Monday, December 14, 2009

ILMU : KUNCI AJAIB



Kenapa umat Islam mundur?
Kenapa umat Islam sentiasa di tindas oleh kuasa besar?
Kenapa umat Islam lemah dalam segala aspek kehidupan?

Mungkin ini antara soalan yang dilontarkan oleh mereka yang perihatin tentang nasib agama Islam yang kita cintai ini. Lalu terdengar lah pula seruan

“Kita mesti kembali kepada Al Quran”
“Kita mesti kembali kepada Sunnah ”
“Kita mesti kembali kepada salafussoleh”
“Ini disebabkan kita tidak melaksanakan syariah Islam dan mengambil undang-undang kafir sebagai ganti”

Lalu diperbanyakkan kuliah dan ceramah tentang Islam. Tak kurang juga penggiat politik memainkan peranannya berusaha mengambil tempat dalam politik dengan harapan dapat mengubah suasana. Memang usaha banyak dijalankan oleh pencinta Islam untuk mengatasi masalah yang membelenggu umat. Alhamdulillah Nur Allah masih lagi bersinar walaupun wujud pelbagai usaha untuk memadamkannya.

Tetapi apa yang jelas ialah kita umat Islam sekarang telah tersasar dari Sunnatullah atau kaedah asas kehidupan yang telah ditetapkan oleh Allah untuk pengurusan alam. Allah telah mencipta seluruh alam ini dan juga semua makhluk hidup dengan menggunakan satu sistem yang lengkap dan rapi. Semua perjalanan kehidupan akan mengikut sistem yang telah ditetapkan ini. Sebarang pelanggaran kepada sistem kehidupan akan menyebabkan kesan negatif kepada makhluk itu sendiri.

Apa yang istimewanya ialah hanya manusia yang telah diberi kebebasan untuk memahami kewujudan sistem perjalanan alam dan berusaha untuk mengikutinya agar dapat mencapai apa yang diimpikan. Berbeza dengan makhluk lain yang tidak diberi peluang untuk memilih dan mereka hanya mematuhi sepenuhnya sunnatullah yang telah ditetapkan kepada mereka. Oleh itu kita tidak pernah melihat bumi mengengkari perintah Allah walaupun sesaat. Begitu juga matahari yang tidak pernah lupa untuk timbul tepat pada waktunya malah sudah boleh diketahui kedudukannya sehingga puluhan ribu tahun akan datang. Kalaulah mereka berperangai seperti manusia dunia akan huru hara.

Berbalik kepada masalah kemunduran umat Islam sekarang ini. Sebenarnya kita hanya mampu untuk mengeluh dan merintih sedangkan Allah sudah menyebut dengan jelas punca utama perubahan tamadun. Allah telah menurunkan wahyu pertama kepada Rasulullah memberi kata kunci utama yang akan mengubah seluruh kehidupan.

“Iqra’!
“Bacalah!'

ٱقرَأۡ بِٱسمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ

Bacalah dengan nama tuhan Kamu yang telah menciptakan (setiap sesuatu)

Manhaj inilah yang telah diajar oleh Allah taala dan diperjuangkan oleh Rasulullah sepanjang hidupnya. Manhaj membaca dan manhaj ilmu inilah yang melahirkan manhaj berfikir seterusnya mengeluarkan bangsa arab kepersada dunia dalam tempoh yang singkat. Dalam tempoh kurang dari 50 tahun umat Islam telah dikenali dan disegani malah tersebar keseluruh dunia. Islam pada ketika ini amat dialu-alukan kerana sifatnya yang membawa rahmat kepada seluruh kehidupan. Pelbagai disiplin ilmu telah diterokai dan pelbagai ciptaan baru telah diperkenalkan demi memenuhi keperluan umat manusia seluruhnya tidak terhad kepada umat Islam semata-mata.

Tapi apa yang berlaku kepada umat Islam sekarang. Pengabaian kepada sunnatullah masih lagi mencengkam. Malas membaca sudah menjadi penyakit yang seolah tiada penawarnya sedangkan inilah kunci utama perubahan. Sudah diketahui umum kadar buta huruf yang melanda umat Islam seluruh dunia yang amat tinggi. Bagi mereka yang ada kemampuan membaca pula tidak mensyukuri nikmat akalnya hanya sekadar membaca papan-papan tanda jalan atau nama-nama kedai!



Bahkan mereka yang ikhlas ingin membawa memperjuangkan Islam demi mengembalikan kegemilangannya pun terperangkap dalam kemungkaran ini. Mereka mengenepi sunnah membaca dan ilmu. Dilihat dan diperhatikan bahawa mereka ini amat kurang membaca melainkan hanya beberapa buku kecil. Seolah-olah sudah menjadi lumrah bahawa mereka yang berminat dengan perjuangan Islam ini tidak menumpukan perhatian kepada disiplin ilmu yang menjadi asas Islam lantaran menganggap perjuangan mengegakkan Islam lebih penting. Lebih parah lagi tanggapan bahawa Allah akan membantu pejuang Islam dan akan menyelamatkan mereka dalam menghadapi peperiksaan dan kehidupan selepas habis belajar.

Hasilnya ialah pejuangan yang ikhlas ini tidak banyak memberi kesan yang positif kepada Islam itu sendiri kerena ia jelas bercanggah dengan prinsip asas agama Islam yang berjalan berasaskan sunnatullah. Allah menegaskan hal ini dalam buku panduan utama dalam surah ar Rum ayat 30:

فَأَقِم وَجهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطرَةَ اللَّهِ الَّتِى فَطَرَ النَّاسَ عَلَيهَا َلا تَبدِيلَ لِخَلقِ اللَّهِ ذَٰلِكَ الدِّينُ القَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكثَرَ النَّاسِ َلا يَعلَمُونَ

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang Telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui

Dari ayat ini kita sebagai umat islam perlu memahami bahawa kehidupan di atas dunia adalah ujian kepada seluruh manusia dimana setiap orang tertakluk kepada sunnatullah atau dengan kata lain tertakluk kepada sistem pengurusan alam yang telah ditetapkan oleh Allah. Setiap manusia tak kira muslim atau kafir dilayan secara adil. Orang kafir yang berusaha memahami sistem pengurusan alam dan kehidupan dan berusaha mengikutinya mereka akan berjaya. Sebaliknya orang Islam yang melanggar sistem pengurusan alam dan kehidupan akan gagal walaupun sentiasa berdoa kepada Allah. Inilah yang dimaksudkan sebagai fitrah dalam ayat 30 surah Ar Rum di atas.

Allah sekali-kali tidak mengubah sistem atau fitrah yang telah ditetapkan itu sewenang-wenangnya begitu sahaja. Konsep tawakkal dalam Islam juga kalau difahami dengan jelas ia juga adalah sebenrnya kepatuhan kepada sistem perjalanan alam dan kehidupan. Mematuhi sistem alam dan kehidupan itulah tawakkal.

Lihatlah dan perhatikanlah bagaimana masyarakat yang maju. Apa yang mereka telah lakukan? Bagaimana budaya membaca dalam masyarakat mereka? Bagaimana mereka menuntut ilmu? Bagaimana mereka menggunakan ilmu dalam kehidupan mereka? Cuba kita padankan dengan konsep fitrah dan tawakkal yang telah dijelaskan oleh Allah. Fikirkanlah!

Kesimpulannya ialah kita perlu berusaha membawa umat Islam agar bergerak mengikut landasan yang betul iaitu mematuhi fitrah atau sistem perjalanan alam dan kehidupan yang ditetapkan oleh Allah. Gagasan membaca dan mendalami ilmu pengetahuan adalah merupakan gagasan pertama yang telah diperintahkan oleh Allah Taala kepada umat Islam. Gagasan ini hendaklah diusahakan sekali lagi untuk mengembalikan umat Islam sebagaimana gemilangnya umat Islam terdahulu.

Marilah kita berusaha untuk membawa gagasan membaca dan gagasan ilmu. Mulakan dengan diri kita. Kita sepatutnya malu untuk mengaku sebagai pejuang Islam sedangkan kita hanya membaca al Quraan beberapa lembar seminggu itu pun sekadar untuk mendapat pahala satu huruf sepuluh kebajikan bukannya untuk menghayati panduan tuhan. Kita patut rasa malu jika hanya mampu membaca sebuah buku kecil itu selepas sebulan pun belum tentu khatam. Kita sepatutnya malu ingin mengaku pejuang Islam kerana hanya hanya sekadar berpuas hati dengan mendapat penarafan ilmu 2.5 CGPA. Bagaimana mahu mencipta arus dan membina peradaban?

Apakah jawapan kita pada Allah yang telah menganugerahkan akal yang maha hebat

0 comments:

 

PAUTAN MINI




 

KOKURIKULUM

SOCUT PERAK SCOUT MALAYSIA PUTERI ISLAM PBSM KRS

Recommended Gadget

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Followers

About Me

Abu Ruqaiyah, Tn. Hj. Mohamad Sahrin Bin Kadmo. Salah seorang pereka elaporan program j-QAF untuk kegunaan pihak Sekolah, PPD, JPN & BPK.