. Menyediakan peluang untuk ibubapa membimbing anak
6. Membantu anak mempunyai kawalan diri.

Apakah keburukan gaya keibubapaan yang negatif?

1. Merendahkan rasa harga diri anak
2. Anak gagal mempunyai sikap asertif
3. Anak menjadi tidak bertanggungjawab dan kurang matang
4. Perhubungan antara ibubapa dan anak menjadi kurang mesra
5. Anak yang kerap memprotes secara melampau


Cadangan ke arah menjadi ibu bapa yang positif.


Cadangan

1. Luangkan masa berkualiti bersama anak

Memperbaiki perhubungan sihat antara ibu bapa dan anak.
Menyediakan peluang kepada ibu bapa untuk mengenali, memahami dan membimbing anak

1. Minta izin anak untuk turut serta (contoh: "Boleh ibu / ayah bermain dengan awak?")
2. Tunjukkan yang anda berminat dengan aktiviti anak anda (contoh: "Tengah buat apa tu? ; Boleh tunjuk abah macamana nak main ni?)
3. Raikan kejayaan apabila anak telah mencapai sesuatu (contoh: "Wow, awak dapat jawapan yang tepat. Hebatnya!")

2. Kerap menggunakan ungkapan pujian

Penggunaan pujian amat penting. Pujian membuat kanak-kanak memahami apakah tingkalaku yang baik, merasai ibu-bapa menyayanginya dan dapat meningkatkan rasa harga dirinya.

Kata-kata negatif tidak membantu malahan boleh merosakkan rasa harga diri anak.
Anak tidak dapat belajar cara memperbaiki dirinya bila disindir atau dimaki. Malah perasaan takut dan marah akan bersarang dalam dirinya. Contoh: takut melakukan kesilapan, takut ibu-bapa akan memarahi atau memukulnya jika ia tidak melakukan sesuatu dengan baik. Akhirnya anak akan terus takut untuk mencuba.

1. Panggil anak dengan namanya atau panggilan yang mesra.
2. Pastikan anda menjelaskan kepadanya apa kebaikan yang telah dilakukannya.
3. Nyatakan perasaan anda ("ibu gembira dengan apa yang awak lakukan; "syabas! Ayah amat bangga")
4. Beri perhatian tambahan terhadap perlakuan positifnya melalui sentuhan, dakapan, ciuman atau tepukan.
5. Luahkan pujian serta merta dan secara konsisten setiap kali mereka berkelakuan baik.

3. Tetapkan peraturan dan undang-undang di rumah

Setiap keluarga mesti mempunyai peraturan di rumah yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh ahli keluarga.

Anak perlu tahu apa yang seharusnya mereka patuh. Adalah penting setiap ibubapa menyatakan dengan jelas kepada anak akan peraturan-peraturan tersebut. Kerap berlaku di mana ibubapa memarahi anak apabila berlaku sesuatu masalah tanpa memperjelaskan perlakuan yang diingini mereka.

Apabila anak berkelakuan yang tidak wajar:

1. Terangkan apakah tingkahlaku yang tidak baik (Contoh: memukul kawan yang mengambil alat permainannya)
2. Jelaskan mengapa tingkahlaku itu tidak wajar
3. Tunjukkan padanya perlakuan pilihan yang lebih sesuai.
4. Terangkan kepadanya apakah kesan positf dari tingkahlaku yang sesuai.

Contohnya: "Menjerit, meraung dan memekik adalah tidak sopan dan bising. Jika kamu perlahankan suara kamu dan beritahu saya apa yang kamu mahu dengan sopan barulah saya akan dengar permintaan kamu itu."
Bawa bertenang. Bercakaplah dengan gaya yang tenang dan sopan. Anak anda akan meniru perbuatan anda.

Jangan marah anak anda semasa anda merasa amat marah kerana pada masa itu anda tidak dapat berfikir dengan baik. Akibatnya anda gagal menjadi contoh yang baik untuk anak anda belajar mengawal perasaan marahnya nanti.

4. Jangan peduli / jangan ambil endah

Ada ketikanya ibubapa akan menegur tingkahlaku anak tetapi anak tetap berbuat sebaliknya dari apa yang dikehendaki ibubapa.
Pada ketika ini amat penting untuk ibubapa memahami bahawa anak mahukan perhatian dengan perbuatan tersebut. Oleh itu ibubapa tidak patut mengendahkan perbuatan anak itu. Langkah ini dipanggil "ignoring" atau "tak ambil endah"

Langkah yang patut dilakukan adalah:

1. Jangan pandang ke arahnya
2. Jangan bercakap dengannya
3. Asingkan diri darinya seperti keluar dari bilik

Ibubapa perlu faham bahawa anak kadangkala mahu menguji kesabaran ibubapa. Oleh itu jangan endahkan ia pada masa itu sehingga ia berkelakuan seperti yang diingini.
Apabila ini berlaku, beri perhatian kepadanya dan bertanya apa yang dikehendakinya. Amat penting untuk anak faham bahawa hanya kelakuan yan baik sahaja yang akan mendapat perhatian ibubapa.

5. Anak membuat keputusan

Amat penting membimbing anak berfikir untuk diri sendiri dan ibubapa perlu menolong anak melalui proses atau langkah-langkah membuat keputusan. Elakkan terus membuat keputusan untuk anak.

1. Pastikan apakah masalahnya.
2. Bantu anak berfikir cara-cara menyelesaikan masalah
3. Tentukan langkah yang boleh diambil. "Lakonkan" cara penyelesaian itu
4. Tanya anak jika itu cara yang boleh dilakukan
5. Cuba penyelesaian itu.
6. Bincang bersama jika cara itu berkesan. Jika cara itu tidak berkesan, ulang balik proses membuat keputusan

6. Kemahiran tambahan

Keibubapaan adalah satu cara hidup. Pelbagai situasi boleh timbul dari masa kesemasa yang menuntut kemahiran tambahan

1. Beri anak anda pilihan untuk menggalakkan ia membuat keputusan seperti "Awak hendak makan atau...."
2. Beri peringatan awal kepada anak sebelum waktunya seperti "30 minit lagi masuk waktu tidur"
3. Jika anda mahu anak anda menurut kehendak anda, beri arahan yang anda hendak ia lakukan dengan kata kerja seperti "Tolong simpan mainan kamu", "Jalan perlahan-lahan", "Cakap baik-baik"
4. Gunakan langkah 'Apabila..... kemudian" untuk menjelaskan kepada anak anda kesan tingkahlakunya seperti "Apabila kamu siap membasuh pinggan, kamu boleh bermain dengan kawan-kawan"
5. Biarlah tuntutan atau harapan anda bersesuaian dengan apa yang anak anda boleh lakukan.

Maklumat lanjut,

http://www.infosihat.gov.my/

Read rest of entry

SINARAN MATAHARI



Pengenalan

* Aktiviti luar seperti bersukan, berenang, meredah hutan, mendaki gunung dan berkayak menyebabkan pendedahan kepada cahaya matahari untuk tempoh masa yang panjang
* Kesan pendedahan kepada cahaya matahari yang terlalu lama tanpa penggunaan pelindung kulit, boleh menyebabkan kanser kulit


Risiko
Pendedahan kepada cahaya matahari yang lama boleh menyebabkan:

* Kulit terbakar (Sunburn) - menyebabkan kerosakan kulit yang kekal
* Penuaan pra-matang - kedutan kulit yang ketara, kulit kasar dan bertompok-tompok
* Kanser kulit - kesan daripada pendedahan cahaya matahari yang lama
* Kerosakan mata akibat sinaran ultra violet (UV)

Tiga cara bagaimana cahaya ultra violet (UV )boleh merosakkan kulit:

* Cahaya UVA menyerap jauh ke dalam kulit. Ia boleh bertindak balas dengan sesetengah ubat dan kosmetik menyebabkan kulit terbakar teruk
* Cahaya UVB akan sampai ke lapisan atas kulit dan merupakan agen primer yang menyebabkan kulit terbakar
* Kebanyakan kesan cahaya UVC akan diserap oleh alam sekeliling (atmosfera) dan ini tidak menyebabkan kerosakan kulit

Tanda dan gejala
Kesan terbakar kepada cahaya matahari yang sederhana:

* Kulit merah dan sedikit bengkak, gatal kulit dan berasa panas serta kering
* Otot anda mungkin berasa sakit dan kulit akan menggelupas selepas beberapa hari

Kesan terbakar kepada cahaya matahari yang teruk:

* Kulit sangat merah, bengkak dan menggelupas
* Anda mungkin mengalami kesakitan yang kuat dan tidak dapat menahan sakit apabila baju tersentuh kulit anda
* Anda mungkin demam, rasa sejuk, lemah badan; dan perlu mendapatkan nasihat doktor dengan segera

Kemerahan kulit boleh bermula dalam masa 2-4 jam sebaik sahaja terdedah kepada sinaran matahari dan mencapai tahap kemuncak 24-48 jam kemudian.

Langkah pencegahan

* Elakkan dari terdedah kepada sinaran matahari antara jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang kerana pada waktu ini sinaran matahari amat terik
* Gunakan topi atau pelindung untuk mengelakkan dari terkena matahari pada bahagian tengkuk, kepala dan mata
* Pakai pakaian yang sesuai dan gunakan cermin mata hitam untuk mengelakkan terkena kesan cahaya ultra violet
* Gunakan krim pelindung sinaran matahari yang melindungi daripada pancaran UVA dan UVB, serta mempunyai sekurang-kurangnya SPF 15 walaupun pada waktu mendung

Adakah anda tahu bahawa terdapat bahan pelindung cahaya matahari secara semula jadi di kulit yang dipanggil melanin?

* Melanin merupakan pigmen semula jadi yang menyerap sinaran ultra violet dan menyebabkan kulit berubah dari cerah ke kuning ke perangan
* Melanin melindungi kulit daripada kerosakan pancaran sinar ultra violet oleh matahari
* Secara umumnya, orang yang berkulit cerah mempunyai kandungan melanin yang kurang dan ini menjadikan ia lebih sensitif kepada sinaran ultra violet

Langkah berjaga-jaga
Sesetengah ubat, kosmetik dan ubat kimia bertindak balas dengan cahaya matahari menyebabkan kulit merah atau terbakar:

* Ubat alahan dan ubat gatal
* Antibiotik
* Ubat penenang
* Ubat kencing manis
* Ubat jerawat
* Pil perancang keluarga
* Racun serangga
* Sesetengah bahan antibakteria yang terdapat dalam sabun atau pencuci muka
* Bahan pewangi dalam sabun atau minyak wangi
* Sesetengah produk herba terutamanya yang berasaskan limau, seleri, dan herba dari kumpulan St. John's Wort



Sekiranya anda mengambil ubatan, sila dapatkan nasihat ahli farmasi sama ada terdapat bahan tersebut di atas dalam ubatan anda yang boleh menyebabkan kulit sensitif pada sinaran ultra violet.
Berhati-hati dan lindungi diri anda dari matahari sekiranya anda menggunakan ubat tersebut.

Maklumat lanjut,

http://www.infosihat.gov.my/

Read rest of entry

TIP RAIH PENDAPATAN DARI LAMAN BLOG



TAHUKAH anda dengan hanya menulis blog, seseorang blogger (penulis blog) mampu memperoleh pendapatan tinggi? Jika penulis blog itu berpengaruh dengan jumlah kunjungan pembaca di laman blognya sangat tinggi, lebih besar pendapatan mampu diraihnya.

Sumber pendapatan bagi blogger datang daripada iklan produk yang dipaparkan dalam laman blog mereka. Sejumlah bayaran akan diterima seseorang blogger berdasarkan beberapa faktor seperti tempoh iklan disiarkan; jumlah klik pada capaian (link) iklan dan terma lain yang dipersetujui antara pengiklan dan blogger.

Sejak pengiklanan menerusi blog diperkenalkan, senario penulisan blog juga berubah. Jika dulu kebanyakan blogger menjadikan blog sebagai ruang untuk meluahkan idea, mencatat diari atau kisah harian tanpa memikirkan soal keuntungan, ramai blogger sekarang mengubah rentak penulisan menepati kriteria laman blog yang menjana wang.


Dapat dilihat, gaya penulisan blogger yang bersifat santai sebelum ini, berubah kepada lebih sensasi dan kreatif. Ini adalah cara penulis blog menarik lebih ramai kunjungan pembaca serta kadar trafik. Hasilnya, pasti pengiklan tertarik mengiklankan produk dalam blog berkenaan.

Apabila ada iklan dalam blog, blogger lazimnya membuat ulasan mengenai produk yang dipaparkan dalam iklan terbabit selepas mencubanya.


Sesuai dengan kedudukan laman blog sebagai media baru dan pengaruhnya dalam menyebarkan maklumat, laman blog menjadi antara medium baru untuk sektor pengiklanan. Konsep pengiklanannya tidak jauh berbeza daripada bahan bacaan bercetak seperti akhbar dan majalah, cuma iklan menjadi lebih menarik kerana faktor kelebihan blog yang bersifat digital.


Bagi golongan blogger pula, kewujudan pengiklanan menerusi blog adalah peluang baik untuk mendapatkan pendapatan sampingan daripada hobi ini. Namun, ada blogger tidak berminat mengejar peluang meraih pendapatan biarpun blog mereka popular. Ini kerana mereka mungkin lebih senang menulis blog dengan bebas tanpa perlu memikirkan bagaimana hendak menarik perhatian lebih ramai pembaca dan pengiklan.

Biar apapun, tidak salah merebut peluang di depan mata. Asalkan jangan terlalu ghairah ‘membuat duit’ hingga tujuan asal menulis blog tersasar jauh. Jika ini berlaku, blogger juga akan kehilangan pembaca setia.

Berbicara lanjut mengenai pengiklanan di blog termasuk kriteria blog pilihan pengiklan, kolum Tanya Pakar menemubual Pengasas Bersama merangkap Pengarah Eksekutif Nuffnang, pelopor komuniti pengiklanan blog Asia, Timothy Tiah.

Ilham menubuhkan komuniti timbul ketika Tiah menuntut di luar negara. Ketika menjalani latihan praktikal, Tiah membangunkan laman web yang menawarkan perkhidmatan menghubungkan guru tuisyen dan pelajar. Menyedari perlunya mengiklankan perkhidmatan yang ada di laman web berkenaan, Tiah melihat potensi pengiklanan blog sebagai kaedah memasarkan produk.

Sehubungan itu, sejurus tamat pengajian, Tiah pulang ke Malaysia serta menubuhkan syarikat pengiklanan blog bersama rakan kongsi, Cheo Ming Shen. Komuniti ini berkembang begitu pantasi. Dalam tempoh sehari, seramai 300 ahli mendaftar di syarikat ini.

Ikuti temubual ini...

Bagaimana pengiklanan menerusi blog ini berlaku?

Seseorang blogger yang berminat menjadi komuniti Nuffnang akan mendaftar blog mereka dengan kami. Mereka akan mendapat kod ahli masing-masing.

Ciri-ciri blog mereka kemudian direkodkan untuk dirujuk apabila Nuffnang berurusan dengan syarikat yang hendak mengiklan. Bagi blogger secara individu, agak sukar untuk mereka ‘memasarkan’ blog mereka, jadi Nuffnang menjadi orang tengah antara blogger dan pengiklan.

Apakah kriteria blog yang dapat menarik iklan?

Seperti biasa, blog mestilah tinggi dari segi trafiknya. Ini bermakna ia sentiasa dikunjungi ramai pembaca. Selain itu, isi kandungan penulisan blog perlulah menarik perhatian untuk orang ramai membacanya.

Kumpulan sasaran pembaca blog juga boleh menjadi faktor pemilihan blog oleh pengiklan. Pengiklan lebih cenderung memilih blog yang pembacanya merangkumi golongan sasaran produk mereka.

Bagaimana dengan gaya penulisan? Adakah ia memainkan peranan dalam mendapatkan peluang pengiklanan?

Dari segi gaya penulisan, ia agak subjektif. Banyak juga blog yang gaya penulisannya sangat ringkas dan santai tapi disukai ramai pembaca. Selagi isi kandungannya bagus dan mendapat kunjungan pembaca yang ramai, tentunya blog itu yang menjadi pilihan pengiklan.

Berapa banyak bayaran yang boleh diperoleh seseorang blogger bagi iklan yang disiarkan dalam blog mereka?

Ia bergantung kepada tahap atau peringkat mana seseorang blogger itu. Lazimnya, blogger yang dikenali ramai serta mempunyai hit yang tinggi, bayaran untuk iklan yang diterima mereka juga tinggi.

Ada antara blogger menerima RM4,000 hingga RM5,000 untuk sebuah iklan.

Adakah iklan sekadar disiarkan di laman blog atau blogger diberi peluang mencuba produk terlebih dulu?

Ada berbagai pendekatan. Kadangkala, mereka hanya menyiarkan saja iklan di laman blog. Ada juga ketikanya, mereka meminta blogger mencuba dulu produk yang hendak diiklankan serta membuat ulasan.

Produk yang sering diiklankan melalui blog lazimnya produk barangan atau perkhidmatan yang diperlukan orang ramai.

Bagaimana agaknya tahap perkembangan pengiklanan blog tempatan jika dibandingkan dengan negara lain?

Bagi negara di rantau ini, Australia boleh dikatakan mendahului negara lain dari segi kecenderungan pengiklanan melalui blog. Ini diikuti Malaysia di mana syarikat pengeluar produk makin terbuka untuk mengiklankan produk mereka dalam talian.

Namun, ini tidak bermakna pengiklanan blog akan ‘mengambil tempat’ media lain sebagai medium pengiklanan utama. Saya percaya, media seperti akhbar dan televisyen masih mempunyai kuasa pengiklanan kerana ramai yang masih menganggapnya sumber hiburan utama.

Blog cuma menambah lagi pilihan medium pengiklanan masa kini.

Apa tip bagi blogger menjana pendapatan melalui laman blog mereka?

Saya sentiasa percaya, apabila kita menulis blog - tidak kira apapun tujuannya dan jika orang menyukainya, peluang untuk menjana pendapatan itu datang dengan sendiri.

Tidak perlu bertungkus-lumus atau mencuba sedaya-upaya menjadikan blog anda popular atau dipilih pengiklan. Jadilah diri anda sendiri. Memanglah blog yang boleh menjana wang memerlukan kadar trafik tinggi, namun sebagai seorang blogger mereka mesti berusaha menulis dengan baik.
Read rest of entry

Thursday, December 3, 2009

SABILY -UBUNTU VERSI ISLAMIK

Sabily diambil dari Bahasa Arab bermaksud – Jalan, dalam Bahasa Melayu.





Sabily adalah sebuah sistem operasi seperti microsoft window dan Mac OS X. Tanpa sistem operasi ini sebuah komputer akan menjadi tidak berguna. Perlu diingat bukan Window sahaja yang terdapat di dunia ini untuk di jadikan OS komputer anda, ada banyak lagi OS yang dibangunkan secara percuma seperti Ubuntu,Opensuse,Slax, dan berbagai yang lain lagi.



Antara yang menarik Ubuntu Muslim Edition – Sabily. Dibangunkan khas untuk orang Islam. Software utama yang dimuatkan dalam Sabily adalah Zekr (Mashaf-Othman) – Bacaan dan terjemahan Al-Quran. Minbar – Aplikasi waktu solat, Kalendar Hijrah dan beberapa aplikasi tambahan lain.

Software biasa yang dimasukkan seperti OpenOffice (word processor, spreasheet, presentation), Firefox (web browser), Pidgin (instant messaging), F-spot (photos management), Gimp (image manipulation program) dan software multimedia lain.

Sabily ini mengambil contoh dari Ubuntu dan mengubahsuai menjadi OS edisi muslim dan yang lebih menarik lagi, Sabily ini dibina oleh sukarelawan dari seluruh dunia. Anda juga boleh terlibat dalam membentuk versi Sabily yang lebih baik lagi.

Berminat??silalah download..ada 3 cara download..salah satunya kita boleh download pakai torrent,dan failnya sekitar 3Gb...

Anda perlu download fail ISO Sabily dan burn ke DVD, kemudian boot atau start komputer anda dengan DVD tersebut, boleh memilih sama ada ingin install atau mencuba terlebih dahulu. Jangan risau, jika anda mencuba, ia tidak mengganggu sistem operasi sedia ada. Anda juga boleh mencuba terus didalam windows dengan menggunakan Virtual Box image tanpa mengganggu sistem operasi windows anda.








Maklumat lanjut,

http://www.sabily.org/website/

Read rest of entry

ALLAH MENCIPTA BUMI DAN SEMESTA INI MELALUI "BIG BANG"?

The Large Hadron Collider (LHC) is the world's largest and highest-energy particle accelerator complex, intended to collide opposing beams of protons (one of several types of hadrons) with very high kinetic energy. Its main purpose is to explore the validity and limitations of the Standard Model, the current theoretical picture for particle physics. It is theorized that the collider will confirm the existence of the Higgs boson. This would supply a crucial missing link in the Standard Model and explain how other elementary particles acquire properties such as mass.



Akhirnya pada tanggal 10 September, saintis2 ini telah melakukan eksperimen mereka yang pertama, iaitu eksperimen untuk mengesahkan teori "big bang" yang menakrifkan kejadian bumi adalah berpunca daripada perlanggaran partikel2/zarah2 hardon jutaan tahun yg lampau.

Ramai yang mempertikaikan kajian ini dengan bermacam-macam alasan termasuk akan memusnahkan bumi, memberi kesan buruk pada manusia....sehinggalah ke kelompok yang melabelkan kajian ini sebagai sesat bertujuan untuk mencabar kejadian Allah yang menciptakan keseluruhan alam semesta ini.





Namun, kita sepatutnya melihat kajian ini dari sudut yang amat positif. Sebagai seorang Islam, aku memang yakin yang Allah jua yang menciptakan semesta ini, tapi kita tidak boleh menolak mentah2 akan cara kejadiannya. Mungkin betul bumi terhasil akibat letusan kuat di cakerawala (big bang)....itu rahsia Allah. Semua ini tidak mustahil bagiNya. Ini bertepatan dengan Surah Al-Hadiid (besi) ayat 25:

"Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa."



Para Saintis Islam dan barat bersetuju bahawa besi dan logam amnya bukanlah unsur asal dari bumi, tetapi logam datangnya dari letusan dari sumber selain bumi, kemudian logam ini menghentam bumi dan menghasilkan taburan jisim, jenis dan kualiti berlainan, mengikut kesesuaian geografi dan suhu penyejukan tempat tersebut.

Saintis juga meramalkan bahawa pembentukan bumi juga berlaku sedemikian, iaitu terdapat satu letupan yang kuat yang dikenali sebagai BIG BANG. Letupan yang dasyat itu menyebabkan berlakunya hentaman unsur-unsur seperti silica (pasir, batu dll), logam (besi, kuprum, emas dll) dan segala unsur-unsur kimia (rujuk jadual berkala unsur kimia) yang kedapatan di bumi pada hari ini beserta dengan gas.



Tidak salah untuk mempercayai bahawa bumi ini diwujudkan oleh Allah hasil dari letupan dasyat atau dikenali BIG BANG, kerana Allah berkuasa melakukan segala-galanya. Jadi, maka jadilah. Jika diperhalusi, teras bumi kita masih lagi panas dan cair, menyerupai lahar gunung berapi atau lebih tepat seperti cairan logam dan gas yang terbakar dipermukaan matahari.



Dalam Surah Al-Anbiya' ayat 30...Allah berfirman:

“Apakah orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya bercantum satu kemudian Kami pisahkan (letupkan) antara kedua-duanya.”



Menurut teori 'big bang', alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlakulah satu letupan yang kuat ( cosmix explotion ) 10 hingga 20 bilion tahun yang lampau, yang dinamakan 'big bang'.

Sejak itu berlakulah pengembangan dan penyejukan ( expending and cooling ) sehingga akhirnya lahirlah bintang-bintang, galaksi dan seumpamanya.

Teori ini pada asalnya diasaskan dari formula General Theory of Relativity yang diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915. Kemudian, pada tahun 1922, seorang pakar fizik Rusia, Alexandar Friedmann mengembang dan mengukuhkan lagi teori ini. Pada tahun 1929, Edwin Hubble menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori 'big bang'. Dengan menggunakan alat yang canggih, beliau mendapati alam ini sedang mengembang.

Dalam Surah Az-Dzariyat, ayat 40...Allah berfirman:

"Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya."

So kalau benar2 la bumi dan semesta ini terhasil akibat big bang, ia adalah satu keajaiban ciptaan Allah yang menguasai seluruhnya. Sekiranya kajian ini berjaya, ia hanya akan mengesahkan lagi keEsaan Allah SWT yang telah menceritakan kejadian ini di dalam Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu. Ia juga akan meguatkan yang Al-Quran adalah mukjizat Muhammad SAW yang sentiasa sesuai sepanjang zaman, hinggalah ke hari kiamat.







Semoga para saintis hebat ini akan menerima hidayah Allah melalui kajian mereka yang mengkagumkan ini, sepertimana ramai pengkaji hebat yang lepas, yang akhirnya mengakui keEsaan Allah SWT melalui kajian/eksperimen yang mereka lakukan. Amin.........
Read rest of entry

PAY NOW, PLAY LATER



Hujung minggu yang lalu, seorang peserta kursus yang dijalankan oleh Fitrah Perkasa dari Bank Rakyat minta saya menjelaskan apa yang saya maksudkan dengan perkara yang perlu vs perkara yang kita suka dalam hidup dan bagaimana kita perlu mengamalkan prinsip itu dalam kehidupan?

Oleh sebab masa terlalu singkat, saya berjanji untuk menjelaskannya dalam blog ini. Mudah-mudahan penjelasan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada yang bertanya, saya yang menulis dan kepada anda semua yang membaca amin.

Berikut adalah penjelasan saya:

Dalam hidup, kita sentiasa berdepan dengan dua perkara. Pertama, perkara yang perlu kita lakukan. Kedua, perkara yang suka kita lakukan. Sudah menjadi “sunnatullah”, kedua-dua perkara itu saling bertentangan antara satu sama lain.

Biasanya perkara yang perlu kita lakukan adalah perkara yang tidak suka kita lakukan. Dan perkara yang kita suka lakukan adalah perkara yang tidak perlu kita lakukan.

Contohnya, sembahyang Subuh. Bila hampir masuknya waktu Subuh, perkara yang perlu kita lakukan ialah bingkas bangun, terus membersihkan diri, bersuci dan berwuduk. Itulah “perkara-perkara” yang perlu kita lakukan. Pada masa yang sama, apakah perkara yang suka kita lakukan?

Ya, diikutkan rasa, kita suka untuk terus tidur dan bersenang-senang. Bangun Subuh ialah perkara yang perlu kita buat, manakala terus tidur ialah perkara yang suka kita buat.

Bagi anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan pula, perkara yang perlu mereka buat ialah menelaah dan mengulang kaji. Sebaliknya, perkara yang suka mereka buat ialah bermain secara keterlaluan, berbual-bual kosong, menonton dan berhibur.

Untuk berjaya, mereka mesti menelaah dan mengulang kaji. Itu yang perlu mereka buat. Namun, sekiranya mereka terus berhibur dan melakukan perkara-perkara yang suka mereka buat, mereka akan gagal.

Tegasnya, untuk berjaya dalam hidup, kita mesti lakukan perkara yang perlu kita buat walaupun kita tidak suka melakukannya. Tidak ada pilihan, paksa diri untuk melakukannya! Lawan godaan dan rangsangan yang menggamit hati kita untuk melakukan perkara yang suka kita lakukan.

Dalam hidup, untuk berjaya dan bahagia kita perlu melakukan perubahan. Kita perlu keluar daripada “zon selesa” menuju “zon mencabar” kerana di zon yang mencabar itulah letaknya kemajuan, perkembangan dan peningkatan dalam kehidupan kita. Zon selesa ialah keadaan yang kita berada sekarang, sementara zon mencabar ialah keadaan yang kita inginkan pada masa depan.

Untuk mencapai apa yang kita inginkan, kita mesti melakukan perubahan. Kita perlu lebih berusaha, menambah ilmu dan berani melakukan langkah-langkah baru dalam kehidupan. Ringkasnya, kita perlu berubah. Tetapi perubahan itu “awkward”- yakni canggung, kekok dan tidak selesa sifatnya.

Oleh sebab itulah ramai yang tidak mahu berubah. Mereka ingin terus selesa di zon selesa walaupun terpaksa menerima nasib atau menanggung keadaan yang sama. Kesannya? Mereka terus gagal, hina, miskin, lemah atau jahil kerana enggan berubah.

Berlakulah apa yang sering diungkapkan:
“Orang yang berjaya ialah orang yang memaksa dirinya berubah manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!”

Hidup ini adalah perubahan. Kata bijak pandai, yang tidak berubah hanyalah perubahan. Manusia tidak akan mampu menahan perubahan. Ia mesti berubah, atau dipaksa berubah. Mereka yang berubah dengan rela akan berjaya. Manakala yang berubah dengan terpaksa akan gagal.

Contohnya, mereka yang memaksa diri untuk berjimat ketika berada, akan berjaya menguruskan ekonomi dan keadaan kewangannya dengan baik dalam keadaan apa sekalipun. Sebaliknya, orang yang boros, akan “terpaksa” berjimat apabila gaji mula dipotong, dibuang kerja atau ditimpa musibah.

Perokok tegar yang memaksa dirinya untuk tidak merokok akan berjaya melepasi belenggu ketagihannya, manakala yang terus berdegil akan terus merokok hinggalah diberitahu bahawa dia mengidap barah paru-paru!

Untuk melakukan perkara yang “perlu” dibuat walaupun kita tidak “suka” membuatnya, menagih ketabahan, keberanian dan istiqamah (konsisten). Ini semua seolah-olah “menyeksa” diri sendiri. Ketika orang lain nyenyak tidur menjelang Subuh, mampukah kita bangun?

Ketika kawan-kawan leka melayari Internet, bermain komputer atau “video game”, bolehkah kita terus belajar dan menelaah pelajaran?

No pain, no gain – tidak ada “kesakitan”, tidak ada ganjaran. Berakit-rakit ke hulu, berenang-berang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Begitu yang dipesan sejak dulu. Justeru, untuk berjaya “mujahadah” itu adalah wajib.

Mujahadah ertinya “berperang” dengan diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang sangat dibenci oleh hawa nafsu. Hawa nafsu hanya inginkan kejahatan, kelalaian dan keseronokan. Sebaliknya, ia sangat bencikan kebaikan, peringatan dan ketaatan.

Menentang hawa nafsu, samalah dengan menentang diri sendiri. Terseksa. Ini yang menyebabkan satu mujahadah selalu patah. Atau belum pun bermujahadah sudah mengaku kalah. Terlalu sayangkan diri untuk “disakiti”.

Padahal mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Letih sedikit, tak boleh. Hendaknya… banyak rehat. Pahit sedikit sudah mengeluh. Pedih sekelumit sudah mengaduh.

Dunia hakikatnya adalah gelanggang mujahadah. Kita di sini untuk “menanam”. Di sana (akhirat) nanti barulah kita menuai. Musim bertanam memanglah payah – mencangkul, membaja, menjaga dari serangga dan bermacam-macam-macam lagi kesusahan. Bila menuai nanti baru terasa nikmat dan seronoknya.

Dunia diumpamakan tempat “membayar”. Di akhirat nanti tempat “bermain”. Pay now, play later. Bayar di sini, “berseronoklah” di sana. Apa sahaja di dunia ini menuntut bayaran. Pilihlah, sama ada untuk membayar dahulu, atau membayar kemudian. Tetapi sekiranya kita membayar dahulu, kejayaan di kemudian hari akan menjadi lebih manis dan bererti.

Orang mukmin sentiasa rela bersusah payah untuk melakukan ketaatan, kebajikan dan kebaikan. Hidupnya, terlalu sibuk dengan ibadah. Berpindah dari ibadah khusus kepada ibadah umum, berpindah lagi kepada ibadah sunat. Begitulah sehari semalam, sentiasa berpindah dari satu ibadah ke satu ibadah.

Banyak kepahitan yang perlu ditempuh oleh orang mukmin untuk menempah syurga selaras dengan sabda Rasulullah SAW:
“Syurga dipagari dengan kesusahan, manakala Neraka dipagari oleh keseronokan.”
Sebaliknya, bagi orang kafir dan fasik mereka berpegang kepada konsep: Play now, pay later. Demikianlah kehidupan, tidak ada yang percuma. Apatah lagi kehidupan di syurga.

Justeru marilah sama-sama kita berpesan agar rela menerima “kepahitan” yang sedikit dan sementara demi menikmati kemanisan yang banyak dan abadi di sana. Oh, alangkah jahilnya kita sekiranya rela menanggung seksa yang begitu dahsyat dan kekal di akhirat hanya kerana nikmat yang sedikit dan sementara di dunia.

Sebaliknya, kita bijak kalau terus bermujahadah untuk melakukan perkara-perkara yang perlu dilakukan sehinggalah tiba ketikanya kita boleh melakukan apa sahaja perkara yang kita suka melakukannya. Di mana? Bila? Jawabnya, di SYURGA!

Saudaraku, aku sudah menunaikan janjiku. Jalannya tidak ada lain.. BERMUJAHADAHLAH.

Hingga ketemu lagi! Insya-Allah. Amin.
Read rest of entry

Tuesday, December 1, 2009

RUPA BARU BIMA SAKTI



Baru-baru ini, para saintis telah pun mengumumkan (bukan harga minyak baru...) bentuk terkini galaksi Bima Sakti yang kita duduki sekarang.

Sebelum ini, kita sering diberi gambaran bahawa Bima Sakti merupakan sebuah jenis galaksi berpusar (spiral) dan mempunyai 4 atau lebih lengan-lengan disekelilingnya.

Masalah yang terpaksa dihadapi oleh para saintis ialah begitu banyak debu-debu di angkasa yang menghalang cahaya yang datang dari bintang-bintang yang berjauhan dari bumi.



Namun apabila kaedah baru digunakan untuk mencerap kedudukan bintang-bintang ini dilakukan, didapati Bima Sakti merupakan sebuah galaksi yang tidak kompleks. Ia hanya mempunyai 2 lengan utama dan 2 lengan kecil.

Kumpulan saintis yang diketuai oleh Robert Benjamin, dari University of Wisconsin, menggunakan data dari tinjauan gelombang pertengahan inframerah teleskop angkasa Spitzer untuk menghasilkan peta terbaru galaksi kita. Untuk pengetahuan semua, gelombang pertengah inframerah amat sesuai untuk digunakan kerana ia boleh menembusi debu dan habuk dengan berkesan.

Lengan-lengan Bima Sakti diberi nama berdasarkan kawasan buruj di langit, lengan Sagittarius, lengan Scutum-Centaurus, lengan Perseus dan lengan Norma. Kajian menunjukkan bilangan bintang-bintang bertambah banyak di kawasan lengan Scutum-Centaurus, tetapi tidak bertambah bagi lengan Sagittarius dan Norma.

Selain dari itu, lengan Scutum-Centaurus bersambung dengan sempurna dengan 'palang sentral' Bima Sakti. Bima Sakti tidak mempunyai pusat galaksi yang bulat , tetapi ia berbentuk palang/silinder (cuba lihat ilustrasi).

Maklumat lanjut boleh dicapai di http://www.skyandtelescope.com/news/home/19599619.html
Read rest of entry
 

PAUTAN MINI




 

KOKURIKULUM

SOCUT PERAK SCOUT MALAYSIA PUTERI ISLAM PBSM KRS

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Followers

About Me

Abu Ruqaiyah, Tn. Hj. Mohamad Sahrin Bin Kadmo. Salah seorang pereka elaporan program j-QAF untuk kegunaan pihak Sekolah, PPD, JPN & BPK.