Saturday, January 16, 2010

MENENTUKAN ARAH KIBLAT - KAEDAH INTERNET



Sebagai seorang muslim, mencari arah kiblat yang tepat adalah penting untuk tujuan sembahyang kepada Allah. Adakah anda pasti, posisi arah kiblat yang anda amalkan sekarang tepat ke arah Kaabah di Mekah. Sekiranya anda melancung ke luar daripada kawasan anda seperti ke luar negara sbg contoh, tidaklah rumit untuk mencari arah kiblat yang betul. Sebenarnya mencari arah kiblat zaman sekarang adalah senang berbanding masa lampau, dengan bantuan kompas dan internet. Berikut adalah kaedah yang tepat yang boleh digunakan untuk mencari arah kiblat di seluruh dunia.

Dengan bantuan Google yang tersohor di dunia, anda mampu mencari arah kiblat dengan mudah. Berikut adalah dua laman web yang anda boleh layari untuk menentukan arah kiblat mana-mana tempat di dunia.

1.

http://www.qiblalocator.com/





Menggunakan qiblalocator.com adalah senang sekali. Anda hanya perlu masukkan nama poskod, disusuli dengan nama negara, Qibla locator akan mencari kedudukan arah kaabah dengan memaparkan peta lokasi tempat anda dan arah qiblat seperti contoh di bawah:



Saya hanya memasukkan poskod 26100, disusuli nama negara Malaysia – Qiblat locator berjaya mengesan lokasi saya di Balok, Pahang dan memaparkan arah Qiblat. Arah kiblat dipaparkan pada 291.95 darjah dari arah

balok

Anda boleh menaip alamat tempat, disertai dengan poskod dan nama negara untuk mencari arah kiblat bagi setiap kampung di dunia sehinggakan nama kampung saya yang mungkin tidak dikenali di peta dunia juga berjaya ditemu arah kiblatnya. Hebatnya teknologi zaman sekarang!!!!

Laman web ke dua ialah:

2.

http://www.qibla.com.br/



Pada laman web ini, konsep yang juga adalah sama di mana perlu memasukkan maklumat longitud dan latitud untuk lokasi anda pada sumber atau origin pada peta sebelah kiri manakala destinasi pada peta seblah kanan telah disetkan pada Kaaba, Mecca.



Keputusan dihasilkan dengan 2 arah , cara kompas digunakan iaitu mengikut ke arah Utara berpandukan lokasi kita atau menggunakan arah magnetik yang ditunjukkan oleh kompas. Sila lihat pada Gambar untuk keputusan arah tersebut.

Laman web ke tiga yang boleh anda tinjau ialah:

3.

http://www.qibladirection.com/qibladirection_default.aspx



Teknik yang sama juga digunakan di mana anda boleh mencari arah Kiblat menggunakan Google Map dan Google Earth. Untuk menggunakan Google Earth anda perlu memuat turun Plugin Google Earth untuk browser anda terlebih dahulu.



Anda akan dipaparkan dengan skrin berikut. Taipkan maklumat seperti nama tempat, bandar, negeri, negara atau boleh juga masukkan poskod, nama negara.



Berikut adalah skrin keputusan dipaparkan, menggunakan bandar Kota Bharu, Kelantan. Ada 3 cara bagaimana menentukan arah kiblat sebagaimana yang tertera dalam skrin keputusan tersebut. Waktu sembahyang untuk lokasi anda juga dipamerkan pada bahagian bawah.




Contoh Skrin Jadual Waktu Sembahyang



Ulangi teknik yang sama untuk Google Earth. Sila lihat skrin Google Earth bagi info yang sama sebelum ini.



Saya harap artikel ini dapat memberi panduan berguna untuk anda umat Islam. Kalau anda ingin mencuba laman-laman lain di internet, anda boleh google dengan teks carian seperti qibla direction atau qibla locator. Contoh halaman web lain ialah

http://www.listenarabic.com/qibla-locator.php

Sekiranya anda mahukan cara menentukan Kiblat menggunakan kedudukan matahari, sila rujuk kiriman bertajuk “Penentuan Kiblat Berpandukan Matahari”.

Selamat mencuba. Wallah hu A’lam.

0 comments:

 

PAUTAN MINI




 

KOKURIKULUM

SOCUT PERAK SCOUT MALAYSIA PUTERI ISLAM PBSM KRS

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Followers

About Me

Abu Ruqaiyah, Tn. Hj. Mohamad Sahrin Bin Kadmo. Salah seorang pereka elaporan program j-QAF untuk kegunaan pihak Sekolah, PPD, JPN & BPK.